Posts

Showing posts from December, 2007

Kenangan Cameron

Image
Untuk post ini, aku just uploadkan picture buat tatapan semua...

My birthday dan Cameron ku...

Image
Cameron Highlands.. 28 Disember 2007: Tarikh ini merupakan ulangtahun kelahiran aku yang ke-23. Hari lahir aku sama dengan adik kedua ku, Raja Azriq Suhaimi, jadi kami akan wish antara satu sama lain tepat pada 12 am. Seperti orang lain, aku banyak menerima ucapan Hepi Birthday..dan doa dari kawan-kawan serta mamaku sendiri. Terima kasih buat kalian.Paling terharu buat adik-adik SENANDIKA yang sanggup call tepat jam 12 am untuk menjerit happy birthday. Sori abang tak angkat sebab tertido..hehehe! Jika semasa birthday Azwan, kami hanya plan menonton teater..tetapi untuk birthday aku, kami (aku,azwan,Mdm Mala dan Mdm Chiam) plan melawat Cameron Highlands. Plan bermula pada jam 4.30pm. Aku terpaksa mengambil Madam Mala di Terminal Putra, dan berjumpa Azwan, Amir,Adam dan Jumain di KL Sentral. Alhamdulillah, adik-adikku semuanya datang. Kami pergi menjamu selera di Restoran Kunang-Kunang dan tak sangka, Adam telah berjumpa dengan pihak restoran dan meminta penyanyi di restoran tersebut men

Pengorbanan dan Kemuliaan!!

Image
Assalamualaikum dan selamat kembali: Lama gak aku tak taip blog, hampir seminggu… Baiklah, aku nak bercerita apa yerk? Kisah yang aku buat dalam minggu lepas.. Raya Haji: Suatu pengorbanan! Hari Raya Korban, seperti muslim yang lain, aku juga turut merayakan hari raya korban. Lazimnya aku beraya di Jerantut iatu rumah Pak Ngah, rumah bapa sedara aku. Aktiviti menyembelih memang lazim dilakukan..dan aku…hehehe, akan jadik pemerhati paling berjaya. Selepas menyembelih, biasalah..melapah dan memasak daging korban. Dan, pak ngah akan mengagihkan kepada jiran tetangga di kawasan sekitar. Aku lak..kena jadik chef, masak daging..paling lazim aku masak..daging bakar!! Lepas saja hari raya..aku pulang ke rumah aku di Karak. Berehat sebelum menyambung tugasan pratikal di Istana Budaya. Anak Halal?? Hehehe..pada 18 Disember lepas, aku keluar bersama Jumain, junior debat aku. Kami memang tak plan pun nak kuar, tapi kebosanan tahap melampau..aku telah berjaya mengajaknya keluar. Kami menonton filem

Untuk SENANDIKA

Image
Adik-adik SENANDIKA: Back again, now its time for drama… Setelah banyak aku mengomen dan memberi pendapat mengenai debat, kali ini biarlah aku beransur pula kepada adik-adik aku yang berada dalam Group SENANDIKA. SENANDIKA, nama yang cukup unik. Abang ucapkan tahniah kerana kalian semua masih kekalkan nama SENANDIKA ini. Terus-terang, cabaran untuk bangunkan SENANDIKA amat kuat. Kini, SENANDIKA dalam proses tranformasi untuk menjadi produksi teater/drama yang lebih baik. Kumpulan SENANDIKA ini mengamalkan formula adik-beradik +Profesionalisme. Gabungan 2 formula ini membentuk satu kumpulan yang bagi abang agak kuat. Kali terakhir aku mengarah di UMP ialah Drama Jalan Sempit (bekerja sama dengan Yana dan Farani). Setelah ada beberapa kontroversi , hati aku agak kurang untuk bersama SENANDIKA. Entahlah… *hanya orang tertentu sahaja faham. Dikesempatan ini, abang mohon maaf pada adik-adik jika abang terkasar semasa menjadi pengarah/ketua kumpulan drama. Sekarang ini jawatan itu telah di

