2 cerita 1 masa....





Salam sejahtera semua...

Kali ini aku nak bercerita 2 perkara yang berlaku dalam 2 Nov 075 Nov 07. Apa istimewanya?? Hehehe..takdelah istimewa, cuma aku nak compressed 2 artikel penulisan dalam satu masa.


1957:Hati Malaya

Dah nonton Hati Malaya?? Pertanyaan yang bodoh bukan? Aku tak rasa ramai yang dah tengok cerita ini..iyalah, filem melayu..apa yang bestnya. Mentaliti masyarakat kita sebenarnya masih lagi ke belakang. Aku tak kata semua filem melayu teruk +bosan +meleret. Ada juga ceritanya menarik dan hampir setanding dengan filem luar. Terbaru yang aku boleh rekomenkan ialah 1957:Hati Malaya. Filem arahan Kak Shumi ini merupakan filem bergenre patriotik. Patriotik? Mesti bosan kan?? Kalau anda pernah tgk cerita Embun, Left. Adnan takpun Paloh..mungkin anda akan katakan filem HM ini jauh lebih baik dari 3 filem terdahulu.

Filem HM ini aku boleh ibaratkan EMAS buat semua kerabat pesona Picture, kenapa?? Filem ini sangat2 bagus dari segi penceritaan, lakonan, set dan props dan juga lagu tema (Hati nyanyian Siti Nurhaliza). Aku menonton filem ini pada 5 Nov 2007 (birthday adik aku-raja akmal yang ke 11) di GSC Time Square. Sebab hari isnin, so taklah ramai orang, Tapi malang sekali, filem kak shumi ini hanya ditonton oleh 3 orang di panggung yang memuatkan 165 orang. Adoi..siannya!! Tapi itulah hakikatnya. Aku pelik gak dgn GSC ni, apsal dia letak filem ini utk panggung besar pada pukul 11 pagi. Memanglah show waktu tu tak ramai lah nak menonton coz orang keja/belajar.

Tetapi filem ini sebenarnya begitu bagus sekali. Lakonan yang aku tabik ialah Kamarulzaman yang memegang watak Tunku Abd.Rahman. Walaupun beliau bukan pelakon popular, tetapi lakonannya pasti akan menitiskan airmata penonton. Lakonan maya,rusdi, adlin dan Amani boleh dikatakan biasa tetapi masih boleh dilabelkan baik. Cuma kehadiran mereka bagi aku hanya sekadar untuk mengkomersialkan filem ini. Jika dilihat, filem ini cukup kuat. Banyak cerita di sebalik kemerdekaan diceritakan dalam filem ini. Contohnya babak Abdullah Fahim memberitahu tarikh kemerdekaan..

Pendek kata, as MALAYSIAN..anda WAJIB tonton.,tak kiralah anda bangsa melayu,cina ataupun India..Filem ini sangat kuat untuk meningkatkan semangat patriotik kita..
Merdeka!!!

Air terjun Chamang.

Itu cerita pertama, kisah hati malaya. Cerita kedua, pada 3 Nov 2007, aku,azwa, fendy , tito dan Pidut telah berjalan ke bentong-my district. Bukan apa..kami nak lepaskan tension setelah ber'psm' selama seminggu. Tempat dilawati:

- Rumah aku...beraya, makan kuih raya *kuih tunjuk jer..hehehe
- Rumah wiwit...kenduri
kahwin akak dia, siap bergambar dengan pengatin lagi,
- Pasaraya Thong Fatt..membeli seluar pendek untuk mandi sungai
- Air terjun Chamang...mandi manda menyegarkan minda...huh,bestnya!!
- Rumah aku lagik...makan mee tomyam,lemang, serunding..ajak rose,apitz dan wanie.

Ini beberapa pic ketika kami mandi sungai dan berhibur di Bentong!! Buat mereka yang tak pernah pergi..hehehe..takpe, ada masa aku ajak lak korang nanti.

Comments

azwan bamadhaj said…
ProPa... gambar aku jugak jadi cover yerk..... huhuhuhuhuh

nak tumpang glamour la tu.....

hahahahha

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...