Teater,drama dan .............

Kali ini aku nak bercerita salah satu minat aku iatu berdrama (berteater) atau sewaktu dengannya. Bila sebut drama pentas, berlakon, berteater, pasti ramai yang kata kerja ini takda masa depan. Malah ada gak melabelkan ia kerja melalaikan dan membazir.

Aku katakan TIDAK!!!!!!!!!!!!Kenapa? Bagi aku teater, drama ini adalah pentas untuk aku salurkan kreativiti aku. Tak kiralah dalam bidang penulisan, pengarahan ataupun teknikal. Malah dalam teater, kita dapat gak belajar untuk mengendalikan sistem audio berkualiti tinggi, dimana kerja2 ini biasanya dikendalikan oleh jurutera bunyi.

Ok, aku bukan nak pengaruh orang tuk masuk teater, tetapi aku nk cerita bagaimana mulanya aku terlibat dalam dunia drama/pementasan ini. Aku mula2 berlakon bermula dari darjah 4. Watak aku adalah seorang kanak-kanak menjadi mangsa perang. Memang challenge gak berlakon watak ni. Selepas tu, masa aku form 1 aku dipilih oleh cikgu BM aku sebagai pengarah tuk persembahan hari guru.

Waktu itu tahun 1997, ingat lagi aku diberi tanggungjawab yang berat. Criter aku lebih berkisar kehidupan budak2 kelas yang nakal. Persembahan pertama yang mendapat pujian dari pengetua termasuk mama aku sendiri. Iyalah mama kan cikgu di sekolah aku. Hehehe..

Pada tahun 1999, aku mengorak langkah. Minat aku dalam bidang pementasan makin menular, macam penyakit lah pulak. Hehehe....aku telah mengarah satu persembahan pentomin bertajuk kedamaian. Persembahan tersebut diadakan sempena kemerdekaan negara yang ke-42 tahun. Ramai lah gak memuji yang persembahan tersebut memang menarik.

Kenapa aku minat berdrama? Entahlah, jawapan yang sukar aku berikan. Mengikut mama, arwah papa merupakan penggiat teater semasa dia belajar kat Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Malah, papa pernah mengarah kan teater bertajuk 'Jeans Bersaudara' yang menjulang nama dia sebagai pengarah terbaik. Sayang sekali, papa telah pergi buat selamanya sebelum sempat dia memberitahu akan susur galur cerita.

Baiklah kita sambung kembali, masuk MRSM kuantan pada tahun 2000 merupakan detik tuk aku blajar secara serius dalam dunia drama. Mungkin bukan secara formal, tapi dengan bantuan senior baru aku mengenali pengertian drama. Masa di MRSM aku menyertai drama team, dimana melalui drama team ini kami mewakili mrsm kuantan untuk Minggu Bahasa peringkat MRSM.

MRSM kuantan telah menjadi naib johan drama pada tahun 2000 peringkat kebangsaan melalui drama " Ghost of the 7-moon". Cerita ini hasil tulisan dari seorang senior kami telah diangkat juga menjadi skrip terbaik secara keseluruhannya.Pada tahun 2001, saat manis berulang lagi. Bukan apa, MRSM Kuantan menjadi johan keseluruhan drama bagi peringkat kebangsaan. Bangga tul aku..walaupun aku bukanlah memegang watak utama.

Selain dalam drama team, aku ada lah gak terlibat dalam bengkel teater (anjuran Abg Bad), drama-drama inter kelas dan macam2lagik. Abang Adi, one of my senior, adalah seorang yang paling aku respect. Ini kerana dia banyak mengajar aku tentang teknik berlakon secara asas, latihan suara, pementasan, flow dan juga pergerakan pentas. Terus terang tanpa dia, mungkin aku tidak akan melibatkan dalam bidang drama secara serius di UMP. Abang Adi seorang yang tegas tapi friendly.Malah ramai antara kami memang respect dia kerana dia memang kreatif. Dia juga seorang pemimpin yang berdedikasi. Tak hairanlah, cara pengarahan aku banyak berkiblatkan cara dia mengarah.

Di matrikulasi pada tahun 2002, aku seolah-0lah melupakan dunia drama. Entahlah, mungkin matriks bukanlah honeymoon year. Ia adalah masa tuk kita fokus pada belajar, kalau tak kita takkan dapat masuk IPTA. Aku matriks di Kolej IKIP Kuantan, actually Kolej IKIP ada pasukan teater dia, tetapi bila memikirkan aku hanya setahun di sini, agak keberatan tuk aku menyertainya.

Tetapi pada April 2003, aku telah diberi tanggunjawab menjadi pengarah kepada persembahan drama tuk Majlis Makan Malam Akhir di Dewan Jubli Perak Kuantan. Persembahan kelas aku (Hayat 3) bertajuk "Alahai Si Peah". Drama komedi ini merupakan hasil idea classmate aku iatu nurul huda. Dan criter ini turut dilakonkan oleh Arwah Alang, Irwan,Huda dan aku sendiri. Memang gamat gak dewan sebab ramai tergelak dengan lakonan Huda kerana berjaya membawa watak dengan baik sekali. Pujian juga patut diberi kepada Mazu, kerana banyak membantu dari segi teknikal dan props.

Itulah permulaan aku dalam dunia drama pentas. Bila difikirkan,melalui pengalaman lepas, ia banyak untuk mengajar aku tuk menjadi pengarah yang cemerlang. Malah, dengan pengalaman itulah, ia menjadi platform aku dalam dunia pengarahan di UMP.

Akan bersambung..kisahku di UMP dalam dunia lakonan.

Comments

Wanpetunjuk said…
Raja...ingat tak aku berlokon drama arahan kak mah sebagai seorang budak cacat...memag caat sehingga aku dah ke depan sebelum MC panggil....malu...malu....

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...