PSM : Tembok kini hampir dipecahkan!!

Assalamualaikum...

Huh, pada 1 Nov 2007 masa dinanti kini dah tiba.Apa dia? Waktu untuk aku demokan segala hasil kerja aku PSM pada panel-panel tersayang.

Panel aku pulak terdiri dari En.Ramdan, Puan NorFarizan dan Cik Haszuraidah. Walaupun panel ini baru dalam dunia PSM ini, tetapi soalan dia wow, agak sakit jugak nak jawab. Nasib baik aku dapat jawab walaupun ada soalan yang aku sendiri terdiam sbb tak dpt jawab. Tetapi aku bersyukur, berkat doa kalian aku menjawab semua soalan dengan tenang sekali....

Tips PSM ini ialah prepare urself esp. your mental and physical. Al-maklumlah, panel akan sedaya upaya nak downkan kita. Tapi kalau kita kuat dan yakin apa kita buat, insyallah kita boleh.

Kini aku berserah pada yang maha esa..mampukah psm aku lulus dan seterusnya pratikal pada bulan disember ini. Aku tak berani letakkan harapan tinggi bahawa segalanya ok, sebab projek aku tidak menghasilkan output walaupun aku telah menjawab dengan memberikan analisis yang baik sewaktu demo. Entahlah..no komen.

Tapi sayang, SV aku sendiri lak mendownkan aku. Dia kata aku ni menghampakan..sadis betul bila SV aku kata mcm tue. Aku sedar, aku ni memang agak "LAMPI" sket buat kerja, tapi aku ada gak efford nak cari circuit yang sukar kat internet. Aku berharap agar SV aku terbuka hati untuk meluluskan aku (termasuklah panel).

Memang benar, PSM adalah cermin atau imej kita sewaktu kita membuat permohonan kerja nanti. Memang ada gak efek dia, tetapi tak semestinya kita tak dapat kerja. Bagi aku, rezeki ada di mana-mana. Malah Allah itu maha adil, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Next step..Going to my pratikal place. Aku dah confirm untuk menjalani latihan industri di Istana Budaya. Satu langkah untuk mengejar cita-cita aku. Aku nak buktikan pada SV, panel dan juga lecturer FKEE bahawa bukan engineering sahaja yang mampu membuat duit di atas muka bumi ini. Banyak lagi rezeki yang terbentang di luar sana..yang penting usaha,tawakal dan sabar.

Oklah..ini beberapa pic tentang hasil kerja psm aku yang bertajuk ADC in heart rate measurement system. Ada output dalam osiloskop dan ada gak pic aku tengah tolong Azwan buat projek robot kopi dia..hahahaha, jangan marah!!!

Comments

Anonymous said…
abg raja.
impressive blog!
lots of issues that u discussed with the viewers.
very knowledgeable.
tag me also:

http://www.amiruddinfadzli.blogdrive.com

warmest regard,
aMirUddiN fAdZLi

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...