Terbang bersama Aladdin di Istana Budaya.

Teater Aladdin:

Aku telah menonton teater Aladdin pada 11 Dec 2007. Owh..hari jadi Fendy, kawan rapat aku masa di UMP( Happy birthday to him). Aku menonton teater ini bersama dengan mama dan adik bongsu aku, Raja Akmal.

Kesempatan pratikal di Istana Budaya menjadikan aku akan selalu menonton teater, untuk Aladdin, aku tak menonton secara percuma. Aku telah membeli tiket berharga RM30 dan telah diberi diskaun Mr. Balan sebanyak 50%. Thanks Mr. Balan.

Baiklah.str8 to the point!! Kisah Aladdin..semua orang tahu. Ia merupakan kisah 1001 malam yang diolah dan diarah oleh Norzizi Zulkufli (pengacara Dimana Joe Jambul). Norzizi ini kreatif jugak rupanya. Aladdin dipentaskan penuh dengan artistik, malah untuk level teater kanak-kanak, Aladdin dianggap antara teater yang bermutu dan berkualiti.

Dalam teater ini, Aladdin bertemu dengan jin di dalam lampu..dan babak Puteri Jasmin juga antara babak yang memukau hati aku. Dari segi penceritaan, Kak Zizi menerapkan pelbagai rhythm cerita supaya penonton tak bosan. Ditambah pula dengan banyak dialog yang kelakar…tidak dinafikan, ia sesuai untuk kanak-kanak. Penggunaan korus dan ditambah dengan unsur gimnastik menjadikan cerita ini menarik ditonton. Diingatkan bagi mereka yang ingin menonton(terutama Azwan), anda kena rendahkan level pemikiran anda kerana ini adalah teater kanak-kanak. Bukan teater dewasa..hahaha.

Dari segi lakonan, memang tidak mengecewakan apabila mereka memilih Erma dan FBI (Faizal Ismail-HotFM) untuk berlakon. Memang kena dan tepat dengan watak diberikan. Jin dilakonkan oleh FBI memang kelakar dan ada gaya tersendiri. Erma pula membawakan watak Ahli sihir yang mempunyai cara tersendiri. Memang hebat dan tabik buat pelakon verstail ini. Adik Ammal dan Adik Farina yang memegang watak Aladdin dan Jasmin juga boleh berlakon dengan baik. Cuma ada sesetengah dialog tidak jelas, mungkin terlalu banyak perkataan perlu disebut dan dihafal. Pujian juga patut diberikan pada watak Abu (Monyet) dan Belang (Harimau) kerana berjaya membawakan watak haiwan ini dengan baik dan comel. Karektor mereka mampu membawa penonton gelak sehingga ke akhir persembahan.

Teknikal?? Bagaimana pula? Aladdin telah berjaya memukau dengan pelbagai scene yang baik. Props mereka memang memukau terutama ketika di gua pasir. Tiada masalah teknikal berlaku, dan perubahan setiap scene juga Nampak kemas. Cuma babak pertarungan jin dan ahli sihir sahaja perlu ditambah pelbagai kesan khas. Ketika ahli sihir mati, ia masih belum lengkap dan tak nampak unsur realistik. Namun itu boleh dimaafkan atas lakonan berkesan Erma dan FBI. Lagu-lagu dalam teater ini, not bad!! Sedap didengar!!

Aladdin memang mengancam..Ia memang sesuai untuk kanak-kanak. Penayangan Aladdin ini sedikit sebanyak membuka ruang pada golongan muda untuk lebih menghargai seni pementasan.

Award from me:


Babak paling menarik:
a. Ketika Belang dan Puteri Jasmin bergurau.
b. Ketika Aladdin bertemu dengan jin.

Kostum mengancam:
a. Ahli Sihir
b. Korus untuk ahli sihir.

Lagu menarik:
a. Ketika Jasmin dan Aladdin terbang
b. Ketika Aladdin mencari puteri (masa sedih).

Teknikal menawan:
a. Ketika Aladdin terbang bersama Jasmin.
b. Ketika Jin menunaikan permintaan Aladdin.

Lakonan berkesan (Kanak-kanak):
a. Watak Abu
b. Watak Belang

Koregrafi tercantik:
a. Ketika Puteri Jasmin diculik
b. Babak akhir (bergembira).

Ini semua hanyalah pendapat aku. Tak tahulah pendapat individu..untuk Kak Zizi, jangan marah yerk..apa-apapun tahniah buat Kak Zizi, tak sia-sia marah budak-budak tu, hasilnya

Ratings: 4 Bintang.
* Sorry, tiada picture. Tak sempat nak amik.Maybe aku akan upload dari semasa ke semasa, takpun dalam friendster.

Comments

Anonymous said…
salam.. tumpang lalu..so sapa menang debat PERPADUAN..? neway beli la HADIAH DARI HATI... best...
nsamsudin said…
Sorry, tak boleh tgk Alladin...tak cukup duit... book me for PGL ok.
Lily Cartina said…
mama tuh siyes ke na tgk pgl?
ta ajak pon.
ehehe..
neway, ta mention name abg azwan and abg raja cuz both of u dah terlalu glamour.
kalo mention nanti terlebih glamour plak.
ehehehe
azwan bamadhaj said…
aladdin.......

huhuuhuh... menarik... sangat menarik.... terima kasih la promote kat aku......

berbaloi gak.....

btw.... tapi... sakit jugak tengok aladdin.....????

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...