Kepulangan aku ke UMP

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Debat Naib Canselor UMP telah diadakan pada 28 Mac hingga 30 Mac 2008. Aku pula telah dipanggil untuk menjadi hakim. Baiklah, dalam entry kali ini, aku nak share sedikit sebanyak pengalaman, komen serta idea semasa aku berada di bumi UMP sempena debat NC ini.

Mula-mula perjalanan…

Aku sebenarnya agak berat hati sikit ingin pulang ke UMP dan menjadi hakim. Maklum ar dengan pelbagai krisis dan ketidakpastian dalam debat membuatkan aku agak tawar hati.Tetapi azwan telah memujuk dan memberikan rasional yang kukuh untuk aku pulang ke UMP.

Jadi, kami berdua plan lah untuk ke sana dan mengambil cuti extra pada hari isnin untuk bersama-sama membantu ORaTOR dalam Debat NC ini. Kami bertolak dalam jam 6.30 pm dari KL. Sepanjang perjalanan hujan melimpah ruah diikuti pula dengan rebut petir. Azwan lak cam fobia bawak kereta sebab kilat sabung menyabung.

Akhirnya kami sampai dalam jam 9.00 pm, tanpa sebarang masalah. Kedatangan kami disambut oleh Najmie,Afizan, Nadiah dan Hafizul. Jumain,Law, Adam, Amir, Fendy,Asilah,Syafiqah, Masita, dan Afifi pula masuk berdebat. Melihat kepada penyertaan mereka, aku yakin kali ini kualiti debat NC akan bertambah baik.

Aku jadi hakim untuk perlawanan pertama antara Orator dan Chest A. Memang agak nampak sangat kemenangan terpaksa diberikan pada Orator. Huhuhu..selesai menjadi hakim, kami semua lepak-lepak dengan madam mala, dan beberapa lecturer dari pusat bahasa.

Malam itu, kami tidur di rumah Tito. Kebetulan pulak Tito dan Yusri ke UNIMAS. Jadi bilik mereka kami yang punya..hahahaha!!

Perjalanan Debat NC bermula…

Ada 4 Saringan kesemuanya..dan aku kena menjadi hakim supreme pada perlawanan 2,3 dan 4. Ini gara-gara hakim tidak cukup. Malah ORATOR terpaksa menyusun perlawanan agar tiada bantahan terhadap sistem kehakiman. Selaku bekas pengarah debat NC ke-2, aku amat memahami situasi ini. Peserta tarik diri dan tak cukup hakim memang kerap sangat berlaku. Hakikat yang orator perlu terima ialah amat susah menarik bakal jurutera UMP menyertai debat. Mereka sangat fobia dengan debat!!

Namun, sepanjang saringan, aku melihat ramai bakat baru boleh diketengahkan. Malah, pendebat-pendebat UMP seperti Jumain, Afifi dan Law banyak peningkatan dari segi gaya dan ekspersi. Aku boleh berikan kredit kepada mereka bertiga, aku juga tertarik dengan seorang pendebat Insmartive iatu Aimie dimana cara beliau berdebat sangat unik. Malah idea dan isi beliau sangat tepat dengan tajuk dan usul yang dibawa. Jika diajar dan diasuh dengan betul…aku yakin, Aimie mampu menjadi pendebat terbaik dan menggantikan aku nanti..(selaku pendebat kedua).

Sepanjang saringan, majority tajuk adalah hiburan, jadi ramai yang suka tetapi tidak mampu mengupas dengan baik. Apa lagi, memang kena fire lah dengan aku yang terkenal sebagai seorang anak seni! Hahaha…

Peringkat suku dan separuh berlangsung pada hari Ahad..aku mula dilantik menjadi hakim untuk perlawanan Insmartive dgn Chest. Huh, memang sengit jugak cuma aku agak pelik dengan pembawakan chest masa itu. Semasa peringkat separuh, aku kena jadi hakim bagi perlawanan Orator dan In-Smartive. Entahlah, peringkat separuh ini agak hambar, hampir tertidur aku dibuatnya..nasib baiklah Madam Mala dan Adzuan mengejutkan aku..hahaha…

Perlawanan Akhir:

Malam penutup menemukan antara Orator dan IEM. Satu perlawanan yang agak baik. Malah dari saringan lagi aku sudah meramalkan bahawa 2 pasukan ini akan ke peringkat akhir. Orator terdiri pendebat UMP manakala IEM pula terdiri dari bekas pendebat UMP. Walaupun pentas final tidaklah panas, tetapi keseluruhannya berjalan dengan lancar. Aku pula dilantik sebagai hakim menggantikan Ustaz Helmi yang tidak dapat hadir pada malam itu.

