Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, November 21, 2007

Sesi latihan debatku terakhir...


Salam...

Pada 23 Nov, berakhirlah kehidupan aku sebagai mahasiswa UMP. Hakikatnya aku kini bakal menempuhi alam pekerjaan yang memang mencabar. Test terakhir aku..EMT tamat tepat jam 12pm walaupun soalan dia memang susah.

Pada malam tersebut, sesi terakhir latihan debat..huhuhu, penat tapi seronok. Inilah hakikatnya, setelah hampir 5 tahun aku berdebat, kini aku akan tinggalkan dunia debat yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Untuk royal, persediaan mental dan fizikal telah dibuat. Aku kena pastikan aku boleh buat yang terbaik utk royal kali ini. Walaupun banyak masalah menimpa (terutama tesis) aku kena pastikan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah.

Dunia UMP ini banyak meninggalkan pelbagai kenangan..dari debat, psm, karenah roomate cafe, isu mpp dan paling menarik semasa aku jadik pres utk kelab kebudayaan dan kesenian UMP. Semuanya takkan sama sekali aku lupa. Paling manis, saat-saat bersama denga adik2 dari SENANDIKA dan juga pasukan DEBAT UMP. Abang ucapkan terima kasih khas untuk adik-adik kerana telah bersama-sama bangunkan Kelab Penukir Ilmu dan SENANDIKA.

Royal akan bermula dalam masa 2 hari lagi..tak lama tu...Insyallah maybe something miracle will happened..maybe??

Khas utk adik-adik debat UMP...

  • Khairi, Nadiah, Hafizul, Afizan, Masitah, Najmie, Fendy, Firdaus, Law,Hafizee, Syafiqah,Adam,Jumain, Amir,Asilah --> Good Luck untuk Debate..
Insyallah..jika ada kesempatan dan rezeki, abang akan bantu kelab penukir ilmu dan pasukan debat kita untuk mendapat sesuatu yang lebih baik dari sekarang.

Untuk pasukan teater SENANDIKA..nantikan post abang akan datang khas untuk kalian.

"Let's roll the time...like dice in monopoly..."

No comments: