Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, December 11, 2007

Debat Perpaduan UMP 2007


Kembali semula…

Untuk kali ini aku ingin menyingkap sedikit kisah ketika Debat Perpaduan di UMP. Asyik-asyik debat, bila pula aku nak menceritakan pasal teater dan drama, huhuhu..sabar yerk!! Aku akan cerita semua itu nanti! Al-maklum ar sekarang tengah dalam mood nak berdebat.

UMP dalam Debat Perpaduan

Team UMP diwakili oleh Hafizul, Nadiah,Adam dan Law. Kombinasi mereka membentuk satu pasukan bagi aku yang tidak kurang hebatnya. Adam mewakili Bajau, Law (cina) dan Nadiah,Hafizul adalah melayu. Dalam debat perpaduan, aku tidak ada pengalaman. Iyalah, sebelum ini mana pernah lagi aku pergi Debat ini termasuklah di UKM pada tahun lepas.

Team UMP menang 3 dari 6 perlawanan. Actually, aku target team ini menang 3 dan dapat top 12. Dan Alhamdullilah…team ini berjaya mendapat tempat ke-10, 2 anak tangga ke suku akhir. Bayangkan..hanya kurang juri..Hafizul pula dinobatkan 2 kali pendebat terbaik. Tahniah!!

Tapi tak mengapa..abang rasa team ini dah buat yang terbaik untuk UMP. Abang faham kalian berempat terlalu sibuk dengan persiapan tempat sehingga kurang praktis. Tak mengapa…
Baiklah ini nasihat abang khas buat team UMP:



A. Hafizul :

Baiki lagi dari kefahaman, guna bahasa yang lebih mudah. Jangan terlalu tension dengan usul, perlulah kawal emosi dan kata-kata agar pendebatan anda lebih menarik!

B. Nadiah:

selaku pendebat ketiga, Nadiah menunjukkan kecemerlangan dalam teknik bidasan. Bidasan Nadiah Nampak kemas dan ada cara tersendiri. Namun, perlu dibaiki dari sudut kelancaran beberapa perkara dan baiki juga intonasi serta gaya persembahan. Paling penting, abang harap Nadiah stick as one postion for next debate.

C. Adam

Adam mempunyai gaya tersendiri, dan orang yang paling cepat belajar. Namun ada kalanya gaya tersebut memakan diri sendiri. Adam perlu improve dalam mengawal intonasi dan perlu banyak unsur penegasan.Adam perlu belajar untuk adapt dengan pendebat senior, tangkas dalam memilih hujah. Adam juga perlu bijak mengawal nervous kerana nervous yang tidak dikawal akan memakan diri sendiri. Untuk Adam, abang ucapkan tahniah kerana memberikan satu persembahan terbaik, dan Insyallah melalui pengalaman debat perpaduan, abang yakin Adam boleh pergi lebih jauh.

D. Law Kok Sing

Tabik kat dia, sebab berbangsa cina dan Law fasih berbahasa melayu. Bidasan Law kadang kala kena dan kadang kala menyesong. Law sebenarnya seorang yang cepat faham, pandai meragukan fakta dan bijak mengawal emosi. Tone dan nada Law sebenarnya sangat sesuai sebagai 3rd speaker. Tetapi, Law perlu polish dari sudut bahasa agar pendebatan Nampak lebih kemas. Seperti Adam, Law mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia debat.

Swing ditubuhkan??

Dalam debat perpaduan, Nampak gayanya swing pula ditubuhkan. Iyalah, 3 pasukan (UMT,UPSI dan USIM) terpaksa ditarik penyertaan kerana masalah peserta (atas arahan MADUM). Huh?! Bertuahlah swing kerana inilah masanya mereka membaiki gaya serta mutu pendebatan untuk debat akan datang. Swing diwakili Amir,Jumain, Thilagawati dan Najmie. Semua pernah dapat best speaker kecuali Jumain. Huh, tak mengapa Jumain, banyak masa lagi..lagipun crown bukanlah perkara penting yang perlu dikejar.
SWING juga bagi aku adalah pasukan yang hebat. Tahniah! Banyak juri komen bahawa swing mempunyai potensi besar dalam arena debat …

Tahniah Penukir Ilmu!!

Tahniah buat kelab penukir Ilmu dibawah pimpinan Afizan kerana telah berjaya menguruskan debat perpaduan dengan baik. Walaupun pada awalnya mempunyai masalah, tetapi semuanya diselesaikan setangkas yang mungkin. Buat Ima dari UiTM Perak, abang ucapkan terima kasih kerana datang dan menolong berkhidmat sebagai runners. Buat Mashitah..Tahniah!! Anda berkhidmat cemerlang sebagai runners UIAM.
Untuk Madam Mala, thanks for bagi I dan Azwan bilik hotel..hehehe. Tq2, at least kita semua dapat enjoy malam itu (makan steak ramai2). Thanks juga to Lily sebab datang dan bagi support pada semua team debat UMP. Terima kasih, arigato!!

Apa-apapun, aku tak sempat nak melihat perlawan suku,separuh dan akhir. Ini kerana aku terpaksa pulang ke KL malam ahad itu juga. Sekali lagi, aku melalui proses perpisahan. Tetapi nak buat macam mana..perpisahan tetap akan berlaku.



Buat semua peminat teater..datang ke Istana Budaya (11 Dec sampai 18 hb Dec 2007) untuk menonton teater muzikal kanak-kanak Aladdin. Teater ini diarahkan oleh Norzizi Zulkifli dan penampilan khas Erma Fatimah dan Faizal Ismail (FBI). Memang best teater ini semasa aku menonton rehersalnya.Jadi apa lagi? Tiket berharga RM20, RM30 dan RM50. Diskaun separuh bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Jom ar!!

3 comments:

nsamsudin said...

Thank you for coming for the debate. Hope we'll get to meet again soon. Tak habis-habis promote alladin - dapat commission ke?

~wan hidayat~ said...

Raja....byk betul aku ketinggalan debat kan...kan...sedey rasanya sbb tak dapat bersama kalian....jiwa debat aku sentiasa ada bersama UMP...
aku berharap..suatu hari nnti aku akan dapat lakukan sesuatu utk pasukan debat dan kelab penukir ilmu...

bagu raja...teruskan support adik2 kita...walau di mana kita berada....

Lily Cartina said...

u're welcome!
next time bole la lily dtang menyemak lagi.
ehehhe..