Untuk SENANDIKA

Adik-adik SENANDIKA:

Back again, now its time for drama…

Setelah banyak aku mengomen dan memberi pendapat mengenai debat, kali ini biarlah aku beransur pula kepada adik-adik aku yang berada dalam Group SENANDIKA.
SENANDIKA, nama yang cukup unik. Abang ucapkan tahniah kerana kalian semua masih kekalkan nama SENANDIKA ini. Terus-terang, cabaran untuk bangunkan SENANDIKA amat kuat. Kini, SENANDIKA dalam proses tranformasi untuk menjadi produksi teater/drama yang lebih baik.

Kumpulan SENANDIKA ini mengamalkan formula adik-beradik +Profesionalisme. Gabungan 2 formula ini membentuk satu kumpulan yang bagi abang agak kuat. Kali terakhir aku mengarah di UMP ialah Drama Jalan Sempit (bekerja sama dengan Yana dan Farani). Setelah ada beberapa kontroversi, hati aku agak kurang untuk bersama SENANDIKA. Entahlah… *hanya orang tertentu sahaja faham.

Dikesempatan ini, abang mohon maaf pada adik-adik jika abang terkasar semasa menjadi pengarah/ketua kumpulan drama. Sekarang ini jawatan itu telah diberikan kepada Yunika dan Lan. Dan, abang yakin mereka mampu untuk memimpin anda semua untuk menjadi lebih baik!!

1. Untuk Batch Nida (intake 2004):


Abang ucapkan tahniah kerana anda semua berjaya membantu abang untuk bangunkan SENANDIKA. Untuk Nida, tahniah..anda merupakan antara tulang belakang dalam SENANDIKA dan kelab Kebudayaan & Kesenian. Abang juga ucapkan tahniah pada Noni,Dewi dan beberapa lagi…kerana masih setia dalam SENANDIKA dan membantu adik-adik dalam memantapkan skill lakonan.


Khas untuk cik nida: Anda adalah antara pelakon yang mantap terutama dalam memegang watak mak tak kiralah dalam apa jua emosi. Malah, anda juga seorang yang kreatif terutama dalam memahamkan jalan cerita.




Khas noni dan Dewi: dua pelakon berbakat. Noni layak digelar sebagai Sheila Rusly UMP. Berilah dia watak perempuan gatal ke, cik kiah ke..semua jadik. Dewi pula sinonim sebagai watak mak. Memang menjadi terutama kalau mak datin..fuhyoo!!

2. Untuk Batch Azril (intake 2005)

Abang ucapkan tahniah pada batch ini kerana bermulanya batch inilah SENANDIKA semakin harum namanya. Masih ingat lagi Drama Kahwin yang kita lakonkan bersama. Drama ini menjadikan SENANDIKA lebih kuat. Ingatkah kalian waktu hang out kita yang pertama? Hihihi..memang seronok, batch ini abang puji akan kesungguhan kalian semua. Malah, banyak bakat baru terutama Pidut, Yunika dan Ida menyerlahkan lagi penceritaan terutama dalam drama Laksamana Bentan dulu.

Syikin yang lahir dari batch ini membuktikan keunggulan pengarah wanita ini. Beliau kini diberi tanggungjawab besar dalam teater pusaka sari (adaptasi Bonang). Dia juga kreatif dari sudut penulisan skrip dan pandai dari teknikal pengarahan. Azril juga bijak terutama dari sudut pengurusan pentas. Mengenali Azril dari waktu dia 1st year lagi, Azril seorang adik yang mantap..hehehe terutama dalam pengendalian tugas yang diberi.

3. Batch Farani (intake 2006)

Ini merupakan batch paling banyak dan mencabar buat abang, Rata-rata batch ini merupakan mereka yang berbakat besar. Nurul, Bob ,Lan dan Bad mempunyai bakat lakonan yang pelbagai. Tidak dilupakan Nor juga berbakat dalam mengekspresikan pelbagai watak. Syafiq,Daoz dan Farani merupakan krew produksi yang cekap dan amanah. Yana dilihat sebagai pengarah muda yang mempunyai kreativiti tersendiri. Manakala Rafidah dan Aina pula bijak dalam pengurusan produksi terutama dalam member bantuan kepada pelakon-pelakon lain.

Batch ini terlalu banyak kenangan manis bersama abang. Mereka hadir ketika SENANDIKA berada di puncak. Mereka juga telah diberi pendedahan awal terhadap dunia teater dan pastinya suatu hari nanti, SENANDIKA dibawah pimpinan bacth ini mampu mencetuskan pelbagai kejayaan.

