Al kisah ketika ku dilahirkan...

Setiap manusia pasti mengalami saat-saat indah waktu kecil. Iyalah, zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menyeronokkan, apa tidaknya kita tidak perlu fikirkan masalah..tiada tanggungjawab dan hanya tahu bermain saja...

Aku dilahirkan pada 28 Dec 1984. Itu tarikh keramat bagi diri aku..menurut mama, aku sepatutnya dilahirkan di Kulim, Kedah. Iyalah waktu itu papa dan mama berjauhan. Mama mengajar kat Kulim, papa pula mengajar di Kuala Lumpur. Kata mama lagi,
along (aku ler..hehehe) membesar dalam keretapi. Mana tidaknya, setiap minggu mama ulang-alik pergi ke KL dari Kulim.

Akhirnya aku selamat dilahirkan pada 28 Dec 84 di Hospital Besar KL. Anak sulung kepada pasangan Raja Adnan dan Anikah Rusida. Lahir sebagai anak sulung memang beruntung. Iyalah, aku bukan sahaja anak sulung tetapi juga cucu sulung kepada nenek sebelah mama. Manakala, belah papa lak, aku merupakan cucu ketiga terawal.

Waktu aku lahir, seperti bayi lain, inginkan kasih sayang dan belaian manja. Papa bagi namaku Raja Azrul Asyadi..nama yang cukup unik bagiku. Iyalah..jarang dengar nama azrul atau asyadi. Aku dibesarkan di Taman Koperasi, dekat-dekat area Greenwood. Waktu tu..mama mengajar kat Sek.Men Convent Sentul dan Papa lak mengajar kat Sek.Keb.Bandar Baru Sentul.

Bertuah gak jadik anak cikgu ini..iyalah, kehidupan itu taklah sesusah mcm org zaman dulu. Jadik papa belikan aku mcm-mcm..baby walker, buai,botol susu..dan macam-mcm lagi. Menurut mama, berat aku lahir ringan..tak sampai 2 kilo. Malah antara kami 6 beradik, aku ler plg ringan...waktu aku lahir,aku botak..hehehe, takde rambut langsung.

Paling best waktu aku lahir, semua org datang menengokku. Yalah, pakngah..pakde, pakbong itu tak termasuk lagi kawan-kawan mama dan papa. Mereka semua suka cubit manja pipiku ini (walaupun tak tembam)...tapi ramai kata aku cute masa kecil dulu..perasan lak.

Tengoklah..nnt aku akan upload pic aku waktu kecil dulu...

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...