Di sebalik Istana Budaya


(Belakang pentas..Panggung Sari)
Salam..
Setelah beberapa entry sebelum ini aku banyak menceritakan isi hati (walaupun masih kabur) tetapi kali ini aku ingin menulis mengenai artikel lain pula. Aku mohon maaf kalau ada yang terasa, tersinggung atau apa sahaja mengenai entry yang lepas!!

(Tempat aku mencari ilham-Laman Santai)

Pada 3 Mac 2008, genaplah 3 bulan aku pratikal di Istana Budaya. Maaflah, agak lama aku tak ceritakan kisah aku ketika pratikal. Asyik2 cerita pasal debat dan teater..huhuhuhu!!Untuk kali ini, aku akan cerita serba sedikit dan berkongsi pengalaman aku ketika berada di Istana Budaya selama 3 bulan ini.

(Kren untuk setting lampu)

Kenapa IB?
Ramai orang asyik Tanya, kenapa pilih Istana Budaya? Bukan ke ia takde kaitan dengan elektrik? Ramai bertanya dan aku hanya menjawab, kelainan!! Itu sahaja jawapan aku! Lagipun, aku memang berminat nak pratikal di sini, salah satu sebabnya nak timba pengalaman dalam seni pementasan.
Istana Budaya ini ditubuhkan pada tahun 1999. Bentuk bangunannya mirip sirih junjung dan pelan atasnya berkonsepkan wau bulan. Seni binannya memang mirip istana zaman dahulu kala. Malah, panggung sari juga diilhamkan seperti balairong sari istana melayu dulukala. Bilik-bilik disini dinamakan kamar, termasuk bilik VVIP dinamakan kamar dewangga. Huh, memang berbudaya betul berada disini. Sangat seronok!

(Bilik aku-tempat aku menaip blog)


IB mempunyai pentas terhebat di Malaysia. Pentasnya boleh digerakkan dan operasinya berkonsepkan opera house di Sydney. Malah, panggung sari dikatakan antara pentas setaraf dengan Royal Albert Hall London. Sebab itulah, operasi penyelenggaraan pentas hanya dilakukan oleh mereka yang berpengalaman sahaja.

Kerja aku?
Kerja aku ..hehehe, aku ditempatkan di Cawangan teknikal. Untuk elektrik, ia terbahagi kepada 2, iatu pentas dan bangunan. Penyelenggaraan bangunan lebih member focus mengenai power supply ke seluruh bangunan IB ini. Manakala, pentas lebih kepada programming, audio, teknikal lampu, mekanikal pentas dan dry ice system. Alah..aku malas nak cerita lebih, tentu kalian tak paham sangat kan!
Kerja aku..mengikut kontraktor dan membuat apa yang patut. Takdelah sampai nak kena buat semua-semua tu, aku hanya buat yang ringan-ringan sahaja seperti tukar lampu, baiki fius. Kat sini juga aku blaja pengurusan teknikal. En.Zamzul, supervisor aku mengajar aku dari segi engineering ethics dan kerja-kerja berkaitan pejabat.
Aku juga belajar mengenai pengurusan seni persembahan. Walaupun tidak secara formal, tetapi aku belajar melalui pemerhatian. Contohnya ketika pementasan Aladdin, aku sendiri melihat bagaimana krew Norzizi Zulkifli menguruskan pementasan dan ia berjalan begitu lancar. Dan, aku juga melihat bagaimana pengurusan pementasan semasa Konsert Barisan Budi..bayangkanlah nak menguruskan artis, penari, koir, gamelan dan Okestra dalam suatu masa…huh, aku sendiri pun pening.
Aku sendiri terfikir, apalah nasib kelab kebudayaan dan Kesenian aku di UMP? Bagaimana lah Azril memimpin? Tapi aku yakin, Azril sudah matang dalam membuat keputusan..adik abang..hehe..

(Bilik Suis-kena ambil bacaan setiap hari)

Back to the topic, aku amat suka seni pementasan. Teater, seni budaya dan juga tarian. Disini aku juga turut belajar bagaimana mengendalikan teknikal, latihan vocal untuk teater dan cara pengarahan yang berkesan. Ilmu yang aku dapat memang sesuatu yang berharga.





(Bahagian bawah pentas..Gempak siut!)

Selain itu, aku juga turut belajar mengenai power system. Huh, subjek yang aku tak minat masa di FKEE. Tapi nak wat camne, aku kenalah tahu serba sikit pasal 3-phase system, battery operation, transformers dan macam-macam lagilah. Tapi tahu sebagai teori ler…


(Lambang Sari-tempat rehersal)

Kat sini ada macam-macam bilik. Bilik Studio atau ballet studio, khas untuk latihan teater dan tarian. Bilik Kostum dan Make-up..hehehe besar giler. Ada gak bilik sepatu, bilik VVIP, Bilik Ketua Pengarah, Bilik Gamelan, dan macam-macam lagi. (Pintu dibawah pentas..)
Memang havoc..kalaulah aku dapat bawak MT kelab Kebudayaan dan Kesenian, pasti mereka akan kagum. Hehehe..teringin nak ajak Apis, Mel, Bakiss dan Nida datang..sambil mengimbau kenangan kita memegang MT Kelab kebudayaan dulu.

Oklah..aku upload beberapa picture, ada lagi cuma tak muat dan malas nak edit kat sini. Oh yer, show bulan 3 ni menarik juga. Jewels Of Tibet, teater muzikal dari luar. Tapi tiket dia agak mahal, RM73..hehehe..

Kat sini juga senang nak jumpa artis..mana ada tempat pratikal Havoc macam ini..jangan jeles bah...

Lagu Stay the Same ditujukan khas untuk mereka yang aku sayang..sangat tersirat!!

Comments

- j o h a r i - said…
tapi..
kenapa IB..?huhuhu
suka ayat yg last tu...ckp sabah kunun..padahal ..mempunyai maksud yg tersirat...

tringin nk g IB..ak sorang je yg x penah smpai sana...sob..sob..sob
Pegawai Khalwat said…
Aku ada kenal seorang electrician, yang kini menjadi pensyarah bahagian teknikal di sebuah universiti tempatan.

Dia juga seorang penata cahaya dan set yang tersohor dalam bidan teater.

Asalnya, electrician saja. Penah diberi peluang praktikal di salah satu institusi terkemuka di London.

Asalnya, electrician saja.
Anonymous said…
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!
Anonymous said…
Did you downloaded Wikileaks docs? Give me link plz
Hope for answer
Anonymous said…
[url=][/url]
Anonymous said…
hi boleh saya tahu bagaimana apply praktikal di sini, dan elaun ada disediakan
Raja Azrul said…
Anon 3/17 - try apply terus ke Istana Budaya, bahagian pengurusan. Masa saya praktikal tidak ada elaun

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...