4. Batch Amir (intake 2007)

Batch terakhir..batch Amir. Abang kenal beberapa nama, terutama mereka yang berlakon jalan sempit. Batch ini bagi abang banyak perlu dipelajari terutama asas lakonan. Mereka perlu dibimbing oleh senior supaya setiap drama dihasilkan kena pada masanya. JALAN SEMPIT yang dipersembahkan merupakan taruhan besar dari abang, dan anda tidak mengecewakan. Bagi abang, batch ini perlu ada connection dan bersatu dahulu sebelum terjun dalam arena drama yang pastinya lebih mencabar.

Bagi abang, semua sama..banyak perlu dibaiki. Baik Amir, Adam, Jumain, Azyan, Fateyah, Azam ataupun Tok penghulu..banyak lagi anda perlu belajar. Drama banyak kaitan dengan emosi, intonasi. suara dan kerjasama. Jadi, buat yunika dan Azlan..tanggungjawab anda besar. Didiklah adik-adik ini kerana mereka lah pencorak masa depan drama pada masa akan datang.


Akhir sekali:

Buat rakan-rakan dramaku:


Mel:
Kau adalah pelakon yang mantap. Berilah apa watak, aku yakin kau boleh bawakannya. Kau komitmen dan serius terutama waktu latihan. Malah, punctual, hafal skrip dan tak susah untuk bekerjasama dengan kau. Sikap Melody ini wajar dijadikan contoh kepada adik-adik muda SENANDIKA.






Zamry:
Pelakon dan pelawak, inilah yang aku boleh tafsirkan. Watak serius dan watak komedi, kau adalah orang paling sesuai.Kau juga banyak idea menjadikan karektor yang diberikan menarik dan bersesuaian.



Azwan:
Pelakon berbakat!!…inilah aku boleh bagi pada kau. Like melody, you can adapt with the character faster. Malah, anda berkebolehan memegang watak antogonis terutama watak jenis penghasut ataupun “syaitan”.Kau juga berdisplin dan bijak menguasai pentas.


Inilah komen x-klusif untuk khas buat rakan dan adik2 SENANDIKA. SENANDIKA masih jauh, kita baru bertatih dalam dunia drama dan teater. Insyallah, SENANDIKA tidak akan luput dari hati aku, dan aku akan bantu sedaya upaya untuk menjadikan SENANDIKA antara nama tersohor dalam persada teater IPTA.
SAYANG SENANDIKA SELALU!!

Comments

Anonymous said…
juz wanna thanx u 4 dis sweet post.wihout u xdelah bertapaknya SENANDIKA till today.much appreciated of all ur efforts.btw,nk wish slmt hr ry aidiladha, hohoho mery xmas n hepi new year.n not 2 4get,hepi bcoming bday!
Mr Final said…
:D :D :D

Selamat Hari Raya Aidil-Adha
nsamsudin said…
Selamat hari raya, your highness...
azwan bamadhaj said…
huhuhuhuhu.....
segan plak i......

hahahahhaha
tapi kan, ada satu lagi yan ko lupa nak tambah.... iaitu:

Raja Azrul - pengarah dan penulis skrip yg komited, tegas, bermatlamat dan mengejar kepuasan dalam menghasilkan seni.... insan seni yang teperangkap dalam diri seorang jurutera....

hhuhuhuhuh
Mr Final said…
anda telah di tagged!...

lawati blog saya untuk mengetahui lebih lanjut.. huhuu
Ji-Chan said…
hahaha, stuju dgn azwan.. nk wat camne, its ur KARMA, hehehe..

time aku bace post ko neh rase cam bace wasiat plak.. seram pon ade, huhu..

thanks for ur comment.. senandika will be in my heart forever =D
Wanpetunjuk said…
happy new year.....pengarah terbilang...smoga ko akan jadi lebih hebat daripada steven spilberg...boley kan...Malaysia Boleh kan...kan..kan...heheheeh
Anonymous said…
tenkiu abg raja..
susahnya saya nk jadi Wan Seri Bani..
huhu..
thanx to abg raja, abg wan, kak nida, syikin, kak mel, abg zam n yg lain coz telah bertungkus lumus mengajar saya untuk menjadi Seri Bani..
tu la 1st time saya berlakon..hehe
Btw, nk wish gak..
hepi new year n hepi becoming besday..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...