Bermulanya budaya dan seni di UMP

Assalamualaikum:
Untuk post kali ini aku nak share pengalaman sebagai Presiden Kelab Kebudayaan dan Kesenian (KKK) UMP. Maklumlah, teringat balik kisah semasa jadi pres, macam2 pengalaman dan ilmu dikutip terutama semasa menghadapi pelbagai cabaran…!

Bermula seni di UMP:
Sebelum wujudnya KKK…aktviti pelajar lebih tertumpu kepada sukan, debat dan teknikal. Namun, terdapat beberapa kumpulan seni yang wujud sekitar tahun 2003 iatu silat cekak, drama, dikir barat dan nasyid. Namun, kumpulan-kumpulan ini tidak boleh bergerak jauh kerana terikat di dalam AUKU dimana sesuatu pertubuhan mestilah dianggotai pelbagai kaum.

(Tenaga kerja MPBP 2006: Merah semuanya..unikkan?)


Jadi, aku (mewakili drama) dan Hafiz Sahri (mewakili silat cekak) telah berbincang pada Februari 2005 bersama dengan abang Dolah untuk menubuhkan satu kelab iatu Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP. Malah, kami bertiga turut berjumpa dengan pihak HEP (diwakili oleh En.Ishak) untuk menubuhkan Kelab kebudayaan ini, menurut en.ishak..KKK perlu diwujudkan sebagai satu badan yang menguruskan aktiviti seni di UMP. Kebetulan pula di HEP, tidak lagi wujud unit seni dan budaya.

(Upacara akad nikah- Simbolik perkahwinan Melayu Sarawak dan Johor:tahun 2006)



Jadi, setelah berbincang dan kertas kerja dibuat, aku dilantik sebagai presiden dan Hafiz sebagai Setiausaha agung. Mel pulak dilantik sebagai Timbalan Pres, Bakiss sebagai Timbalan S/U dan Emme sebagai bendahari. Kelab ini ditubuhkan secara rasmi pada April 2005, dan dianggotai oleh 4 Kelab iatu Nasyid, Silat Cekak, Drama dan Zapin. Dikir barat menarik diri sekitar Ogos 2005. (Malam Gema Kencana- Yunika dikahwinkan dengan Azrihan..olok2 jer)

Cabaran sebagai Presiden:
Menjadi pres kelab, bukanlah mudah. Apatah lagi, ahli kelab kebudayaan melebihi 100 orang pada masa itu. Aku terpaksa menyatukan diantara kumpulan drama, silat cekak dan nasyid agar tidak wujud sebarang monopoli antara satu sama lain. Aktiviti rasmi pertama diwujudkan ialah Malam Inspirasi Seni 2005 yang diadakan di Kolej Matrikulasi Pahang.
Cabaran yang aku nak coretkan memang banyak, salah satunya melayan karenah HEP UMP yang banyak terikat dengan core value ump.


(MT 2005/06 bergambar bersama Abg Dolah)


Bayangkan aku sendiri terpaksa fight untuk peruntukan dan bajet bagi kelab ini. Tiada sebarang staff atau pegawai HEP yang boleh membantu aku pada waktu itu…


Selain itu, peruntukan juga perlu untuk memberikan latihan intensif pada setiap kumpulan. Jadi, pada penggal pertama 2005, fokus aku lebih kepada membaik pulih organisasi setiap kumpulan. MIS yang diadakan pula sebagai medium untuk melihat kemampuan mahasiswa UMP dalam bidang seni.

Sinar pada tahun 2006:
2006, merupakan the peak of culture club..! Inilah yang aku dapat simpulkan. Kehadiran En. Wan Rashid (selaku Timbalan Pendaftar HEP) telah banyak membantu aku untuk memajukan lagi kelab kebudayaan. Pada Februari 2006, 4 kumpulan dalam kelab kebudayaan diwujudkan iatu Gamelan, Koir, Okestra dan Kompang. Ia diwujudkan kerana KKK diamanahkan untuk mengemudi acara konvokesyen UMP yang pertama. Huh? Bangga betul aku pada masa itu..

