My birthday dan Cameron ku...

Cameron Highlands..

28 Disember 2007:


Tarikh ini merupakan ulangtahun kelahiran aku yang ke-23. Hari lahir aku sama dengan adik kedua ku, Raja Azriq Suhaimi, jadi kami akan wish antara satu sama lain tepat pada 12 am.
Seperti orang lain, aku banyak menerima ucapan Hepi Birthday..dan doa dari kawan-kawan serta mamaku sendiri. Terima kasih buat kalian.Paling terharu buat adik-adik SENANDIKA yang sanggup call tepat jam 12 am untuk menjerit happy birthday. Sori abang tak angkat sebab tertido..hehehe! Jika semasa birthday Azwan, kami hanya plan menonton teater..tetapi untuk birthday aku, kami (aku,azwan,Mdm Mala dan Mdm Chiam) plan melawat Cameron Highlands.

Plan bermula pada jam 4.30pm. Aku terpaksa mengambil Madam Mala di Terminal Putra, dan berjumpa Azwan, Amir,Adam dan Jumain di KL Sentral. Alhamdulillah, adik-adikku semuanya datang. Kami pergi menjamu selera di Restoran Kunang-Kunang dan tak sangka, Adam telah berjumpa dengan pihak restoran dan meminta penyanyi di restoran tersebut menyanyikan lagu Happy Birthday buat aku!! Adoi..malunya..tapi takpe..once a life. Thanks to Adam!!

Setelah itu, masa menyuapkan kek..hehehe..dan aku nak ucapkan terima kasih buat Amir,Jumain dan Adam kerana memberikan hadiah! Terima kasih sangat-sangat. Sebenarnya kehadiran kalian, madam mala dan Azwan pun sudah cukup memberikan seribu pengertian buat aku!!

Then, kami berjalan sekitar Taman Tasik Titiwangsa sebab Adam tak pernah tengok Eye On Malaysia..hehehe..sampai jam 12 am. Lepas tu, kami bertolak ke Jalan Kuchai Lama dan stay di sana.

29 Disember 2007:

Hari kedua, masa untuk bergerak ke Cameron. Seribu kali saying, madam chiam tidak dapat turut serta kerana mengalami masalah kesihatan. Sedih lah jugak..but plan kena teruskan juga. Dipendekkan cerita, kami sampai di Ringlet, tempat Judy pada jam 1pm. Selepas itu, kami ke Bharat Tea Plantation, menikmati tea strawberry dan Brownies. Memang cantik pemandangannya..sungguh menenangkan!!
Kami ke Tanah Rata, menikmati makan tengahari dan berjalan di sekitar taman permainan. Lupa nak cerita, Hafizul turut join dalam trip ini..kebetulan dia adalah anak kelahiran Cameron..hehehe.

Kami ke Honey Bee Farm dan Ladang Teh Boh untuk menikmati panorama yang sungguh mengasyikkan. Selepas itu, kami pulang ke apartmen Judy dan berehat sambil menonton America Next Top Model.
Jam 8 malam..kami bertolak ke Brincang. Kawasan paling tinggi di Cameron. Sejuk..huhuhu!! Kami menikmati steamboat di sebuah hotel di sana, dan berjalan di pasar malam. Adalah jugak membeli beberapa barang..tapi tak lah banyak sangat.
Then, balik apartmen (jam 11pm), berehat,main UNO dan layan Titanic.

30 Disember 2007:

Hari ketiga, dan hari kedua kami di CH. Kesemua bangun dalam jam 10 am..bersiap dan berjalan ke Strawberry farm kat Brincang. Sebelum itu, kami bersarapan kat restoran mamak di Tanah Rata.Then, kami bersiar dan mengambil gambar di Strawberry Park.
Next, pergi ke Time Tunnel (ntah hapa-hapa tempat tu), ke Cactus Point dan akhir sekali ke rumah makcik hafizul. Selepas minum petang, kami bertolak pulang…

Kami sampai di KL jam 8 pm, makan malam dan selepas itu Madam Mala, Hafizul dan adik-adik pulang ke kuantan.
Begitulah catatan aku untuk trip ke Cameron..

Seronok,menarik..selepas ini, tak tahulah apa plan seterusnya..wait and see!!Apapun ada lagi beberapa trip yang dirancang dan menanti...!!

Begitulah beberapa pic yang sempat aku upload dalam blog ini. Banyak lagi cerita nak share dalam blog ini, tapi tak mengapalah apa yang berlaku, segala luahan dan isi hati sepanjang perjalanan dan lawatan di Cameron menjadi kenangan terindah buatku!!

Hadiah dari hati..inilah yang dapat digambarkan kerana segala rancangan aku berjaya. Madam Mala juga datang, Adam pun sama..yang mana pada awal aku jangkakan mereka berdua mungkin tidak dapat datang.

Begitu juga Jumain,Amir dan Hafzul kerana sentiasa setia bersama aku dan Azwan.

Terima kasih buat kalian.










Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...