Debat Diraja 2007: Memori sukar kulupakan!!




Huh?!

I'm back for my blog!! Yahoo..akhirnya beban aku dah habis. Tesis dah siap, debat dah abis cuma tinggal satu lagi..persediaan mental dan fizikal bagi Latihan Industri.

Tinggalkan dulu pasal pratikal. Nanti aku akan cerita kan...sekarang ini, masa untuk ceritakan al-kisah debat aku. Debat diraja 2007 kali ini diadakan di UiTM Shah Alam. Bertolak pada 24 Nov 2007, aku pergi bersama Adzuan UUM. Hari tue memang malang dan tensyen bagi aku. First, nak siapkan tesis, 2nd nak prepare untuk debat. Memang ar sangat sakit..huhuhu.

Mood aku nak berdebat memang kurang. Aku sampai dalam kol 12 am di UiTM Shah Alam. Badan penat (tesis yang masih tak siap) ditambah dengan banyak sangat masalah menimpa. Dan akhirnya pagi itu (25 Nov) i make a move to score!!


Kami berhempas pulas untuk buat terbaik pada hari pertama, untuk perlawanan kedua, aku tak masuk pun..sebab terlalu penat. Dan, kami telah menang 2 daripada 3 perlawanan.

Itu hari pertama, hari kedua..mungkin mood aku kembali pulih..aku kini makin kuat tuk berdebat. Alhamdulillah..team aku menang 2 dari 3 dan layak untuk ke suku akhir.
Suku akhir?! Wow..kembali lagi mengulang sejarah tahun lepas. Kali ini aku kena kuatkan semangat melawan team UiTM Utama A. Team ini agak kuat kerana mengikut sejarahnya kesemua pendebat pernah berada di pentas final. Keputusannya..di suku akhir kami tewas di tangan UiTM..dengan juri 3-2, margin 2..

Memang sentap!! Tapi kita kena redha. Mungkin ini bukan rezeki kita agaknya!!

Baiklah ini keputusan keseluruhan perlawanan bagi team aku (UMP Utama A).

Hari pertama:
1. UMP A vs UTHM A ( menang, best speaker-Khairi)
2. UMP A vs UPM A (Kalah, best speaker - Borhan (UPM)).
3. UMP A vs UKM B (menang, best speaker- Raja Azrul)

Hari kedua:
4. UMP A vs UTEM A (kalah, best speaker-Raja Azrul)
5.UMP A vs UTHM A (Menang, best speaker-Raja Azrul) 6. UMP A vs UiTM muda A (Menang, best speaker- Raja Azrul)

Hari ketiga:
Suku akhir
UMP A vs UiTM A (Kalah, best speaker-moon (UiTM) )

Ranking overall: tempat ke tujuh.


Kenangan manis aku bersama bebudak debat UMP!!





  • Adam telah jatuh longkang, beg aku lak hilang (dah jumpa), dompet jumain hilang (pun dah jumpa), Pintu bilik adam terkunci..hehehe, macam2 , tapi semua terbalas dengan kejayaan UMP di Royal UiTM.




  • Team English juga layak juga ke suku akhir. Walaupun kalah, nama UMP tetap gah dalam dunia debat IPTA.




  • Amir dinobatkan pendebat terbaik keseluruhan kategori muda, Adam lak jatuh pada nombor dua. Tahniah untuk adik-adikku.




  • Semasa dinner MADUM, pasukan debat UMP telah menerima anugerah tunas harapan 2007. Ini adalah permulaan yang baik bagi UMP dalam arena debat tanahair.




  • UMP satu-satunya pasukan yang lepas ke suku akhir (yang paling muda) selain dari UKM, UiTM, UIAM, UTM dan UM. Nama UMP dilihat sebagai pasukan baru yang cukup menyerlah.




  • Banyak juri memberi komen positif terhadap pasukan UMP. Bukansahaja pasukan utama, tetapi juga pasukan junior. Tahniah!!




  • Team Adam ( Junior B) hanya tinggal 2 anak tangga untuk layak ke suku akhir. Team Hafizee (Junior A) di bawah team Adam, tinggal 4 anak tangga layak ke suku akhir.




  • Kesemua team junior menang 3 dari 6 perlawanan. Huhuhu..tahniah adik-adik abang!!




  • Majoriti dari bebudak UMP dapat crown (best speaker). Aku, Khairi, Adam,Amir, Afizan, Firdaus dan Law, Hafizee lak dapat calon best speaker.




  • Debators BM kali ini memang terlalu rapat. Kami semua berjalan-jalan dan mandi di wet world Shah Alam. Kami juga main boling dan makan sama-sama di sekitar Shah Alam.




  • Reunion UMP debat..kami semua jumpa Dekwan dan Mimi. Hehehe,..dayat bila lak ur turn?




  • Semasa di wet world, Izzudin (pendebat UDM) dan Adzuan (Hakim UUM) turut turun padang dan join kita sekali. Ini membuktikan bahawa persahabatan dalam debat tiada sempadan.

Oklah, kalau nak cerita memang banyak kenangan manis yang tak dapat dicoretkan di sini, tapi aku yakin masing2 bergembira untuk debat kali ini. Inilah antara debat yang paling manis sekali dalam sejarah debat aku. Entahlah susah nak gambarkan perasaan aku sekarang.

Buat Khairi, Hafizul dan Nadiah. Abang ucap banyak2 terima kasih!! Percayalah, jika tidak ada anda, tidak adalah abang!! Kita bergerak dalam satu pasukan yang unggul.

Buat Azwan dan Madam Mala: Thanks for ur support!! Terima kasih bagi semangat yang kuat pada aku.

Buat adik2 ku yang lain: Keep up a good work!! Semua boleh jadik terbaik. Ingat tiada yang mustahil dalam mencapai kejayaan. Banyakkan praktis dan improve ur skill!!

Ok..jumpa lagi dalam penulisan akan datang. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal team, gambar dan kronologi Debat Diraja, sila rujuk blog Azwan..hehehe.Jadikan debat satu budaya!!



Jumpa di Debat Perpaduan, Universiti Malaysia Pahang.

Comments

Anonymous said…
Hey you! Good job at the royals.Thank you for your willingness to debate at the royals...or you kena paksa oleh Azwan? Whatever it is, I'm glad you did. Like I said, win or lose...you guys will always have my support. Anyway, we had fun, didn't we? See you at Debat Perpaduan.
azwan bamadhaj said…
Tahniah untuk hang, semua yang berlaku telah terbukti kesudahannya, tahniah atas kejayaan team utama a.. aku cukup berbangga ngan korng....


huhuhuhuh.....
Wanpetunjuk said…
Tahniah semuanya.....tahniah..tahniah...untuk semua yang terlibat....aku juga tak sempat nak merasa kemanisan detik gemilang bersama ko, azwan, deqwan dan adik2 baru kita...
azwan bamadhaj said…
juz nak tambah sedikit, selepas apa yang berlaku semalam on the way back (hanya kau dan aku je yg tahu) baru aku perasan,

gambar pertama yg kau post tu menerangkan sesuatu, hampir sangat kan, sangat hampir, dan

lirik lagu yg kau post pun sgt sesuai kan......

masa akan menentukan segalanya.

apapun ingat "MISI NASIONAL"

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...