(MIS 06- Drama Laksamana Bentan arahan aku)


Untuk gerakkan kumpulan Gamelan dan Koir, mereka telah diberikan latihan intensif oleh karyawan tamu dari UTM, iatu Pak Dwiyono. Kumpulan Gamelan telah diberikan latihan di UTM pada April 2006. Dan semasa bulan Mei, koir dan gamelan menyertai latihan intensif disana.

(Pesta Layang-Layang 2006- Najib berbaju kuning jadi penilai dan hakim)


Aktiviti kelab juga banyak menarik perhatian masyarakat UMP. Salah satu yang menjadi kenangan aku ialah Minggu Peradaban Budaya dan Perpaduan (MPBP 06). Ia diadakan sekitar Mac 2006 dan antara aktiviti kelab yang paling berjaya. Antara akitiviti menarik dalam minggu tersebut ialah Pesta layang-layang, Malam Gempak Bersama Zamry, Malam Panca Delima dan Malam Inovasi. Paling mendapat sambutan ialah Malam Gema Kencana dimana semasa malam tersebut, simbolik perkahwinan melayu diadakan dan dilakonkan oleh kumpulan drama Senandika.

(Malam Mesra Budaya 2006- Dinner Kelab pertama)


Selain itu, MIS 06 turut diadakan di DKU 1 buat pertama kalinya. MIS kali ini melibatkan kumpulan okestra di bawah pimpinan Syazana. Dan pada Oktober 2006,setelah hampir setahun lebih aku memimpin kelab, akhirnya aku terpaksa meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Ikhwan untuk sesi seterusnya.

(Cik Nida dan Bonang hikmatnya-Latihan di UTM,Skudai 2006)


Alhamdulillah, melalui jerit perih yang aku dan MT lama lalui, kini kelab kebudayaan antara kelab yang popular di UMP. Terima kasih juga pada En Zaki kerana telah banyak membantu dalam menjayakan aktiviti Kelab.

Kronologi Kelab Kebudayaan:
April 2005: Ditubuhkan secara rasmi, disahkan oleh HEP dan Senat UMP.


Mei 2005: Mesyuarat pertama AJK dan MT Kelab


Julai 2005: Pengambilan pelajar baru.


Ogos 2005: Malam Inspirasi Seni 2005 di KMPH, Pahang
Malam Simfoni Sajak 2005

Disember 2005: LTWC (B-Pro) di Dusun Eco Resort Bentong.

Feb 2006: Kumpulan Gamelan, Koir, Kompang dan Okestra ditubuhkan

Mac 2006: Minggu Peradaban Budaya dan Perpaduan
(kerjasama dengan Kelab Perpaduan dan MPP)


April 2006: Malam Mesra Budaya 2006
Latihan Gamelan dan Koir di UTM


Mei 2006: Latihan kedua Koir dan Gamelan


Julai 2006: Malam Gagasan Budaya 2006



Ogos 2006: Malam Ambang Merdeka


September 2006: Perhimpunan Siswa Merdeka UKM
Malam Inspirasi Seni 2006


Oktober 2006: AGM Kelab



Diatas adalah kronologi secara kasar. Mungkin ada aktiviti yang aku terlepas pandang.




Tulang belakang perintis Kelab:
Abang Dolah:
Pegawai di Unit ICT UMP ini merupaka jurulatih Silat Cekak. Beliau merupakan penasihat kelab kebudayaan yang pertama. Abang Dolah banyak membantu dari segi kewangan, tempat mesyuarat dan juga kemudahan ICT. Dia juga sering mengambil tahu sebarang masalah kelab. Thanks Abang Dolah!




Siti Melody:
Selain berbakat sebagai pelakon, Mel juga berbakat dalam bidang kepimpinan. Beliau jenis mudah menerima arahan dan sering melakukan dengan baik. Walaupun sibuk mengendalikan drama, mel turut memimpin kumpulan lain terutama zapin dan Gamelan. Dia bukan seorang yang tegas, jadi dia menjadi pilihan HEP dan ahli lain untuk berbincang..hehehe..!


