Pentas bertaraf dunia...!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Disini aku nak maklumkan persembahan yang bakal wujud di Istana Budaya sepanjang Mac, April dan Mei 2008. Bagi mereka yang berminat, bolehlah follow-up tiket di Laman Web IB (linknya ada dalam blog aku nie).
Oh yer, ura-ura mengenai tayangan PGL (puteri Gunung Ledang The Musical) dan P.Ramlee the musical (PRTM) sebenarnya telah dibatalkan. Pihak kementerian telah membatalkan kedua-dua show yang dijangka dipersembah pada Februari 2008 dan Mei 2008. Alasan..hmm, entahlah..pilihan raya kot? Kalau nak tahu infromasi terkini, rujuklah blog Kak Tiara, ok?


Baiklah..ini informasi mengenai persembahan yang bakal berada di Istana Budaya, pentas bertaraf dunia...
Mac 2008:
A. Jewel Of Tibet (teater)-1/3~15/3
B. Sirah Junjungan (teater)-19/3~23/3
C.24 Hour teater(teater)*-16 Mac
D. Sister Hong (teater)*-28 Mac~30 Mac

April 2008:
A. Muzikal Pendekar (teater)-10/4~14/4
B.Idris Sardi Saturasa (muzik)-19/4~20/4
C.Recital PPPM(muzik)*-6 April
D.Big Band (Muzik)*-26/4~27/4
E.YSO (muzik)*-29 April

Mei 2008:
A. Teater Randai (Teater)-9/5~13/5
B.Teater krew(teater)*-17/5~18/5
p/s: semua persembahan adalah di Panggung Sari kecuali yang bertanda * dimana persembahan akan diadakan di Lambang Sari. Tertakluk kepada sebarang perubahan dan pindaan.

Oklah, diharap kepada semua peminat seni bolehlah menempah tiket untuk menonton persembahan diatas. Untuk bulan Feb ini, persembahan terakhir adalah teater NYONYA arahan Rosminah Tahir. Tiket berharga RM30 dan Rm20.

Pengacara AF6?:
Maybe ramai yang dah tahu, pengacara AF6 ialah AC Mizal. Sarimah pula akan mengendalikan Diari AF6. Hehehe...bestlah tue..pengacara yang dah well known. Selamat bertugas kedua-duanya!!

Topeng Siantra:
Nantikan karya terbaru aku, Topeng Siantra..insyallah akan dipentaskan tidak lama lagi..itupun kalau ReunionOtai Senandika berjaya..hehehe, to all ex-senandika, aku perlukan bantuan kalian untuk realisasikan TOPENG SIANTRA.
Buat adik-adik SENANDIKA, don't worry, abg akan share this story setelah ia berjaya nanti. Fokus dulu pada PUSAKA SARI, ok? Insyallah....
See ya..!!
Psst..terima kasih pada madam mala sebab bagi "komen" kat i..hehehe...

Comments

Anonymous said…
Topeng Siantra? Tajuk sahaja sudah cukup membuatkan aku tertarik.
marhaen vintaj said…
moga moga berjaya dengan apa yang ingin dilakukan...

topeng siantra?
kamu buat skripnya?

sedikit cemburu dengan kamu ya, kerna bisa membuat apa yang inginkan dan minati disamping bidang kejuruteraan.
Raja Azrul said…
iramahati:
ko sure akan jadik pelakon utama kalau cerita ini dah siap..hehehe

notakematian:
alah..baru nak rangka cerita, tapi kali ini lebih serius dari BONANG.
Thanks for the support!!
Pegawai Khalwat said…
Kalo ko ada skrip buatan tangan sendiri, aku dengan tak malunya nak minta dari kau untuk penuhkan bank skrip aku.

Dan juga mungkin minta kebenaran dipentaskan kalau sesuai dengan keadaan di sini.
Raja Azrul said…
Pegawai Khalwat:-
Skrip ini dalam proses merangka dan akan ditulis.Insyallah, akan siap mei nanti.
Bab pementasan..dalam proses, mana tahu kita boleh join venture nak pentaskan teater nie..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...