Topeng Siantra-Prelude

Prelude Topeng Siantra. Aku dalam proses mengumpul bahan, plot dan kemaskini cerita. Insyallah, skrip ini akan siap tidak lama lagi dan akan dipentaskan (jika ada peluang).



Si topeng:

“Wahai sekalian manusia…datanglah kamu wahai si dara, pergilah kamu wahai teruna..
Aku idamkan tujuh petala nafsu, kebinatangan aku menguasai jasadku…

Aku takkan mati selagi penutup ini masih terlekat pada wajahku
Tangan aku akan terus bermain
Telinga ku akan terus mendengar
Mataku akan terus memerhati
Apa yang pasti, aku akan terus bernafas..
Aku akan bernafas dalam jiwa si dia, jiwa si dara..
Siantra punya wasiat aku turunkan.
Siantra punya warisan aku lebarkan
Siantra,oh siantra…!!
Aku kembali kerana siantra kembali..
Aku akan terus memburu hatta dendam siantra lekat dihati!!
Jangan kau curang wahai manusia!
Kerana aku tetap memburu dari kejauhan dan sayup mata memandang…”





Min:
“Aku tak sangka kamu bernafsu binatang!
Kamu pengkhianat!! Kamu merasuk dan membunuh tanpa belas!!
Kenapa?? Kenapa aku?? Kenapa?? Jawab wahai jantan tak guna!!”






Afif:

“Manusia akan terus memburu keagungan..
Dan selagi keagungan tidak dimusnahkan, manusia akan terus berdendam
Manusia tetap manusia
Hatta digolek bumi, dihenti air di kali, diroboh gunung, dibunuh serindik,
Manusia tetap manusia
Asyik berperang dengan emosi
Dan akhirnya
Emosi menguasai dan merajai diri”





Nazri:

“Aku takkan biarkan mana-mana petualang bertopeng syaitan memburu manusia..
Aku bukan penipu, dan aku tak suka mereka menipu
Biar aku ajar manusia jangan jadi hipokrit
Kalau salah..katakan salah
Kalau benar katakan ya
Bukan susah, tak perlu fikir pasal hati dan perasaan orang!
Kerana manusia sendiri tahu menjaga hati masing-masingMaka aku hadir untuk membunuh petualang dalam jasad penipu! Bedebah!!!!"





Insyallah..akan tiba nanti,TOPENG SIANTRA karya Raja Azrul.
-TOPENG SIANTRA-
~"Nafas yang tidak akan hilang"~

Comments

Anonymous said…
sungguh aku teruja nk tau kisah selanjutnya.n alangkah seronoknya kalau aku berpeluang menyertai pementasan topeng siantra bersama2 korang..
Anonymous said…
wah, keseraman nya mula terasa. x sabar nak tgk karya terbaru ko neh. em, apsal nama2 watak tuh mcm familiar jer? kt mane ek? hahaha.
azwan bamadhaj said…
erm........

nafas yang tidak akan hilang...

ni mcm kisah syaitan dan iblis jer..... huhuhhuhuu

yang penting....

vogue....
Raja Azrul said…
kijar:-
-apa komen anda? sy tak dapat baca lah..huhuhu

mel:-
-harap sgt ko dpt join, rindu masa kita berlakon dulu2

zamrie:-
-seram?! Ini baru sket..hahaha..propa

Azwan:-
-syaitan? hurm..adalah sket2, tapi ini lebih pada thriller kot..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...