Penangan Full House padaku..




Drama Korea memang terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di kebanyakan negara-negara Asia. Yalah, formulasi dalam drama tersebut menggarapkan unsur muzikal dan romantik. Di UMP, senario drama korea juga jelas terasa. Maklumlah, drama korea bukan sahaja dihidangkan dengan wajah pelakon yang cantik/kacak, tetapi jalan cerita yang menarik.

Aku bukanlah peminat fanatik drama korea. Tetapi aku jugak bukanlah pembenci drama korea. Aku mula2 menggemari cerita "Autumm In My heart" pada tahun 2002. Masa itu aku belajar matriks di IKIP. Setiap petang aku pasti terpacak di depan tv memastikan aku tidak ketinggalan mengikuti setiap episod.

Sebelum Autum in My heart, ramai yang terpaku melihat cerita dan kisah cinta dalam winter sonata. Tetapi aku tak berkesempatan menonton siri itu. Dalam cerita Autumm ini, setiap episod pasti ada watak yang menangis. Dan yang paling best, dalam cerita ini turut menyelitkan lagu-lagu yang membuai perasaan. Tamat sahaja cerita ini, aku terus mendapatkan soundtrack di pasaran. Lepas cerita itu, barulah aku mengikuti drama korea yang lain seperti Winter Sonata. Paling menarik ialah cerita " All About Eve" lakonan Chae Rem merupakan drama korea yang agak lain dan tidak stereotaip. Kisah All About eve lebih menceritakan kisah hidup wanita yang membalas dendam dan iri hati terhadap suatu sama lain.

Rupanya drama ini adalah antara drama terbaik korea. Tidak hairanlah mama dan adik2 juga minat giler ngan drama ini. Mama sanggup berkejar pulang untuk memastikan dia tak terlepas dari cerita itu. Dan paling best, mama sanggup pinjam VCD dari cikgu azura kalau terlepas beberapa episod.

Itu kisah All bout Eve, kali ini kita bergerak satu lagi cerita korea terpanas iatu Full House. Masa aku 1st year kat UMP, aku jarang mengikuti drama korea. Maklumlah susah nak tgk tv. Full House adalah antara drama tv popular tahun 2005. Namun aku sempat menontonnya pada tahun 2007. Kenapa? Entahlah...mungkin aku bosan waktu cuti final sem, kebetulan lak adik aku, Suhana ada copy cerita tu, jadik aku layanlah!

Memang betul penangan Full House memang kuat...masa tue lah baru aku tahu maksud "ajar-ajar fighting" dan juga Lee Yung Zhi..hahahaha!! Memang best criter ni!! Jalan cerita dia agak lain dengan drama korea sebelum ini, tak stereotaip dan lengkap dengan pelbagai unsur. Ada 16 cd, alhamdulillah..semuanya sempat aku abiskan sebelum Sem baru bermula.

Kalau aku nk cerita sinopsis ... rasanya ramai dah tahu! Kisah mengenai Han Ji En dan Yung Zhi yang terpaksa kahwin kontrak. Hurm..kiranya semua ramai suka terutama part mereka bergaduh..hahaha! Jadik pada semua yang belum menonton, drama ini adalah drama yang aku rekomenkan pada semua peminat2 K-drama. Bukan sahaja peminat K-Drama, bagi mereka yang suka kisah2 romantik, drama ini juga patut diletakkan dalam priority list anda.

Jadik apa tunggu lagi? Dapatkan VCD original di pasaran sekarang..bagi mereka yang berminat dengan OST (soundtrack) bolehler download kat website yang sesuai...paling senang, beli jer kat kedai2 muzik tempatan!!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...