10 kenangan terindah di UMP

Salam...Bertemu semula.
Setiap insan pasti ada kenangan manis, tak kiralah bersama keluarga, sahabat handai, kawan-kawan ataupun si dia..hehehe. Begitu juga dengan aku, sepanjang aku berada di UMP, banyak sebenarnya kenangan yang sukar untuk dilupakan. Oh ya, dimaklumkan ada beberapa perubahan kecil dalam blog ini, biasalah nak upgrade sket..mungkin menganggu kosentrasi anda dalam pembacaan.

Baiklah, disini aku ceritakan satu per satu kenangan aku untuk dikongsi bersama dengan pembaca budiman. 10 kenangan terbaik di UMP (2003-2008)


1.Hang Out bersama Drama Team:


Dulu SENANDIKA dikenali sebagai drama team. Kami pernah plan satu hang out (keluar jalan-jalan) selepas sahaja program Minggu Peradaban Budaya dan Perpaduan 2006 iatu pada 18 Mac 2006. Best giler kerana program ini turut disertai oleh ahli-ahli drama bertauliah seperti mel, namo, azwan,Zamrie, azril, pidut, nida, noni, dewi dan Rafiq.

Kami bermain boling di Kuantan Plaza sebab di boling Megamall penuh. Dan kami dibahagikan kepada 3 team iatu Gatai, Gedik, dan apa ntah..tak hingat pulak…maybe mel tahu kot! Nida antara pemain handalan masa itu diikuti dengan Pidut dan Azril. Balingan mereka memang macam tuttt…sepantas kilat menjatuhkan pin. Aku lak satu geng dengan Namo,Mel dan Noni. Lepas main boling, kami makan pizza di megamall. Teringat aksi azril yang gila2 tue..hai, adik aku sorang nie..memang suka sangat dengan western food, mengalahkan madam mala ..




(acara Makan Pizza dimulakan dengan Azril)


Lepas tue, karaoke..lagu pilihan ialah Peter Pan dan M.Nasir. Zamrie paling sporting, nyanyi sampai tak hingat2! Lepas nyanyi kami pun pulang. Satu benda yang best, kami main regu masa tunggu bas..!



2.Latihan Gamelan UTM, Skudai.


Pada 7 hingga 9 April 2006, aku dan pasukan Gamelan UMP telah pergi ke UTM untuk mengikuti latihan bersama Pak Herman. Untuk makluman, inilah kali pertama bebudak Gamelan belajar dan menyentuh alat-alat gamelan seperti bonang, Saron, gambang dan macam2 lagi.Aku pergi bersama Azwan, Namo, dan Mel mewakili MT kelab. Antara ahli gamelan yang pergi seperti Nida dan Noni. Dan, inilah kali pertama bagi aku menjejak kaki ke bumi Johor Bahru.


Azwan orang paling happy sekali, iyalah dia kan orang JB. Seronoklah, nak pulak aku dan Mel memang tak tahu langsung pasal JB. Kami bertolak Jumaat malam, sampai pagi sabtu. Traning satu hari, then aku, mel, azwan dan namo keluar ke Bandar JB. Kami makan di Singgah Selalu kat Danga Bay, jalan2 kat City Square, dan Azwan bawak kami tengok Tambak Johor (perlu ke?)..hehehe!
Tapi seronoklah masa tue, at least aku dapat gak menjejak kaki kat bumi Johor nie..dan baru aku tahu best gak berada di JB nie…tak gitu azwan?



3. Debat Alam Sekitar 2006 (USM)



Inilah antara kenangan terindah dalam dunia debatku…di Pulau Pinang..!! Aku pergi bersama madam mala dan madam chiam (setelah dipaksa berulang kali). Team aku ialah Dayat,Azwan dan Hafizul. Sehari sebelum pergi, kami berjalan-jalan di Genting dulu (idea madam Chiam)..then, kami bertolak ke Penang.






