Travel

Travel

Mengira detik

Monday, March 03, 2008

hujan..!!

Babak dimana pencinta hujan bersama dengan perosak mood. Sketsa ini diinspirasi dari teater "SYAJAR".....

HUJAN karya RJ AZRUL

Pencinta hujan: Hujan…hujan..arghhhhh……….!!

Perosak mood: Apa sudah jadi?

Pencinta hujan: Hujan…………..!!

Perosak mood: Jadi? Kau nak lari ke?

Pencinta hujan: Tak, aku bergembira..hujan datang pada aku!

Perosak mood: (ketawa)..kau yakin dia datang pada kau?

Pencinta hujan: Ya..hujan kan turun..seperti mutiara di lautan! Sudah lama aku berhasrat dan ingin merasai nyamannya hujan!

Perosak mood: (ketawa lagi besar) Kau mudah berangan! Hujan bukan datang untuk kau! Hujan datang sekadar di pinggiran..dia turun kemudia dia berhenti, hilang dari muka bumi ini!Hujan hanya mempermainkan perasaan kau, ataupun kau sahaja yang perasan lebih! (ketawa menyindir)

Pencinta hujan: Apa yang kau merepek hah? Kau tak memahami aku! Aku adalah pencinta hujan! Biarlah hujan datang bukan untuk aku, tapi kedatanganya cukup membawa seri yang indah bagi diriku!

Perosak mood: Aku takut kau kecewa, hujan tak layak untuk kau cinta! Dia seperti air, sekejap datang, sekejap lagi hilang..!

Pencinta hujan: Biarlah aku kecewa, aku tahu hujan bukanlah untuk diriku saja, ramai orang di dunia ini sukakan hujan…!

Perosak mood: Itu yang patut kau tahu!

Pencinta hujan: Memang sudah lama aku tahu, biarlah hujan tak tahu..betapa susahnya aku menunggu dia, betapa terseksanya aku mengharap dia turun dan aku sanggup buat apa saja asalkan dia turun dari langit!

Perosak mood: Tapi kalau terlalu lama, nanti banjir..kau juga yang terseksa!

Pencinta hujan: Tidak mengapalah, yang penting hujan pun dah turun..sudahlah, biarlah aku keluar dan menikmati indahnya air hujan mencurahi bumi (keluar ke halaman rumah dan bermain dengan hujan walaupun dia tahu hujan akan pergi tidak lama lagi)


*****

Sekadar coretan, kedatangan aku di bumi UMP pada 1 Mac lepas disambut dengan kehadiran hujan..erm, memang cuaca kurang elok pula di kuantan..
Lain hujan diharap, lain pula hujan yang turun...betullah orang kata kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan.

Thanks yusri, tito, Madam Mala, Madam Chiam, Ashwin, dan Jumain ..! Have a great moment in Kuantan.

10 comments:

WanHidayat said...

salam raja...beah nye dpt selalu turun kuantan...klu lah Miri ni dekat...dah pasti aku turun selalu....ingat lah sahabatku, hujan itu rahmat....kita harus bersyukur selalu.....heheheheh

mohd said...

hujan itu rahmat, but too much of it will make flood. so, be careful my fren.. ape2 pon, sedikan la payung sblm hujan.. xpon sediakan tempayan utk menadah segala isi airnya =D

Puteri Cahaya said...

melangkah lebih jauh, moga perjalanan hidup mu diberkati ilahi..

azwan bamadhaj said...

confirm kawan aku sorang nie dah ............

hanya tuhan sahaja yang dapat membantu.........


hujan, hujan jugak....

tapi jangan lupa hujan kadang2 turun bersama guruh dan petir.......

Raja Azrul said...

dayat:-
Memang best balik UMP..hehehe!Tapi hujan lak..so, byk plan tak jadik!

Mohd:-
Btul..hujan rahmat dari tuhan..aku dah sediakan payung, dah bawak baldi pun..cuma tunggu hujan turun..hehehe

pu3:-
Thanks pu3..doakan kebahagiaan saya!

Azwan:-
Hujan ngan ribut dan petir..erm, takpelah yg penting dapat gak rasa kena hujan!

Hehee...

Kat atas tue cerita jer, takde kaitan pun dengan aku..hehehe

ZaKrYeE said...

lalala..nk komen..tp cm tak nk lak...ape2 la raja....

Raja Azrul said...

zakryee:- boink kejap!!

Daoz said...

erk.. hujan trun dgn penuh bermakna nmpak. hmm.. wlupn xdpt nak brsama2 dgn ko di ump dengan hujan yg lebatnya, semoga akan trus ditmani hujan.

p/s:patutlah sunshine aku skang xbrsinar jek, sbb hujan ko agaknya.

Raja Azrul said...

daoz:
propa kau..huhuhu! Takpe, ada masa kita jumpa, erm..birthday ko ke nnt!

hrp2 ko disinar mentari pagi!

Daoz said...

haha.bday zakryee dulu sblom bday i..