Keluargaku dan kampungku..!!

Assalamualaikum dan salam semua:
Ramai juga yang bertanya, kenapa nama aku Raja? Apa perkaitan Raja? Keturunan Raja ke? Hehehe..soalan yang kerap aku terima. Tak kurang juga yang bertanya, Raja kapur ke? Aku masih ingat sewaktu kecil, kawan-kawanku sering mengejek aku Raja Tak berdaulat..hehehe, biasalah budak-budak!
Baiklah, untuk blog kali ini, aku nak share cerita pasal keturunan aku, bukanlah nak membesarkan diri atau riak, tapi sekadar cerita…alah, apalah sangat yang ada pada keturunan, betul kan?
Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana. Datukku (yang digelar nenda) sebelah papa ialah Raja Adam. Nenek ku bernama Hajah Ramah. Mereka berdua berasal dari Pahang. Sebelah mama pula, Tok Wan berasal dari Kuala Kurau, Perak manakala Tok (nenek) berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang. Aku taknak cerita sebelah mama, kita hold dulu, tapi aku nak story sket pasal family sebelah papa.

(Keindahan pemandangan di kampung aku)

Nama Raja itu ialah nama keluarga aku..Ia diwarisi sejak dulu lagi. Aku berketurunan Raja Kecil, kiranya aku ini berdarah bugislah (sama macam Jumain). Cuma aku bugis sebelah Selangor. Moyang aku, adalah sepupu kepada Sultan Abu Bakar (bapa kepada Sultan Pahang sekarang), tetapi dari sudut warisan, aku kiranya lebih kepada kerabat Sultan Selangor.
Nenek aku pula berasal dari Raub, Pahang. Keturunan dia datang dari pembesar Raub. Katanya moyang aku ini adalah Tok Gajah, pembesar Pahang yang menentang British dulu! Huh, kiranya aku ni berdarah pahlawan ler..hehehe, pahlawan dalam dunia debat!
Nama sepupu sepapat aku semuanya ada Raja dihadapan. Jadi, kalau korang datang ke rumah aku, jangan panggil aku Raja..nanti orang lain yang menyahut pulak! Nama sebenar aku ialah Azrul (Cuma mel dan Apis panggil aku nama ini). Tapi aku tak kisah pun kalau orang lain panggil aku Raja.At least jangan panggil aku yang bukan-bukan, dah ler..hehehe!!


(Sepupu-sepupu aku bermain di hadapan teratak nenda)
Kampung ku:
Nenek aku tinggal bersama dengan Mak Teh (ibu sedara aku) di Kampung Temau, Raub, Pahang. Rumah datuk aku dinamakan Villa Nenda, dimana ia dibangunkan sebagai Projek Ternakan Ladang. Kalau anda semua berkesempatan ke kampung aku, anda boleh melihat pelbagai ternakan seperti rusa, lembu, kambing, arnab, itik, ayam mutiara dan macam-macam lagi lah. Memang best!




(Keindahan di kala senja-kolam ikan arwah nendaku)

Kampung aku digelar sebagai kampung tradisi.Iyalah, jarak dari satu rumah ke rumah yang lain memakan hampir dalam 1 km. Disini juga turut ditanam pelbagai tanaman seperti limau, ciku, mata kucing, dan macam-macam lagi. Seronok juga apabila pulang ke kampung, dapat menenangkan fikiran yang kusut ini…


Kat sini juga ada kolam, kalau mereka minat memancing. Ada macam-macam ikan, ikan tilapia, ikan Patin, Keli dan macam-macam lagi. Masa aku kecil dulu, aku sukalah memancing..tapi dah besar,jadi malas lah pula..hehehe.


(Kuda pun ada, alah-alah Kg.Cowboy pulak)


Rumah Nenda aku ni juga pernah dikunjungi Tengku Makhota Pahang, alah..Canselor UMP kita tu dengan Tengku Puan. Mereka suka memancing di kolam nenda..best..!Waktu mereka datang dulu, aku takde pula (sebab aku di UMP, sibuk buat assignment), jadi tak berkesempatan nak berjumpa mereka. Lagi satu, aku pun tak sempat nak upload gambar mereka datang melawat kampung aku masa dulu..hehehe!!

Kalau nak mandi sungai, bolehlah ke Pulau Chekas, lebih kurang setengah jam memandu. Kat sana, anda boleh rasa kenikmatan air sungai yang jernih dan menyegarkan. Hehehe..aku ni dah macam promote cuti-cuti Malaysia lah pulak!

