Posts

Showing posts from August, 2007

Debat: Suatu Pesona

Image
Tengoklah pic diatas...hehehe..kenangan DEBAT UMP yang abadi. Kenapa debat adalah pesona? Iyalah, macam kat UMP, sesiapa yang masuk debat ini, sering dianggap orang yang taknak mengaku kesalahannya sendiri. Kebanyakan pensayarah lak sering menggangap debat ini menyusahkan..tapi bagi semua itu tanggapan yang salah!! Kenapa? Mcm dalam teater lah..debat salah satu aktiviti yang menyihatkan. Bukan menyihatkan tubuh badan, tetapi menyihatkan minda kita. Melalui debat kita boleh mengasah kemahiran berfikir, mengurai fakta dan juga komunikasi. Maknanya, bukan senang nak jadik pendebat. Malah di universiti lain (terutama UIAM) debat dianggap sebagai suatu isu politik. Malah jika mereka kalah debat, ada yang pengsan..huhuhu pelik2. Kalau aku, taklah sampai macam tu. Bagi aku dunia debat ini bagus, tapi janganlah taksub sampai tinggal segala2nya. Maklumlah, kalau berdebat kita akan mewakili Universiti, secara tak langsung kita juga akan berkorban kelas, masa dan juga jadual kita belajar. Tap

Detik-detik SENANDIKA bermula...

Image
Ya..kembali dalam penulisan blog aku yang terkini... Aku masuk UMP pada tahun 2003. Dahulu UMP dikenali sebagai KUKTEM. Ia adalah sebuah Universiti berorientasikan kejuruteraan. Terus-terang, aku bukanlah seorang yang minat dalam bidang kejuruteraan. Ok, kali ini bukan aku nak cerita pasal pengalaman di UMP, tapi aku nak cerita sambungan pengalaman aku dalam bidang teater/drama. Pada awal kemasukan aku ke UMP, aku sebenarnya malas nak menyertai drama. Aku lebih berminat untuk menyertai pasukan Debat, tapi atas pujukan Suhazrie, aku telah menyertai drama team UMP. Masa itu pasukan drama dikenali sebagai drama team. Kira-kiranya ia baru nak ditubuhkan. Untuk masuk pasukan drama, kita perlu di 'audition'. Aku masih ingat lagi, aku pergi audition selepas sahaja tamat kelas programing C, then aku bergegas dengan Su ke Canselori (skrng ni pejabat BPA) untuk tempat ujibakat. Masa itu taklah ramai nak join. Tapi antara muka yang aku ingat dan masih nampak ialah Najib (Namo)

Teater,drama dan .............

Image
Kali ini aku nak bercerita salah satu minat aku iatu berdrama (berteater) atau sewaktu dengannya. Bila sebut drama pentas, berlakon, berteater, pasti ramai yang kata kerja ini takda masa depan. Malah ada gak melabelkan ia kerja melalaikan dan membazir. Aku katakan TIDAK!!!!!!!!!!!!Kenapa? Bagi aku teater, drama ini adalah pentas untuk aku salurkan kreativiti aku. Tak kiralah dalam bidang penulisan, pengarahan ataupun teknikal. Malah dalam teater, kita dapat gak belajar untuk mengendalikan sistem audio berkualiti tinggi, dimana kerja2 ini biasanya dikendalikan oleh jurutera bunyi. Ok, aku bukan nak pengaruh orang tuk masuk teater, tetapi aku nk cerita bagaimana mulanya aku terlibat dalam dunia drama/pementasan ini. Aku mula2 berlakon bermula dari darjah 4. Watak aku adalah seorang kanak-kanak menjadi mangsa perang. Memang challenge gak berlakon watak ni. Sel epas tu, masa aku form 1 aku dipilih oleh cikgu BM aku sebagai pengarah tuk persembahan hari guru. Waktu itu tahun 1997, ing