Travel

Travel

Mengira detik

Thursday, April 10, 2008

Diterjah pasal debat...

Aku didatangi oleh seorang wartawan dari bernama Adi. Adi seorang wartawan bebas, ingin menulis artikel mengenai debat dan perjalanan aku sebagai pendebat UMP. Jadi, berikut adalah temubual kami di waktu petang, berhampiran tasik titiwangsa, berhadapan Eye On Malaysia.

Adi: Sejak bila anda mula berkecimpung dalam debat?

Sejak dari sekolah menengah lagi. Tetapi waktu itu saya tidaklah aktif. Cuma menyertai sekadar suka-suka. Namun, saya mula aktif apabila masuk KUKTEM iatu pada tahun 2003.

Adi: Bagaimana anda boleh menyertai pasukan debat UMP?

Saya sebenarnya taklah begitu minat sangat dalam debat. Saya lebih cenderung pada bidang teater dan kebudayaan. Suatu hari, Azwan, kawan saya mengajak saya pergi ke pemilihan debat diraja 2003 di HEP. Jadi, saya pun ikutlah. Azwan memang sudah pendebat UMP. Semasa itu, En. Rahman yang memilih saya menjadi pendebat, dan menyertai pasukan KUKTEM muda bersama Azwan, Ferdaus dan Hidayat.Jadi, disitulah bermula pengalaman saya sebagai pendebat secara rasmi.

Adi: Apakah posisi anda dalam debat? Kenapa?

Saya cenderung menjadi pendebat kedua. Malah sejak dari tahun 1 lagi, saya memang pendebat kedua. Tak berubah. Kenapa? Sebab saya suka mengulas sesuatu perkara berdasarkan fakta. Lagipun, saya tak berapa suka membidas. Jadi kerja orang kedua agak mudah kerana kita tidak perlu membidas.

Adi: Maknanya, orang kedua kerja tak mencabar?

Siapa kata begitu? Orang kedua tetap ada kesukarannya. Saya terpaksa menyediakan fakta bersesuaian. Malah, jadi orang kedua kena banyak membaca lebih dari orang pertama dan ketiga. Kita juga kena fahamkan konsep untuk sesuaikan dengan fakta-fakta agar pendebatan selari. Cabaran besar bagi orang kedua ialah ketika berdebat pada usul mantik. Ini paling mencabar kerana fakta perlu dibuat pada masa itu juga.

Adi: Oh,begitu.Jadi, kenapa anda suka berdebat?

Bagi saya debat adalah suatu “senjata” untuk kita mendapatkan hak kita. Debat mengasah pemikiran kita untuk berkembang selain menggilap bakat komunikasi kita. Rata-rata pendebat mudah untuk mendapat peluang pekerjaan kerana “confident level” yang tinggi dari segi pengucapan awam.

Adi: Tetapi ada pihak mengatakan pendebat ini suka bercakap dan degil. Komen?

Mungkin jawapan dari pihak tertentu sahaja. Tetapi bagi saya, tidak semua pendebat suka bercakap. Ada yang diam. Kalau di UMP, ramai saja pendebat yang pasif seperti Nadiah, Adam, dam Najmie. Mereka taklah banyak cakap. Kalau nak labelkan kami degil, saya rasa mereka silap, pendebat cuma bijak menyusun kata-kata agar pendapat mereka diterima oleh orang lain.

Adi: Dalam banyak debat yang anda pergi mana yang paling anda suka?

Terlalu banyak. Saya telah pergi lebih dari 10 kejohanan debat. Tetapi saya suka debat integriti (2006) dan debat diraja. Secara kasar, semua debat ada kenangan tersendiri. Paling manis semasa di USM untuk debat alam sekitar dan Debat diraja di UMS, Sabah(2004).

Adi: Pengalaman pahit debat?

Banyak, tapi paling saya tak lupa tahun 2005. Banyak perkara hitam berlaku dalam diari debat saya. Tak perlulah saya ceritakan. Pada debat diraja di UKM (2005), saya juga telah dikomen oleh hakim atas pembawakan saya yang agak merapu pada masa itu. Entahlah, prestasi saya banyak menurun pada tahun itu.