(keseronokan Madam macam budak kecil ketika menaiki feri)



Sampai Penang, Madam Mala ajak naik Feri..hehehe..propa sangat madam. At least merasalah madam mala yang tak pernah naik ferry tu (maklumlah orang UK kan? Hehe). Banyak kenangan indah disana, salah satu nya kami pusing satu pulau dengan Abang Azua (driver kami)..pergi makan jeruk, lawat air terjun Titi Kerawang dan Batu Feringgi. Salah satu perkara yang best ialah kami jumpa Anuar (ex-debator UMP) di sana. Oh yer, kami juga main UNO di Gurney Drive dan Dewan Siswa USM..gile tak? Memang pun…


4.UNIMAS


Debat lagi, yer..inilah bestnya debat, boleh pergi jalan-jalan…kali ini ke UNIMAS pada November 2006 untuk debat diraja. Pertama kali aku menjejak kaki ke bumi kelahiran melody, yunika, syikin dan Tito lamat anak jayan ini. Sangat teruja…!!

Aku berada di sana selama 2 minggu, banyak gak tempat aku berjalan. Kuching Waterfront, Gunung Gading, Taman Buaya dan macam2 lagi. Paling best, kami pergi sampai ke Tebedu, sempadan Indonesia dan menjejakkan kaki di “no man land”..huhuhu!


(Kat Gunung Gading, Kuching)


Kalau di Sarawak, kenalah shopping dan makan laksa Sarawak. Banyak gak makanan yang aku try antaranya kek lapis, laksa, mee kolok, umai dan ntah hapa lagi ar..aku shopping gak kek lapis dan Tabaloi..sedap kuih nie.

Geng aku masa kat Sarawak ialah Madam Mala, Raymond dan Cik Sharifah!! Banyak tempat kami explore, sampai aku dah boleh hafal jalan di kuching. Hehehe..mel, bila nak bawak kamek jalan2 di Sarawak? Oh yer, tahun lepas aku ada gak sekali lagi pergi ke kuching, menemani Azwan dalam pertandingan Pidato..bestnya!!




5.Trip Jaybee..?


JB lagi? Hehehe..skali lagi idea gila madam chiam membawa aku ke bumi Johor. Kali ini pada bulan Ramadhan 2006. Trip kali ini melibatkan aku, madam chiam, madam mala, Azwan (of coz ler), Hafizul, Tito, Daoz, Ashwin dan Yusri. Inilah first time aku berjalan2 dengan yusri, tito dan daoz ..hehehe..pertama kali mengenal diri mereka dan mengetahui siapa mereka bertiga sebenarnya…huhuhu!



(Dihadapan Muzium Sultan Abu Bakar, Johor Bahru)



Kami berbuka puasa di rumah azwan, makan laksa johor dan nasi apa ntah..lupalak nama dia..mak dia masak! Then, kami jalan2 di Danga Bay . Esoknya, kami berjumpa shidi di Segamat dan berbuka puasa di sana..how the sweet moment!!! Walaupun tayar kereta bocor, tapi kami selamat gak pergi dan balik…huhuhu!!


6.Genting Highlands:





(Di atas Matahari-Genting Theme Park)


Ini trip aku ngan Azwan, Fendy dan Suhazrie. Kami telah plan melancong ke Genting Highlands pada Februari 2006. Sebenarnya plan ini dibuat since dari kami first year lagi.Seronok gak, sebab masa itu Genting memang tak ramai orang. Kami masuk rumah hantu, snow world dan of cozlah theme park. Aku ingat lagi, azwan main solero shot sampai 5 kali..adoi…hebat betul dia. Aku? Cukuplah sekali, aku nie jenis gayat..takut tinggi!!Seronok betul menikmati cuaca dingin masa tue..at least dapat gak mereleasekan tensyen setelah penat belajar. Kami pergi ke sana selama 3 hari 2 malam…best tahu!!





7.Malam Gema Kencana.




(Kahwin..kahwin..hahaha!)