Apis (Hafiz Sahri):
Setiausaha yang begitu teliti. Apis seorang setiausaha yang cekap terutama dalam urusan surat menyurat. Beliau rajin, mengemas kini fail dan bagi aku beliau antara MT yang paling rajin. Seorang yang sangat sistematik dan banyak memberikan idea bernas dalam mengendalikan kelab. Apis juga seorang s/u yang tegas terutama dalam mengendalikan MT baru.




Bakiss:
Ini adalah timbalan SU kepada Apis. Dia agak tegas terutama kepada sesiapa yang bekerja dengan dia. Namun, bakis seorang yang cekap dan amat teliti dalam kerjanya. Dia juga kaya dengan idea dalam menggerakkan sesuatu aktiviti terutama ketika Malam Gema Kencana.

Emme:
Bendahari pertama Kelab. Beliau dilantik kerana ketegasan dalam mengutip duit. Seorang yang amat mudah memberikan idea, komitmen dan sistematik. Namun, Emme berkhidmat tidak lama, beliau meletakkan jawatan dalam September 2005 kerana memberikan fokus kepada MPP.

Nida:
Bendahari kedua, selepas Emme. Beliau mula berkhidmat sekitar Oktober 2005. Satu sikap wajar dipuji kepada Nida ialah beliau sangat sistematik dalam membuat kerja-kerja kewangan. Duit-duit yang dikutip akan disimpan dalam satu akaun, kemudian resit dikeluarkan menandakan ahli sudah membuat bayaran. Beliau juga bijak mengatur aliran keluar wang agar kelab mempunyai kewangan yang stabil dan mencukupi. Tahniah Nida, kerana berjaya menjadi menteri kewangan kelab yang cukup efisyen.

Harapan untuk Kelab:
Setelah hampir 2 tahun aku meninggalkan kelab, aku tak tahu apa perkara berlaku dalam kelab secara total. Tapi aku yakin, kepimpinan yang ada kini telah banyak membawa perubahan besar terhadap kelab kebudayaan. Namun, cabaran dalam kelab kebudayaan ini bukan mudah, masih banyak lagi yang perlu dipelajari oleh MT dan ingatlah..its not easy to be a leader.Matlamat kelab ini adalah untuk memastikan UMP bukan sahaja melahirkan jurutera yang pandai dari sudut teknikal, tetapi jurutera yang mengenal akar budaya Malaysia setanding dengan jurutera luar seperti Jepun, China, Korea dan Jerman.



Untuk MT 05/06, terima kasih atas sumbangan dan jasa kalian. Insyallah, ada masa kita akan jumpa lagi pada masa akan datang!! Maaf Apis dan Bakiss, aku takde picture korang lak......see ya!

Comments

Anonymous said…
aku bangga kerna menjadi antara org yang terawal menyertai kelab budaya ini.

kepada raja, trime kaseh kerna memberi aku byk peluang utk terlibat dlm aktiviti kebudayaan di UMP, terutamanya dlm bidang lakonan dan pengacaraan.
Anonymous said…
setinggi-tinggi apresiasi kpd mereka yg berusaha keras mmmbgunkan KKK. tanpa anda siapalah kami. chewah! thanx 2 raja 4 giving me lotsa opportunities in dis club!!
Raja Azrul said…
mohd:-
Tahniah buat kau, kerana dah ada blog skrng nie..jadi boleh lah aku tahu cerita dari sabah!

Ko pun dh byk bantu aku dalam kelab..thanks!

daoz:-
Yup, sama-sama..
Ko pun sama byk bantu kelab esp masa malam pucuk rebung dulu..ingat tak? Hehehe..
PerutBesi said…
Raja! Ruth ni :) How're u?? Terjumpa blog u kat blog Azwan ;) Dah kerja ke? Kat mane?
sakura said…
hehe abg raja!! rindu wahaha~ syazana ni. hehe. ada masa mai mai join kkk nya aktiviti

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...