Persahabatan

Topik ini mungkin dianggap agak jengkel. Al-maklumlah, macam cerita budak2 tahun 1. Tapi inilah hakikatnya yang kita kena terima. Sahabat adalah mutiara, seperti permata...sejauh mana ia lari, merajuk sekalipun...sahabat tetap sahabat.

Bercakap mengenai kawan dan sahabat..nyatanya ia mencapah kepada dua makna. Kawan hanya dianggap sebagai teman biasa ( biasanya muncul ketika kita gembira)..tetapi sahabat lebih dari itu. Dia hadir ketika waktu susah dan senang. Malah, jika bergaduh kita pasti akan merasakan kehilangannya.

Sahabat berbeza dengan teman wanita/isteri. Sahabat adalah orang yang se'kepala' dengan kita, dan pastinya dia boleh menerima kita seadanya. Malah sahabat juga peneman kita sewaktu kita tak ber'gaduh' dengan istero/gf kita..hehehe.

Di UMP, aku taklah ramai sangat kawan. Setakat orang kenal gitu2 adalah. Di UMP, aku banyak berkawan ngan junior terutama bebudak SENANDIKA. Ialah, mereka sudah dianggap seperti adik2 dan segala masalah di'share' bersama. Oklah kita tutup dahulu bab adik2 ni, kita cerita pasal sahabat atau teman sejati ini.

Kalau kat UMP, orang yang boleh aku anggap sahabat ialah Azwan dan Fendy. Kenapa? Sebab kedua-dua ini adalah orang yang paling rapat kat UMP..malah kami semua xtend bersama-sama. Ok, kita cerita Fendy 1st. Fendy atau nama penuhnya Mohd Effendy Mohd Shah, dilahirkan di Melaka pada 11 Disember 1984. Dia ini bersaiz 'besar' sket dan jenis yang pemarah. Huhuhu..walaupun dia ni nampak garang/pemarah, tapi hati dia ini baik. Kalau orang yang 1st time kenal dia, mungkin akan rasa kurang selesa ngan dia. Maklumlah..cerewet, kuat berleter dan sedikit mengada-ngada (jangan mare yer!).

Paling best ngan Fendy ini dia senang nak ajak kemana-mana. Ajak jer dia keluar bandar ke, keluar ke pasar malam ke..sure lebih mudah. Malah kalau aku ada masalah ngan komputer ke, Micro-C ke dialah yang banyak membantu. Kalau nk mintak tolong dia, mmg susah sket..kena leter lah dan mcm2 lagi, tapi last2 dia akan tolong gak. Ini yg best kwn ngan fendy. Kadang2 kalu aku ada masalah ke..dia juga antara tempat tuk aku mengadu.

Itu Fendy, tapi kalau kat UMP ini member yg paling rapat ialah Azwan. Azwan adalah jejaka keturunan arab, lahir di JB pada 14 Disember 1984. Berbeza ngan Fendy, azwan boleh aku katakan dia mempunyai pakej yang agak menarik. Orangnya tinggi lampai, berkaca mata dan berambut kerinting. Kulit dia cerah dan ramai gak mengatakan dia ini sesuai nk jadik model. Hehehe....

Kalu orang yang tak kenal Azwan, mungkin anggap dia ini seperti orang kebanyakan. Orang biasa..tetapi sapa yang mengenalinya (cam aku), mmg banyak gak kena sabar ngan perangai dia ini. Bukanlah dia ni seorang yang cerewet, tetapi dia ini akan diam kalau dia ada masalah. Sakit gak hati kalau ada masalah, terus diam. Bukan apa, ia akan buat orang lain serba salah dan rasa bersalah. Tetapi, I know Azwan. Jika dia ada masalah dan bersedia untuk berkongsi masalah, dia akan bercerita dan masa itu barulah aku paham sebab apa dia diam. Apa2 pun sesiapa yang mengenali Azwan, pasti akan tahu sikapnya. Dia ini tak cerewet dalam bab makan, malah senang nak diajak untuk ENJOY!! Hahaha...Azwan adalah sahabat aku yang paling se'kepala'. Malah ada jugak di UMP menggelarkan Aku dan Azwan as pasangan Kembar.

Itulah 2 orang kawan rapat aku di UMP. Selain Azwan dan Fendy, aku jugak rapat dengan Zamrie B. Musa, Rashidi Ibrahim. Zamrie berasal dari Sabah dan dia ini mmg jenis happy go lucky. Boleh katakan Zam adalah penghibur dan susah nk tengok dia ni sedih. Rashidi atau nama glamor nya Shidi merupakan senior aku kat UMP. Beza umur 2 tahun tak menghalang aku tuk berkawan dengannya. Cuma dia ni cerewet sket bab makan, but itu tak jadik masalah.

Begitulah namanya persahabatan. Bila difikirkan kembali, persahabatan adalah sesuatu yang amat bermakna. Susah senang kita hadapi bersama!!


Zamrie (kiri) dan Shidi (kanan)

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...