Kenangan paling aku tak dapat lupakan, bagaimana aku bersama-sama dengan team senandika mempersembahkan suatu persembahan yang dipuji oleh ramai pihak! Malam Gema kencana merupakan malam penutup bagi minggu peradaban budaya dan perpaduan 2006. Pada malam tersebut, drama membuat persembahan simbolik perkahwinan melayu. Aku lak, dilantik menjadi pengacara bersama dengan namo. Propa kan?

Walaupun ada pihak2 mengutuk program itu, tetapi malam itu, aku bangga sebab astaka penuh dan sesak dek kerana ingin melihat simbolik perkahwinan itu. Siapa yang kahwin? Hehehe..yunika dan Azrihan..(berlakon jer tahu). Pada malam itu, turut dibuat adat bertunang, merisik, dan akad nikah. Lakonan mereka memang best terutama watak Dewi sebagai mak yunika, pidut lak kena cakap Sarawak sebab jadi bapak azirhan dan nida lak mak andam yang glamour!


Perkahwinan ini dibuat untuk memberikan informasi mengenai budaya masyarakat Sarawak dan Johor. Huhuhu..best giler, terutama masa menepung tawar pengantin. Ramai gila yang beratur untuk menepung tawar pengantin sampai Yunika dan Azrihan penat..Dan pelamin pulak disponsor oleh makcik café, kakngah lak sudi menaja pulut kuning.

Adoi..memang bestlah masa tue..tahniah pada Mel dan Prema yang jadik PC malam tue. Aku, hehehe..jadi timbalan pengarah program untuk keseluruhan minggu. Apa2pun ia satu kenangan terindah..ingat lagi tak dialog ni..” Kitak tok..dari kecik sampe besar susah naaaar mok cita mun ada masalah. Mun ada masalah ya, padah jaklah”..hehehe…

8.Debat Diraja UiTM Shah Alam:


Debat terakhir aku…hehehe..banyak sangat kenangan, rasanya aku dah crite dalam previous blog. Tapi, yang penting, aku telah menyumbangkan sesuatu yang sangat manis pada UMP walaupun bukan dalam bidang kejuruteraan..apa lagi kalau bukan anugerah Tunas Harapan dan pasukan aku lepas suku akhir.




(Pasukan debat UMP utama -debat diraja 2007)

Paling menarik, masa mandi manda di wet world dan juga malam Madum..erm, banyak sebenarnya kenangan…dan pasti UiTM shah alam bermula sebuah cerita…!



9.UMS ..sabah..sabah..sabah..bah!


Pada tahun 2004, aku bersama debator UMP..(dayat,dekwan,azwan, mimi, nuar dan Nadiah) menjejak kan kaki ke bumi sabah..tanah tumpah si Zamrie, Yusrie, Adam, Jumain dan Raymond.Seronoknya sebab first time naik flite..hehehe…!!

Kami berjalan-jalan sekitar KK..dan apa yang aku boleh simpulkan, Sabah sebuah negeri yang cantik. Aku masih ingat, membeli mutiara untuk mak aku, kulit siput yang besar gedabak tue.. dan juga beli cincin dan gelang untuk adik2 aku!!

Seronok sangat, walaupun kami tak jalan sampai ke kaki gunung kinaballu atau pulau2 sekitar KK, tetapi pengalaman di sana sangat berharga. Geng aku masa di UMS ialah budak2 UNIMAS iatu mama dan Efi..hehehe…


(Bergambar di depan KK aiport)



Kenangan di Sabah..tak boleh dilupakan..bilalah aku dapat pergi lagi Sabah,tahun 2006 dulu aku sepatutnya pergi UMS sekali lagi untuk pertandingan pidato tetapi En Zaki tak bagi pergi sebab suruh aku fokus pada Malam Inspirasi Seni 2006. Terpaksalah aku berkorban demi MIS yang tercinta!!


10.Festival Teater MAKUM 2006.


