Travel

Travel

Mengira detik

Thursday, March 13, 2008

Permata Tibet

Assalamualaikum..
Akibat terlalu bosan, menjadikan aku seorang yang rajin menulis blog.Apa yang pasti, sesi pratikal aku tinggal lagi 10 minggu, lama jugak tue...

Dan, kerana kebosanan ini, semalam (11 Mac-Birthday Yusrie) aku menonton secara percuma Rehersal penuh teater "Jewel Of Tibet" atau dalam bahasa Melayunya, "Permata Tibet". Teater ini ditayangkan mulai 1 Mac sehinggalah 15 Mac 2008. Aku tak begitu teruja nak menonton dan nak mengajak kawan-kawan lain menonton dek kerana tiketnya terlalu mahal, paling murah pun RM53. Lagipun, teater ini dipersembahkan dalam bahasa mandarin, dan ada english subtitle.
Aku menonton pun disebabkan tiada kerja yang perlu aku lakukan, jadi aku pun ke Upper Circle, dan menonton persembahan mereka secara percuma. Aku melihat dari atas (tempat aku menonton Aladdin dengan mak aku dulu), jadi pemandangan sangat nice. Kebetulan pula, ada sesi rakaman untuk teater ini divideokan, jadi teater ini tidak mempamerkan subtitle. Adoi, hampalah jugak sebab aku tak faham bahasa mandarin. Nak buat macam mana, petang itu adalah sesi rakaman teater itu untuk divideokan.

Aku menonton dipertengahan jalan, tak sampai habis pun. Adalah dalam setengah jam aku menonton. Jewel Of Tibet, adalah teater muzikal. Dikhabarkan kos menerbitkan teater ini adalah RM1.5 juta sama seperti kos PGL dulu. Aku akui, memang benar sebab props dia sangat eksklusif terutama pakaian maharaja dan puteri China itu. Malah, mereka boleh membuat adegan diatas gunung, dan Istana Larangan Maharaja China. Memang hebat..!!

Sinopsis:

Cerita ini secara kasar, apa yang aku faham dan baca mengisahkan Puteri Wen Cheng dari China telah berkahwin dengan dengan Putera Tibet,Raja Songsten Gampo.Puteri berhijrah dari daerah Xien ke Lhasa, dan cerita ini berlatarkan zaman Dinasti Tang dari China. Sepanjang cerita ini, banyak elemen akrobatik, tarian dan muzikal seolah-olah aku menonton teater di Beijing.


Elemen ketuhanan turut dimuatkan dimana Patung buddha diletakkan semasa penghijrahan Wen Cheng ke Tibet. Malah elemen kung fu turut dimuatkan semasa cerita berjalan. Aku tak tengok sampai habis, tetapi aku yakin bagi penonton cina, mereka akan suka cerita ini.

Komentar:

Secara kasar, aku masih meletakkan PGL sebagai the best teater in IB. Ini kerana teater ini masih lemah dari sudut pencahayaan terutama ketika Maharaja Tang keluar dan berbicara mengenai puterinya. Aku puji dari segi muzikal dan props kerana memang sangat istimewa dan unik. Aku juga suka beberapa koregrafi tarian yang nampak hidup dan sangat berseni.

(Pelakon bersiap di bilik kostum)

Nyanyian mereka tak ubah seperti menyaksikan opera cina. Budaya klasik seni Tibet dan China masih dikekalkan dan pasti teater ini tidak meniru gaya brodway seperti dibuat dalam PGL dan P.Ramlee The Musical. Ia sangat unik dan menarik.

Teater ini dipersembahkan oleh Musical On stage production dan diarahkan oleh Ho Lin Huay. Produksi ini pernah mementaskan beberapa teater terkenal seperti Above a full moon dan Sinddharta the musical. Muzikal mereka pernah dipentaskan di Esplanade Singapura dan Jakarta.


Aku sangkakan ia adalah produksi luar, melihat akan gaya serta aksi pelakonnya. Rupanya mereka adalah orang Malaysia. Aku terserempak dengan beberapa krew dan mereka pula berbahasa melayu. Hehehe..tak sangka, produksi mereka sangat hebat, dan yang pasti ia adalah 100% buatan Malaysia walaupun karya Jewel Of Tibet ini diambil dari naskah luar. Tahniah buat mereka..!

Aku yakin banyak lagi produksi tempatan akan berjaya menembus pasaran teater luar..paling penting usaha kita untuk menarik khalayak menonton teater kita dipergiatkan!


Untuk rakan-rakan teater:
Teater ini boleh ditonton, tetapi perlu sedikit kefahaman, maklumlah bahasa jadi sandaran, apa-apapun ia adalah naskah menarik untuk dipersembahkan. Mana tahu selepas ini ada teater PERMATA TIBET dalam bahasa melayu. Insyallah...

7 comments:

WanHidayat said...

Permata tibet?...rajin nya ko menulis se[anjang ini...aku sgt sibuk sekarang...tak kuasa dah aku....hehehehe

nsamsudin said...

propa...

sPiCe diVa said...

ha ah ucu dah jarang jarang menulis...anyway, i love epic story like this.

Raja Azrul said...

Dayat:-
-Aku boring dan takde kerja, so aku tulis lah blog..lagipun ini jer kesempatan aku ada, nnt kalau dah bizi ngan kerja, tak sempatlah pulak..huhuhu

madam:-
-propa? siapa propa?

spice diva:-
-siapa nie yerk? hmm...??

imnotperfect said...

xde perancangan utk meng adaptasikan naskah ni ke bahasa melayu ke? bleh aku blakon jd maharaja cina, hik3.

Puteri Cahaya said...

Memang rajin tol si raja ni, yerk...!!
hehehe..

Raja Azrul said...

zamrie:-
-susah ler nak ke bahasa melayu, aku pun bukan paham sgt criter nie

pu3 cahaya:-
-rajin ler sebab tak banyak sangat keja..(buat masa nie lah)