Kenangan 1 Syawal..


Tahun 2007:

Tahun ini kita akan menyambut raya pada 13 Oct 2007. Maknanya..jika dihitung dah 23 tahun aku menyambut raya. Kalau cerita bab raya memang unik, iyalah setiap orang pasti ada kenangan tersendiri menyambut aidilfitri.

Baiklah..atas permintaan che dayat, aku update sket blog aku dan kali ini aku nak cerita suka duka aku menyambut raya puasa bersama keluarga.Aku bertuah kerana masih mempunyai 2 orang nenek walaupun kedua-duanya berjauhan antara satu sama lain.

A. Raya kat Kg. Temau, Raub.

- beraya di kampung memang seronok. Kg temau terletak di daerah Raub dan merupakan kg asal papa. Kalau bab raya, memang meriah..Wan Nenda dan Tok adalah orang yang paling gembira sekali. Ia lah semua cucu dia balik. Wan Nenda pula suka buat lemang dan dodol. Kiranya dalam 28 atau 29 Ramadhan..kedua2 juadah tue mesti dah siap. Tak boleh lengah2..hehehe. Lemang Wan Nenda memang sedap, susah nak ditandingilah..nak pulak kalau makan dengan rendang. Memang terangkat siut...!! Dodol lak Wan memang pakar! Tapi aku tak suka sangat makan dodol. Wan Nenda pun dah tahu memang aku tak suka makan dodol tapi dia slalu simpankan kerak untuk aku.

- Malam raya memang meriah. Kalau di Kg. Temau biasanya masa ni lah nak melemang, kacau dodol. Masa ni jugak kemas rumah dan masak rendang. Aku ingat lagik waktu kecik, masa ni lah mama akan gosok baju awal2. Takut esok kelam kabut. Di pagi raya, Wan Nenda adalah orang paling hepi sekali. Dia bangun kejutkan kami subuh dan bersiap untuk solat aidilfitri. Bilik air memang sentiasa penuh, so kenalah beratur cepat2. Nanti tak pasal2 lewat. Masa ada tok ada dulu, dia akan duduk kat ruang tamu dan tunggu semua cucu dia siap. Tradisi ini diteruskan semasa nenda ada...memang meriah. Kami berkumpul dan bersalam-salaman antara satu sama lain. Ada gaklah yang menangis..tapi aku taklah menangis..hehehe. Lepas salam..masa bagi duit raya. Ini pun saat best gak. Masa kecik dulu..setiap pakciksedara takleh terlepas dari beri duit raya. Pak Chu,pak bong dan Pakcik..memang antara pak sedara yang rapat ngan kami semua.

- Lepas acara bagi duit, masa pegi solat dan ziarah kubur. Biasanya masa tu sekejap jer..taklah lama sangat. Lepas tu, masa makan segala yang ada. Bestnya raya kat temau ni ialah acara makan ialah acara WAJIB. Pernah dulu Pakngah sponser kambing sekor dan mama lak buat Dalca..sedap dan mengancam. Kadang2 kalu rajin wat mi sup takpun lontong. Lemang lak memang wajib aku makan di pagi raya. Memang seronok sangat..ptg sket barulah berjalan raya kat rumah Wan Chik takpun ke rumah Wan Chu di Ulu Gali.

B. Raya Di Kuala Kurau.

- Ini lak pengalaman raya kat kampung belah mama di Kuala Kurau, Perak. Walaupun terletak kat Perak, budaya masyarakat sini lebih ke arah budaya Penang. Malah, majaoriti kat sini cakap utara. Makanan lak memang dah style utara..hehehe. Aku berkesempatan raya kat K.Kurau selang setahun. Biasanya kami satu famili decide nak balik bila ke K.Kurau (rumah Tok Esah).

- Kalau raya kat sini, mama akan balik 2-3 hari awal. Ialah perjalanannya agak jauh dan penat. Adalah dalam 4-5 jam drive. So kenalah rancang awal2. Kalau raya kat rumah Tok Esah, tok mesti buat bahulu, dan ketupat palas. Itu benda WAJIB. Mama lak akan buat daging masak ros ataupun ayam masak merah. Memang sedap..itu benda yang kami wat malam raya. Masa tu seronok gak, dengar budak2 main mercun..orang kampun lain pun sibuk hias rumah masing2.

- Pagi raya kat rumah tok lain sket ngan rumah Wan di Kg. Temau. Biasanya tok sibuk nak pegi masjid (kononnya nak dapat saf depan) ..hehe..so, acara bersalam dan bagi duit raya selepas sahaja solat sunat raya. Pegi kubur lak petang sket takpun dalam kol 11 am. Biasanya kami melawat kubur toknek dan tokwan. Raya kedua barulah proses nak melawat sedara mara..biasanya kami ke rumah Tok Chak, Tok Teh dan Tok Ngah kat Parit Abas. Sekali lagi perut kami akan diisi dengan macam2 juadah raya..hehehe.

C. Kenangan lain dari lain.

- Aku pernah gak beraya di pagi 1 syawal di tengah kota raya Kuala Lumpur. Waktu itu tahun 2003 dimana TokNek meninggal di malam raya. Nak wat camne, aku lak berada kat kg.Temau. Sebenarnya tahun itu kami sekeluarga dah plan nak raya kat Kg.Temau,tapi segala-galanya berubah. Mama lak kebetulan dah berada kat rumah Toknek seminggu sebelum Toknek meninggal. Aku jer masih berada di bumi Pahang ni. Bila dapat tahu Toknek meninggal, pagi raya tu..Pakngah suruh Abangah Caghon dan Adik Lan hantar aku ke KL, ke rumah Pak Lang di Kg. Pandan. Hussh...merasa gak di pagi raya di bumi kelahiran ku..Kuala Lumpur. Lepas tu, Pak Lang terus balik ke kuala Kurau dan alhamdulillah..sempat tgk jenazah Toknek disemadikan.

-----*********************************************************************--------

Raya memang suatu kenangan yang seronok. Macam aku..aku bersyukur kerana masih ada kampung halaman...2 orang nenda walaupun Tok Raja Adam dan TokWan sudah meninggal. Papa pun dah takde..sedihlah jugak..tapi tak mengapa..raya tetap raya. Life must go on. Sebenarnya macam2 peristiwa kelakar dan menarik berlaku semasa hari raya..tapi tak sempat kot nak cerita kat sini. Apa-apapun 1 Syawal adalah satu hari kemenangan..gunakan hari itu untuk kita mencari segala kenangan terindah..huhuhu.

Comments

HaNNee said…
dh lame x blk kg beraye..
nenek ngn atuk dua2 belah dh xde lame dah..
Wanpetunjuk said…
salam...salam syawal..msih bercuti ke???
ko praktikal kat mana nanti...
Anonymous said…
Ayah awak org temau ekk...
Saya org temau....rasa nya saya kenal arwah atok awak tu...Selamat Hari Raya

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...