Keputusan berakhir dengan IEM menang, margin 3.33 dan juri 3-2. Best speaker digondol oleh Masita yang bertindak selaku PM pada malam itu.Nabil dari MPP menjadi best speaker keseluruhan. Komen aku pada perjalanan majlis..hmm..macam biasa sahaja..tak ramai budak UMP yang datang. Lagi satu, semasa acara penyampaian hadiah, macam kelam-kabut sedikit, menyebabkan penonton bosan…

Jalan-jalan dan AF6:

Aku memang tak berkesempatan menonton ABP pada Ahad malam memandangkan terpaksa menjadi hakim. Tetapi aku tak kisah pun…bukan mati pun kalau tak tonton..hahaha. Pada Sabtu malam, selepas saringan ke-4, aku dan Nadiah merancang keluar ke kuantan dan menonton AF disana. Kami keluar berlima iatu Nadiah, Azwan, Aku, Jumain dan Law.

Kami berjumpa dengan madam mala di rumahnya..then kami terus ke Dataran Gambut (madam pun tak tahu tempat nie..ces..). Memang seronok sangat, sambil tengok AF sambil mengomen. Komen paling bernas dari Jumain dan Nadiah. Memang layak jadi pengkritiklah mereka berdua tu.

Kami balik dalam jam 12 am. Penat tapi seronok..sampai di UMP, sempatlah aku berjumpa adik2 drama SENANDIKA pula..tetapi taklah lama sangat.

Drama, Debat dan Kebudayaan:

Semasa aku pulang, terlalu banyak masalah melanda debat, drama dan kebudayaan. Apa-apapun aku sudah tiada kuasa untuk membantu. Apa yang aku boleh tolong, hanyalah sekadar nasihat dan pandangan pada mereka yang memimpin sekarang.Buat Nor, Farani dan Azlan..thanks sebab sudi berbual mengenai kelab dengan abang malam itu. Banyak informasi yang abang baru tahu!!

Sebagai seorang pendebat dan bekas pengarah debat NC, aku melihat perjalan debat NC ke-5 ini sederhana. Aku rasa pihak Orator perlu menyediakan medium bagi menyelesaikan masalah seperti kes peserta menarik diri disaat-saat akhir. Contohnya, pihak orator boleh meletakkan syarat sekiranya pendebat menarik diri akan dikenakan tindakan softskill. Bagi masalah hakim., disarankan Orator mengambil bekas-bekas pendebat UMP yang lalu dan juga pendebat dari university lain. Ini sedikit sebanyak mampu mengatasi kekurangan hakim dan juga hakim (yang terdiri dari pendebat) akan dapat mengurangkan masalah teknikal kehakiman.

Apa-apapun, aku ucapkan tahniah pada Afizan kerana melakukan sesuatu yang terbaik buat Debat NC kali ini.Walaupun ada masalah yang timbul, anda berjaya menyelesaikannya dengan baik sekali.Aku pulang pada hari Isnin dalam jam 2pm. Sempat jugaklah bertemu dengan Azlan dan Nida waktu lunch.Dan kami berdua sampai di KL jam 5.30pm.

Tahniah pada semua terlibat, jumpa pada masa akan datang!!Oh yer kalau anda nak baca detail mengenai debat NC boleh melawati blog hafizul,Jumain dan Orator.

April---> Wish happy birthday to Nida,Daoz dan Amir.

Comments

Anonymous said…
waa, sronok la korg dpt gi blk UMP.. em, tringat plak kesah dulu2, time aku join debat piala rektor wakil kebudayaan. tp aku leh gk bangga sbb w/pon aku ni bkn pendebat profesional, ade gk la aku jadi pendebat terbaik 2-3 kali, hik3. tp mane leh compare ngan en raja yg sememangnya aku kagumi kalo berdebat.. (topup maxis 10 satuuu...) hahaha..
Nyda Zamani said…
wawawa...
hope dapat jumpe abg raja lagi..
x puas sebenarnye sembang mlm tu..huhu~

thanks sbb banyak membimbing nida sepanjang pentadbiran kelab bersama..

p/s:abg raja eja nama kite salah...huhuhu~noor zanida la
Raja Azrul said…
zamrie:-
-amboi puji lebih2 pulak..hehehe, thanks! Nway..ko pun best gak berdebat terutama ms debat 100 jam tue..sangat klaka!!

Nyda:-
-Huhuhu,salah nama ke? Takpe,nnt abg betulkan!!
Sama-sama cik nida!!
azwan bamadhaj said…
aku fobia dengan kilat??

motif??
jumapx said…
over....

ambil gambar org tgh debat senyap2...

nampak sangat xfocus dgr org berdebat....he3
Raja Azrul said…
azwan:-
-Boleh kata kau fobia lah..macam terkejut giler kalu nampak kilat

jumain:-
-ambik gambar sebab boring tgk korang berdebat,hahaha..gurau jer!!

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...