Bonang..inilah naskah pertama UMP pertaruhkan. Selaku pengarah, tanggungjawab aku besar..walaupun tak menang apa2 semasa fest teater ini, at least banyak gak benda aku belajar. Seronok gak masa Fes.Teater ini, kami lepak2 kat tangga main sambung lagu, borak2 dan makan2 di kafe. Lepas tue, main boling dan berjalan2 sekitar mid valley.
Aku, Daoz,Azwan dan Tito berjalan ke Putrajaya semasa pementasan UTM. Kami berjalan2 ke Alamanda dek kerana Tito kemaruk nak pergi Alamanda..last2 kami pergi ke sana just makan KFC jer (fav food Tito, sue dan…) .




(Pengarah BONANG bersama dayang-dayang istana)


Paling best, masa kenakan Yana dan Azril..gosip terbaru bermula dan tak sangka, gossip itu menjadi kenyataan..hehehe..


****

Inilah dia kenangan terindah semasa di UMP. Banyak sebenarnya nak dikongsi, tetapi apa yang dapat aku simpulkan kita sebenarnya sudah jadi semakin matang.Tentu ramai yang tersenyum membaca apa yang aku ceritakan diatas, dan pastinya kisah aku di UMP terlalu banyak. Terlalu banyak peristiwa manis dan aku harap banyak lagi saat-saat manis bakal menjelma dalam hidup aku… Erm..anda boleh melihat slide show di sebelah kanan..ada banyak picture menarik aku bersama kawan-kawan dan keluarga...!


(Fasi-fasi Raksi 2004)


Apa lagi..dah baca..berikanlah komen..jangan dok baca jer..hehehehe!

Comments

nsamsudin said…
bila masa pulak I suka makan western food...I suka makan ABC la...propa sgt...tau la I biasa naik kapalterbang, tak biasa naik ferry...tapi perlu ke beritau...hehe...kenangan terindah no 11 bila?
. said…
HUHU.ada gak kenangan terindahkau sama ngan aku...debat diraja unimas, uitm contohnya..memang kenangan yang palingggg terindahhhhhhhhh..dan tak akn dilupakan..
Anonymous said…
fuiyo, kenangan terindah yang pertama berlaku bersama aku tuh.. trime kaseh raja, hik3..

tp mmg kenangan yang indah sangat. wish we could go back to the time where we hving a lot of fun together..

err, kenangan monopoly xde ke? hahaha..
Raja Azrul said…
madam mala:-
-eleh, ye ke madam? u kan pandai masak spageti dan brownies je..

faiezi:-
-debat adalah salah satu kenangan manis bagi diri aku di UMP..

zamrie:-
-memang best bersama kau,mel dan azwan..adoi..teringat masa tengok puaka tebing biru dulu..
Wanpetunjuk said…
Huwawawawa.....rindunya kenangan terindah tuh...ko mmg pencerita yang baik dan teliti....keep up ur good work!!!
Anonymous said…
beshnyer kenangn no5.. mmg xkn lupe smpi bler2.. nasi bukhari plak yg mak azwan masak, juadah brbuka puasa kita.. huhu.
Anonymous said…
herm...
kenangan manis, kenangan indah,
kenangan pahit, kenangan terluka..
kenangan yg abadi selamanya....
Raja Azrul said…
dayat:-
-banyak kenangan kita bersama esp masa time pidato FOMCA

Daoz:-
-seronok berjumpa korang, 3 beradik..miss that moment!!

puteri:-
-yup, setuju, dalam proses nak lupakan kenangan pahit..hahaha
Anonymous said…
rindu laaa ngn life ump bila bc entri kali ni..hehe..betul ckp ko, mmg tersenyum tersengih2 bila baca..aku la slh sorg d antaranya..ehe..

p/s: gataii, gedik n satu lagi tu gebu..amboi mementang gebu yg menang boling, terus ko xingat nm grup tu..dendam ke ape? =p
Raja Azrul said…
mel:-
-a'ah gebu, lupa pulak..hehehe,memang best!!
- said…
This comment has been removed by the author.
Raja Azrul said…
@orked

Salam senandika. kenangan yang memang tidak dapat dilupakan

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...