14 Disember 2007


Salam Sejahtera semua!!

Pada 14 Disember, ia merupakan hari bersejarah buat sahabatku..Azwan. Kenapa? Pada hari itulah hari jadi dia yang ke-23.

Pada hari tersebut, kami plan untuk menonton teater Aladdin. Plan asal, aku tak tengok sebab aku telah menonton teater tersebut pada hari Selasa lepas (with my mom). Jadi, hanya 4 orang menonton iatu Azwan, Amir, Adam dan Jumain. Tito pula last minit bagitahu nak menonton, jadi dia akan datang KL pada hari Jumaat tu (14hb) dan terus beli tiket on da dot...

Tapi sayang, like apa yang Azwan tulis dlm blog, tak semua kita rancang akan jadi kenyataan...


Adam dengan Tito tak dapat datang sebab mereka terkandas dalam perjalanan. Iyalah, jalan utama KL-Kuantan tutup sebab banjir. Jadi..mencacatkan sikit kemeriahan sambutan harijadi Azwan.

Selepas itu aku terpaksa menemankan mereka menonton Aladdin, then ke KLCC, kedai Mamak dan finally tidur kat Taman Melati (rumah aku di KL).


15 Disember 2007:

- Kami pergi ke Times Square, makan kat Restoran Uncle Lim, Karaoke dan jalan-jalan.
- Pergi amik Tito kat Kepong Sentral, hantar ke LCCT.
- Jumpa adik-adik Drama SENANDIKA di Panggung Bandaraya.
- Jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka.
-Makan malam bersama di Restoran Ayu Seafood Seri Gombak.


(picture aku, Tito, Daoz dan Yusri pada 28/9/06-JB Trip)
Terus terang, hang out kali ini penuh dengan cabaran dan sedikit kehambaran. Tito, terpaksa menaiki kereta bersama Hafizul lebih kurang 7 jam perjalanan(pada 15 Dis itu). Ini kerana jalan KL-Kuantan ditutup dan mereka terpaksa melalui jalan Jerantut-Benta-Raub-KL. Huh, sangat mencabar. Kemudian, Tito terkandas di komuter dek kerana komuternya terhenti akibat tanah runtuh. Kesian Tito..at last, kami sempat jugak mengambilnya di stesen Kepong dan menghantarnya sampai ke LCCT.

Jika diukur kesusahan Tito, memang peritnya. Susah payah dia berkejar dek kerana takut tertinggal flite pada 15 Disember lepas. Itulah dunia, penuh dengan warnanya...Buat Tito, perjalanannya ke LCCT mungkin ada hikmahnya. Bagi aku, semangat Tito wajar dicontohi. Aku sendiri berfikir, jika kita rasakan diri kita susah, ada masalah...rasa aku, ramai lagi yang ada masalah. Ramai lagi hamba Allah yang ingin kedamaian, makanan, tempat tinggal dan sebagainya...

Aku? Cuma ingin mencari kebahagian yang abadi..mampukah aku?

Misi Nasional? Huhuhuhu.....

28 Disember 2007: adakah cabaran seperit ini akan berlaku sebagaimana Azwan merasainya sekarang?


Sama-sama kita tunggu...

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...