Oklah, kalau korang nak aku bawak korang ke kampong aku, no hal! Aku akan bawa, tapi tengok masa aku free lah…dulu, aku pernah plan nak bawa Mel, Zam,Nida,Azwan dan Najib…tapi tak berkesempatan pula.Sekarang semua ntah kemana..hehehe..takpelah, dengar khabar, Zamrie nak buat SENANDIKA ReUnioN..hehehe, boleh lah buat kat kampung aku..pasti menarik!!
(Rusa yang dibela oleh nenek aku-nama dia John,comel tahu)

Oklah, aku selitkan sedikit picture di kampung aku. Kalau korang nak datang, contact ler aku. Insyallah, aku akan bawa.. (tak janji tau!)

Baiklah jumpa tuk entry seterusnya

*Entry aku kali ini banyak sangat teknikal. Entahlah..mengejar benda yang masih belum pasti..hehehe, sabarlah raja...still have time!

*rindu zaman kecik2 dulu... aku sangatlah nakal..hehehe!!

See ya..!!

Comments

Anonymous said…
Sampai sekarang aku tak berpeluang nk gi kampung ko..Dh lama plan,tak jadi2 jugak..huhuhu...
Wanpetunjuk said…
Salam....harap2 kita tdk lah bi bawah satu root...(Islam dan Melayu tu yea lah)....aku ni ko tahu jealah, nama berpangkal 'wan'.....aku tak tahu sgt asal usul keluarga ayah aku tapi yang aku tahu stiap kali balik pekan...kami akan di panggil tengku....rumah nenda aku kat istana, depan padang polo kat sri terentang tuh....sejarah kesultanan negeri pahang, keturunan bendahara yang amik alih kan selepas pergaduhan wan ahmad dan wan ali....heheheeh, dah lah...malas nak crita panjang....bila kita tinggalkan dunia kelak...kita pasti berpakaian serba putih....tiada yang membezakan kita ketika itu....chomeyyy rusa tuh raja....mcm namo...eheheheh..opssss!!!
Raja Azrul said…
iramahati:-
Ko dtg semenanjung, then kita plan ar datang ke kampung aku..hmm, kalau wat reunion kat situ pun ok gak..hehehe

Dayat:-
Yup aku stuju ngan kau..erm, kau keturunan bendahara, alah apa ada pada nama..cewah..

Hish, memang rusa aku mcm namo,oops nasib baik namo tak tahu, nanti dia marah..hahaha!!
Ji-Chan said…
haah, btl ckp mel.. konon nk membawa kami melawat kg ko, smp skrg x tercapai lg..

err, naper tibe2 ckp psl namo n ruse plak neh? musykil plak saye...
Anonymous said…
wah...cerita pasal asal usul....

tak sangka abg raja darah bugis jugak ek....he3

dalam keturunan bugis keluarga saya golongan dayang2 dan bendahara jek....he3

bukan kturunan dayang nurfaizah tau,....ha3

namo n rusa? sape namo?...he3
- j o h a r i - said…
y dont u tell us awl2 ko ade kmpg yg best. kalo x, x pyh la ben susah2 nk gi jauh2. gi camping kt kmpg ko ni pon dh mcm best je..
Raja Azrul said…
mohd:-
Insyallah, ade rezeki aku bawak lah, bukan jauh pun dari KL, lebey kurang 2 jam jer..
psl namo tue, dayat yang cakap ler..hehehe

Jumain:-
Sama ar kita, cuma abang nie raja..huhuhu, namo tue rumet abang masa abg 3rd year dan antara member rapat abang..hehehe

Joe:-
Tak terlewat lagi nak ajak BEN datang...
Alah..frenship never end..insyallah, ada masa kita plan dan datang ramai2, terkejut nenek aku nanti!!
Anonymous said…
haa..klu berkesempatan, ko bwk la aku balik kmpg ko klu aku dtg sjung nnti..tp jgn bwk aku sorang je, kang terkejut family ko..hahhaha..
. said…
Nanti aku nak g gak kampungkau..dengan fazuan,ustazah matun sumalah..lehtak?
Raja Azrul said…
iramahati:-
Insyallah, tp kenalah plan dulu. Ko bgtahu bila ko confirm dtg KL, then kita plan ar..

Faizi:-
Yup, no hal..boleh saja!

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...