Adi: Baiklah, soalan mengenai kelab debat. Komen anda mengenai penukaran nama Kelab Penukir Ilmu?

Saya merasakan itu bukanlah tindakan yang wajar. Menukar nama memerlukan pendapat menyeluruh dari semua pihak termasuk dari perintis kelab itu sendiri. Mungkin, pemimpin kelab sekarang mempunyai pendapat dan cara tersendiri. Tetapi, secara amnya, saya tak kisah. Paling penting mutu debat ditingkatkan lagi di UMP.

Adi: Anda seakan tak berpuas hati dengan kepimpinan sekarang?

Hish..taklah. Saya tak berkata begitu. Setiap pemimpin ada orientasi mereka tersendiri. Semasa Lim Jin Kang memegang kelab, saya rasa tidak banyak perubahan dibuat. Azwan banyak mengubah struktur kelab dan menaiktaraf kualiti kelab termasuk mengadakan kerjasama dengan PBMSK. Saya masih ingat, saya sendiri menemani beliau berjumpa dengan madam Salina (gelak). Semasa Hafizul mengambil alih, beliau lebih memfokus kepada pertandingan luar. Jadi, Afizan (presiden sekarang) pula lebih fokus pada pentadbiran dalaman kelab.

Adi: Adakah anda rasa anda bagus dalam debat sehingga anda layak mengajar junior anda?

Adoi..saya taklah rasa saya bagus. Cuma, saya berpendapat saya perlu bertanggungjawab mencurahkan ilmu yang saya ada kepada pelapis debat seperti Amir, Adam, jumain dan Law. Mereka ada bakat, tetapi perlu diasah. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai senior mengajar mereka.

Adi: Tetapi, ada suara sumbang mengatakan anda dan senior lain keterlaluan. Komen?

Keterlaluan? Saya tak pernah dengar pun. Tetapi saya tak kisah yang penting niat saya ikhlas. Kalau mereka (junior) nak terima, silakan. Jika tak mahu, pun saya tak kisah.

Adi: Apa pendapat anda tentang junior UMP sekarang dalam berdebat?

Wow, soalan maut ini. Secara umum, mereka bagus. Ada kemahiran, gaya tersendiri. Tetapi rata-rata mereka terlalu “ekstrem” dalam debat. Saya tak suka sangat akan sikap begitu, bagi saya debat adalah untuk “enjoy”. Debat ini ada manisnya, jadi tak perlu kita terlalu taksub sehingga perkara remeh pun akan jadi besar. Ada juga pendebat baru yang bagus, ada masa depan yang cerah, tetapi perlu bimbingan. Mereka juga perlu diajar bagaimana ingin membina konsep debat dengan baik.

Adi: Aik, bunyi macam merajuk saja dengan pendebat baru. Betul ke?

Merajuk, mana adalah. Saya hanya berikan pendapat berdasarkan soalan anda (ketawa kecil).

Adi: Baiklah kisah anda dan debat. Siapa sebenarnya idola anda dalam debat?

Idola? Ramai…!! (gelak). Tetapi saya spesifikkan, ok? Kalau di UMP ini, saya jadikan Azwan, Hidayat dan Anuar sebagai tok guru saya dalam debat. Kalau di luar, Kak Mariani (USM), Ijan (UM) dan Kak Shena(UUM) sebagai antara rujukan saya untuk majukan diri dalam debat.

Adi: Oh, menarik. Pasukan anda terdiri dari dayat, Azwan, dan Redzuan. Siapa antara mereka yang paling sukar untuk bekerjasama?

Wow..sentap soalan anda. Semua ada perangai masing-masing. Mereka juga ada kebolehan dan kredibiliti masing-masing. Oh, yer, pasukan saya juga terdiri dari Khairi, Nadiah dan Hafizul. Mereka banyak membantu saya semasa debat diraja UiTM Shah Alam 2007.

Adi: Jadi, anda seseorang yang jenis memilih pasukan?