14 Disember 2007

Image
Salam Sejahtera semua!! Pada 14 Disember, ia merupakan hari bersejarah buat sahabatku..Azwan. Kenapa? Pada hari itulah hari jadi dia yang ke-23. Pada hari tersebut, kami plan untuk menonton teater Aladdin. Plan asal, aku tak tengok sebab aku telah menonton teater tersebut pada hari Selasa lepas (with my mom). Jadi, hanya 4 orang menonton iatu Azwan, Amir, Adam dan Jumain. Tito pula last minit bagitahu nak menonton, jadi dia akan datang KL pada hari Jumaat tu (14hb) dan terus beli tiket on da dot... Tapi sayang, like apa yang Azwan tulis dlm blog, tak semua kita rancang akan jadi kenyataan... Adam dengan Tito tak dapat datang sebab mereka terkandas dalam perjalanan. Iyalah, jalan utama KL-Kuantan tutup sebab banjir. Jadi..mencacatkan sikit kemeriahan sambutan harijadi Azwan. Selepas itu aku terpaksa menemankan mereka menonton Aladdin, then ke KLCC, kedai Mamak dan finally tidur kat Taman Melati (rumah aku di KL). 15 Disember 2007: - Kami pergi ke Times Square, makan kat Restoran Uncle

Terbang bersama Aladdin di Istana Budaya.

Teater Aladdin: Aku telah menonton teater Aladdin pada 11 Dec 2007. Owh..hari jadi Fendy, kawan rapat aku masa di UMP( Happy birthday to him). Aku menonton teater ini bersama dengan mama dan adik bongsu aku, Raja Akmal. Kesempatan pratikal di Istana Budaya menjadikan aku akan selalu menonton teater, untuk Aladdin, aku tak menonton secara percuma. Aku telah membeli tiket berharga RM30 dan telah diberi diskaun Mr. Balan sebanyak 50%. Thanks Mr. Balan. Baiklah.str8 to the point!! Kisah Aladdin..semua orang tahu. Ia merupakan kisah 1001 malam yang diolah dan diarah oleh Norzizi Zulkufli (pengacara Dimana Joe Jambul). Norzizi ini kreatif jugak rupanya. Aladdin dipentaskan penuh dengan artistik, malah untuk level teater kanak-kanak, Aladdin dianggap antara teater yang bermutu dan berkualiti. Dalam teater ini, Aladdin bertemu dengan jin di dalam lampu..dan babak Puteri Jasmin juga antara babak yang memukau hati aku. Dari segi penceritaan, Kak Zizi menerapkan pelbagai rhythm cerita supaya pen

Debat Perpaduan UMP 2007

Image
Kembali semula… Untuk kali ini aku ingin menyingkap sedikit kisah ketika Debat Perpaduan di UMP. Asyik-asyik debat, bila pula aku nak menceritakan pasal teater dan drama, huhuhu..sabar yerk!! Aku akan cerita semua itu nanti! Al-maklum ar sekarang tengah dalam mood nak berdebat. UMP dalam Debat Perpaduan Team UMP diwakili oleh Hafizul, Nadiah,Adam dan Law. Kombinasi mereka membentuk satu pasukan bagi aku yang tidak kurang hebatnya. Adam mewakili Bajau, Law (cina) dan Nadiah,Hafizul adalah melayu. Dalam debat perpaduan, aku tidak ada pengalaman. Iyalah, sebelum ini mana pernah lagi aku pergi Debat ini termasuklah di UKM pada tahun lepas. Team UMP menang 3 dari 6 perlawanan. Actually, aku target team ini menang 3 dan dapat top 12. Dan Alhamdullilah…team ini berjaya mendapat tempat ke-10, 2 anak tangga ke suku akhir. Bayangkan..hanya kurang juri..Hafizul pula dinobatkan 2 kali pendebat terbaik. Tahniah!! Tapi tak mengapa..abang rasa team ini dah buat yang terbaik untuk UMP. Abang faham kal

Duniaku sudah berakhir??

Image
Salam.. Aku sebenarnya banyak nak tulis dalam blog kali ini, terutamanya kisah pertama aku pratikal di Istana Budaya.Tetapi, nantilah aku ceritakan... Kini satu tranformasi telah berlaku... Aku kini semakin dekat dalam dunia yang ingin ku kejar.. Tetapi aku sudah jauh meninggalkan dunia lamaku... Tiada lagi leteran SVku.. Tiada lagi kelas,kuliah,test,kuiz Tiada lagi debat (oopps..ye ke?) Tak mungkin aku menjadi pengarah SENANDIKA (hurm..??) Bas Rahmat Alam diganti dengan Rapid KL Kereta sewa?? Huh?? Takda pakguard yang mintak kad matriks.. Takde lagi Lab, wiring, litar, oscilloscope.. No more kelab kebudayaan dan Kesenian (now belongs to Azril..Tahniah!!) Tapi, itu tak bermaksud aku akan meninggalkan segala minat aku terutama dalam teater dan debat. Untuk adik2 debat dan senandika, abang akan sentiasa sokong kalian walaupun abang sudah tiada di sisi kalian. Kenangan di UMP..tak mungkin aku lupakan...