Bahana PSM




" Ya Allah..hanya Engkau tempatku bergantung...Aku pohon agar PSMku LULUS dan semuanya berjalan dengan mudah..AMIN"


Kalau ditanya kat budak FKEE, subjek killer kat UMP..jawapannya 2..pertama EMT kedua PSM. PSM atau nama manisnya projek sarjana muda bukan saja hantu buat bebudak FKEE tapi budak FKM, FKKSP dan FKASA. Ntahlah..nama dia pun memang tak sedap didengar.

Bagi orang macam aku ini..PSM bukanlah sesuatu yang best, erti kata ia adalah seperti tembok yang besar dan menghalang aku untuk grade. Kat UMP ini ramai budak senior sangkut sebab PSM. Termasuklah jugak aku...batch aku jer, daripada 60 orang budak BEN hanya 30 orang sahaja tamat tepat pada masanya (bulan 8 2007). Selebihnya, terpaksa menangguh sem gara2 tersangkut dengan subjek yang tak pass.


Aku bukanlah pelajar cemerlang atau orang yang suka pada kejuruteraan. Terus terang aku tak minat langsung pada bidang kejuruteraan. Mungkin aku bertuah, sampai tahun 2007 aku masih boleh bertahan untuk amik subjek engineering. Mungkin sesetengah orang dah KO agaknya. Kalau orang nak kata aku ni lampi dalam buat wiring ke? lembap nak pateri ke..memang aku admit..sebab aku tak minat dan tak rajin nak wat benda2 macam ini.


Tapi atas sebab ini adalah jalan terpaksa ku pilih, maka terpaksa lah jugak aku merentasi lautan api yang mencabar ini. Sekarang dah bulan september 200 7..maknanya ada lebih kurang 1 bulan b4 demo..dan tembok besar ini perlu aku pecahkan. Selepas itu..merdeka, maknanya aku akan LI..yahoo!!


PSM?? Kadang2 ia memang menyusahkan, malah melunturkan jiwa aku. Betullah orang kata, kalau benda tak minat..memang susah kita nak score. Sekarang ini, aku tengah berusaha untuk pastikan PSM aku berjalan dengan lancar. Aku tak harapkan PSM aku hebat setaraf budak yang amik master..tapi at least adalah hasil yang aku nak.

Banyak gak cabaran nak wat PSM ini, circuit takdelah..kena design sendiri lak tu. SV tak banyak nak bantu..komponen yang kita takde..adoi, rasa cam nak pecah kepala..tapi inilah hakikatnya. Banyak dah aku wat backup plan..entahlah semuanya biar takdir menentukan.

Semoga PSM aku berjaya dan lulus..itu doa aku ! Dan aku harap kalian turut doakan agar projek aku lulus dan berjaya LI pada 3 disember tahun ini...AMIN!!

Comments

Wanpetunjuk said…
ermmm....kesian lah plak bila aku baca crita ko ni...ingat sahabat ku, bukan semua perkara yang kita impikan bisa menjadi kenyataan...kita merancang tapi Allah juga yang tentukan....sabar dan teruskan berjuang...SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
azwan bamadhaj said…
insyallah... segala-galanya akan berjalan dengan lancar.....

*jangan risau deh.... fika akan tolong kamu nanti ya.... rizki dan kak marsha juga......


huhuhuhu

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...