Taklah saya kata begitu, cuma saya selesa dengan rakan-rakan debat saya, berdebat ini perlukan kerjasama antara pasukan. Jadi, pemilihan ahli perlu wujud keserasian.

Adi: Ok, bagaimana dengan pengiring? Perlu juga wujud keserasian?

Aik, macam ada gosip saja. Kes tertinggal kapal terbang tu ke? (gelak). Bagi saya perlu, sebab pengiring ini adalah penyokong dan pemberi semangat kepada pasukan. Saya berterima kasih pada En. Sahar dan En. Rahman kerana membawa saya ke dalam dunia debat. Mereka pengiring yang berdedikasi. Buat madam mala dan madam Chiam, saya sayang mereka kerana tanpa mereka berdua, saya yakin prestasi debat UMP tidak akan sampai ke tahap ini.

Adi: Bercakap pasal madam mala, ada juga mengatakan madam mala ini emosi?

Huh, mana pula awak dapat berita ni? Saya rasa tidak…no komen!

Adi: Baiklah, komen anda kepada pasukan UMP sekarang ini.

Saya rasa masih banyak dan ruang mereka perlu belajar terutama dari segi kefahaman konsep. Paling saya risau jika mereka membawakan usul mantik. Tetapi, saya yakin, pendebat UMP sekarang sudah bijak dan banyak membuat rujukan berdasarkan pengalaman debat mereka. Saya rasa mereka akan berjaya nanti.

Adi: Baiklah, ucapan terakhir anda.

Saya ucapkan terima kasih pada semua pendebat UMP, bekas pendebat dan pengiring. Khas juga buat Azwan kerana membawa saya dalam dunia debat, Anuar kerana mengajar saya tentang debat. Dayat dan Redzuan kerana berjuang bersama-sama. Madam Mala dan madam chiam, memberikan sokongan. Khairi, Nadiah dan Hafizul: saya sayang kamu bertiga! Dan adik-adik muda pelapis debat UMP, Semoga berjaya!

Itulah perbualan aku dan wartawan itu. Sentap juga soalan dia kan? Apa-apapun jawapan yang aku berikan hanya sekadar pendapat

11 comments:

Pjoyz xXx said...

CAm cite rekaan jek... hehehehe

nsamsudin said...

I memang emosi....so what!!!...ha...kan dah emosi...huhuhu

Raja Azrul said...

hafizul:-
-rekaan? hish..betullah

madam mala:-
-emosi? hahahaha...no komen!

ZaKrYeE said...

dh upgrade taraf artis ke skrg??..siap interbiew lg....

sape wrtawan itu raja??..nyata atau fantasi semata?atau ..tutttttttttttt

imnotperfect said...

nasib baik aku xde kt sane, kalo x, mesti lg pedas aku soalan aku. antaranya, "dalam banyak2 debat, debat mane yg plg meninggalkan kesan dan kenapa?" atau "pernah kah terjadi apabila berbincang mengenai debat, anda telah melibatkan persoalan peribadi dalam perbincangan?"

hahaha..

jumapx said...

ehmm...satu entri yg penuh dgn kepropaan....

sy rasa abg raja lg layak menerima anugrah blog paling propa...ha3

yakin dan cakna menemu bual diri sendiri dan jawab dgn diri sendiri....hebat lakonan tulisan abg raja....ha3

propa~

azwan bamadhaj said...

Motif??

confirm yang ko tgh bosan dan xde mende nak buat....

Raja Azrul said...

zamrie:-
-naseb baiklah ko bukan yang interviu aku..hehehe

jumain:-
-aik..abang lak blog propa..hehehe, betullah adi tue kan wartawan,dia dtg interviu abang..

azwan:-
-tahu takpe, aku memang dalam kebosanan...

Pegawai Khalwat said...

Debat? Aku penah terlibat sekali saja. Sebagai pengerusi perdebatan.

nyda said...

pe arr korang neh..

ce ar pecaye cite abg raja neh..ngeh3 =)

Raja Azrul said...

pegawai khalwat:-
-pengerusi debat..hehehehe..takpe, at least tahu gak pasal debat..

nida:-
-thanks sbb percaya..huhuhu