Sekadar ngomelan...

Assalamualaikum..
Ngomelan benar:
Kecoh, 2-3 hari ini dengan tsunami politik melanda tanah air kita, Malaysia. Inilah dinamakan rezeki..(buat pembangkang) dek kerana berjaya menawan 5 buah negeri termasuklah daerah yang aku tinggal sekarang iatu Gombak.

Aku sentiasa mengikuti perkembangan pilihan raya ini, maklum ar pendebat. Mengetahui juga banyak perkara, tetapi yang pasti gelombang pembangkang di Selangor dan KL sangat-sangat kuat. Mereka melakukan banyak perkara termasuklah mengedarkan risalah dan cd bagi menyakinkan manifesto mereka. Apa2 pun, usaha kecil mereka berjaya membuahkan hasil.

Kini, aku hanya menunggu apakah perubahan yang bakal dibuat oleh kedua-dua belah pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Yang pasti, gelombang politik malaysia kini menarik. Cuma aku takut jangan dek kerana 2 gajah bertarung, yang tersempit rakyat di tengah-tengah. Insyallah...

Berbalik pada topik yang aku nak bawa kalian berfikir, kekalahan BN di banyak kawasan ada banyak puncanya. Tak perlu aku nak huraikan satu per satu, kerana dalam kebanyakan blog (azwan, hafizul, yusri) semua dah cerita dan analisis. (blog madam takde ke?) hehehe..gurau saja. Cuma, aku nak sentuh bahawa kekalahan BN disebabkan kebanyakan ahli BN tidak meminta pandangan dari ex-PM kita nie...

Bukanlah aku nak menyalahkan Pak Lah atau Dato' Najib, tetapi sewajarnya BN perlu meminta pandangan khas dari ex-PM kita. Dia ada banyak ilmu dan pengalaman serta tahu selok belok pembangkang ni. Malah, semasa pilihanraya lalu, ex-PM kita tak banyak nak komen, beliau hanya datang semasa penamaan calon anak dia, Dato' Mukhriz. Mungkin agaknya ex-PM kita merajuk dengan ahli UMNO yang seolah membelakangi dia. Betul, ex-PM kita ini sudah tidak ada kuasa, tetapi tak salah bagi kita (ahli UMNO) meminta nasihat, pandangan dan mungkin kaedah dalam menangani isu yang dibangkit oleh pembangkang.


Tetapi kini, aku rasa banyak pemimpin BN sudah mengigit jari dek kerana kalah teruk semasa PRU 12 ini. Tak mengapalah, rasanya Pak Lah kena banyak meminta pandangan dari ex-PM kita bagi menambah baik struktur kabinet dan politik negara.

Ngomelan dari hati:

Entahlah, based on politik negara, baru kini aku faham akan perasaan Tun Dr. Mahathir kita. Maaf..inilah yang dapat aku gambarkan. Aku telah meletak jawatan as presiden KKK-UMP sejak dari tahun 2006, dan aku sendiri menjadi pemerhati dari jauh akan apa yang berlaku ke atas KKK. Sebagaimana ex-PM, begitulah juga dengan aku, takde kuasa..just memandang, cuma aku takut KKK sudah hilang taring dan kuasanya sebagai badan seni utama di UMP.

Aku baru terdengar berita (belum pasti) bahawa Malam Inspirasi Seni (MIS) akan ditunda. Aku betul2 sedih jika perkhabaran ini ada benarnya. Maklumlah MIS adalah program utama kelab, ia diadakan setiap tahun...sudahlah pada tahun 2007 ia tidak diadakan atas alasan kekangan masa. Aku tak pasti adakah ia mampu diadakan pada semester depan sedangkan KKK mempunyai banyak program diatur seperti Gagasan Budaya, Ambang Merdeka, dan juga konvokesyen. Aku risau program-program yang dirintis oleh senior-senior terdahulu berkubur dan akhirnya kelab sendiri tergadai.

Situasi ini bukan sahaja berlaku dlm KKK sahaja, malah dalam kebanyakan kelab lain di UMP. Kelab Taekwando, dahulunya gah dengan pelbagai program termasuklah Martial Art Night, tetapi ia seakan hilang taring sejak 2-3 tahun lalu. Begitu juga dengan CHEST, PETAKOM yang dulu gah dengan pelbagai aktiviti yang cukup menarik, tetapi kini hilang dibawa angin.Aku takut KKK juga menerima nasib yang sama, sedangkan KKK merupakan kelab untuk semua..bukan untuk golongan tertentu sahaja.

Kini, yang pasti Minggu Peradaban Budaya (MPB) yang aku ilhamkan bersama Haizad MPP pada tahun 2006 tidak ada pada tahun ini. Alasan mereka, masalah untuk diadakan dan penumpuan pada MIS..entahlah! Aku tidak berada di sana dan aku juga tidak ada kuasa, jadi buat apalah aku nak ambil tahu. Cuma, aku takut sesuatu yang buruk berlaku yang boleh menghakis pentadbiran KKK sebagaimana tsunami politik yang melanda BN baru-baru ini.

Apa-apapun Good Luck untuk MT sekarang...
*banyak lagi perkara yang MT baru tak tahu mengenai kelab...


"Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara"
-Tun Dr. Mahathir-

Jumpa lagi..babai!!

Comments

Along said…
commenting on PETAKOM, CHEST n d rest..

maybe sebab senior2 yang best da xde?
hehehehehe.

just kidding~

-ex AJK Petakom berjaya-
Anonymous said…
para pemimpin BN patut muhasabah diri mereka masing2. mereka patut lebih sensitif dgn suara rakyat dan jangan rasa terlalu selesa dgn keadaan skrg.

diorg ni kan patut contohi kau la raja, bawak byk perubahan pada kelab. pemimpin mcm ni la kite nak, hehehe.. (lps ni jgn lupe blanje topup :D)
Raja Azrul said…
along:-
klu tak salah saya, ini akak BCN atau BCS dulu kan? Muka akak memang sy dapat recognize..hehehe..rindu lak kat senior2 KUKTEM dulu!!

zamrie:-
Aku tak minat lah nak join politik, tapi klu paklah suh aku jadik Menteri KEKKWA aku stuju trus..
erm..jgn puji lebey2 lak! hehehe
Anonymous said…
betul kata anda..skrg kita hanya mampu melihat adik2 junior menguruskan KKK dari kejauhan..aku doakan KKK terus maju..amin.. syg giler kat KKK, KKK tu dh mcm anak sendiri,yela..kita tgk KKK lahir n membangunkannya kan?

p/s: aku dr dulu dh fhm perasaan ex-pm..mcm ko jgk..
Raja Azrul said…
mel:-
Thanks mel kerana memahami aku, huhuhu..kauler Timbalan Pres aku yang paling best!! arigato!!

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...