Anuar Zain muncul kembali!



Inilah dia Album Anuar Zain terbaru berjudul : Anuar Zain.

Aku peminat Anuar Zain ke? Hehehe..agak janggal bila orang kata aku ni peminat Anuar Zain, tapi bagi aku memang aku admit aku suka suara, style dan cara Anuar Zain bekerja. Lagipun tak salah kalau kita minat, hak kita...

Kalau cerita bab artis, aku memang music fan. Kalau yang nak jadik idola of coz lah Sudirman, Siti Nurhaliza, M Nasir dan juga P Ramlee..tak terkecuali Anuar Zain.
Ok, kali ini aku criter pasal Anuar Zain.

Suara Anuar memang unik dan tak terikut style akak dia nyanyi. Aku mula minat ngan lagu Keabadian Cinta...apapun lagu tue memang feel dan susah nak nyanyi. Album dia masa tahun 2002 memang aku beli, dan aku ingat waktu tu bulan puasa..sanggup aku kuar duit beli album dia..hehehe.

Kali ini dia muncul setelah 5 tahun kumpul modal, nak jadikan kenyataan album berjudul Anuatr Zain. Aku tak sempat lagi beli full album (original), insyallah, aku akan beli dalam tempoh terdekat. Tapi setelah mendengar lagu2nya yang didownload oleh Fendy, memang mengancam..

Walaupun album ini made from Indon, tetapi ia tetap berkualiti. Malah ia lebih mengancam dari album artis Indon seperti UNGU, Kris Dayanti takpun Peter Pan. Ramai gak pertikaikan kenapa Anuar sanggup habiskan 'boreh' bayar komposer Indon, tapi usaha dia wajar dipuji. Jika dilihat, usaha dia berbaloi, kerana lagu2 dalam album ini memang best. Single first "lelaki Ini" sudah tunjukkan kematangan Anuar. Vokal dia memang mengancam...!!

Pada pendapat aku, mungkin Anuar patut menghargai jugak usaha komposer tempatan. Iyalah, tanpa mereka , konfirm Anuar takkan mencapai apa yang ada sekarang. Tapi sebagai peminat, jangan lak menuding jari pada Anuar. Kita lihat dari sudut positif, suara Anuar memang kena ngan lagu2 ciptaan Indon. Malah, konsep lagu yang dibuat oleh komposer Indon berlainan dengan muzik Indon yang biasa kita dengar.

Kita perlu beri ruang bagi Anuar untuk menghasilkan terbaik buat peminat. Dalam album ini turut memuatkan lagu dari komposer tempatan iatu Tinggalkan aku,Bidadari, dan Teman Terulung. Insyallah, usaha Anuar bagi menerbitkan album ini (kos sampai RM400k) akan berbaloi..

Tapi, aku harap gak untuk album dia akan datang, ada diselitkan komposer tempatan, dan prove kan pada semua bahawa Anuar tidak salah. Bukti nya lagu "perpisahan" yang dicipta oleh Pacai telah bagi kekuatan pada Anuar..

Buat komposer tempatan..usaha lebih untuk hasilkan karya bermutu..mana tahu suatu hari nanti...orang luar lak berebut nak khidmat komposer kita..hehehe...

Ok, dapatkan album ini dipasaran yerk (bagi yang minat ler..)

Comments

Wanpetunjuk said…
raja....aku dah dengar kesemua lagu dlm album tuh....yesss, i can give the creadit to anuar zain...lagu paling aku suka.....mencintaimu...bla...bla...bla...
bukan lagu lelaki ini....hiksss!!!

besh kan...besh kan...
measyouknow said…
aku suke dengar "tinggalkan aku" =)
Wanpetunjuk said…
cik raja...bila nak update blog????
tngok kat YM 24hrs online...

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...