Pengorbanan dan Kemuliaan!!

Assalamualaikum dan selamat kembali:


Lama gak aku tak taip blog, hampir seminggu…
Baiklah, aku nak bercerita apa yerk? Kisah yang aku buat dalam minggu lepas..


Raya Haji: Suatu pengorbanan!


Hari Raya Korban, seperti muslim yang lain, aku juga turut merayakan hari raya korban. Lazimnya aku beraya di Jerantut iatu rumah Pak Ngah, rumah bapa sedara aku. Aktiviti menyembelih memang lazim dilakukan..dan aku…hehehe, akan jadik pemerhati paling berjaya.


Selepas menyembelih, biasalah..melapah dan memasak daging korban. Dan, pak ngah akan mengagihkan kepada jiran tetangga di kawasan sekitar. Aku lak..kena jadik chef, masak daging..paling lazim aku masak..daging bakar!!

Lepas saja hari raya..aku pulang ke rumah aku di Karak. Berehat sebelum menyambung tugasan pratikal di Istana Budaya.


Anak Halal??



Hehehe..pada 18 Disember lepas, aku keluar bersama Jumain, junior debat aku. Kami memang tak plan pun nak kuar, tapi kebosanan tahap melampau..aku telah berjaya mengajaknya keluar.
Kami menonton filem lakonan Farid Kamil dan Maya Karin, bertajuk anak halal. Mungkin ramai yang tahu file mini sebab promosi dia bagai nak rak. Yalah..waktu tayangan dia pun full..huhuhu.



Komen aku: Cerita ni memang best. Dari sudut lakonan, maya berjaya lari dari kepompong Pontianak dia sebelum ini. Bagi Farid, ini filem lakonan anda terbaik!! Pelakon lain juga turut bagus terutama watak rosyam nor dan Mislina (Mak Yam). Memang menghidupkan lagi jalan cerita anak halal. Cuma watak Fasha macam dibuat-buat..masih banyak perlu dibaikpulih.


Dari sudut teknikal..filem ini memang hebat. Aksi dalam filem ini Nampak realistik. Memang berlainan dengan filem melayu sebelum ini..adegan bergaduh dan bertumbuk kadang-kadang membuatkan kita sendiri tak senang duduk.


Dari sudut penceritaan, pengarah Osman Ali memang bijak. Mengangkat kisah budak-budak liar dari sudut pandangan berbeza. Memang ada filem bertemakan sebegini seperti Rempit, Kl Menjerit..tetapi dalam anak halal, jalan cerita dia sangat unik. Ending cerita dia juga mampu membuatkan penonton tersentuh. Tak hairan juga ada yang kuar panggung mengesat air mata..
Cuma ada beberapa babak yang sedikit meleret menjadikan penonton penat..tetapi penatnya terubat apabila babak penyelesaian bermula. Huhuhu..

Secara kesimpulannya..anak halal wajar ditonton oleh golongan muda masa kini. Tahniah pada Osman Ali kerana filem ini nyata lebih kemas dan menarik berbanding Puaka Tebing Biru sebelum ini.


Merry Christmas!!


Hohohoho…


25 DECEMBER: Hari Krismas..


Wish to:


Tito, Raymond, Ashwin, Charlene and everyone yang celebrate!!


Dan..tak lama lagi..kita akan masuk tahun 2008.


WELCOME 2008!!


Comments

azwan bamadhaj said…
alhamdulillah......

yer la.....
keluar x ajak aku......
huuhuhuhuhuh........
propa.....

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...