Manusia itu

Aku terbaca satu puisi yang ditulis oleh seorang hamba Allah ini. Puisi dia sangat tajam seolah-olah menyindir dan meluahkan kegeraman dia terhadap seseorang. Bagi aku, mungkin benar, puisi dia menyindir, dan bagi insan yang disindir itu, faham-fahamlah …ada orang yang tak suka cara kita..hehehe..

(gambar sekadar hiasan)

Manusia itu:

Nama saja manusia,
Tetapi hati macam batu,
Ego melangkau bukit
Perasaan yang mudah perasan,

Itu aku gambarkan manusia itu,
Dulu konon kata dia sayang semua orang,
Semua orang dia hormat!
Kini, apa namanya sayang!!

Kalau perkara kecil pun dia tak hormat!

Manusia itu memang berguru kepalang ajar!
Memang, dia sangat kurang ajar,
Diberikan susu, dia balas tuba!
Manusia itu hanya fikir,
Dia saja yang paling layak dipuji dan diangkat!

Aku tak kisah kalau dia bagus,
Tapi dia baru nak bertatih, tapi dan rasa dirinya sudah boleh berjalan..
Akus sedar kalau kadang-kadang aku punyai kesilapan,
Aku juga datang hendak membaik pulih keadaan..

Tapi ego dia sekeras batu,
Baik! Jika itu egomu..
Aku juga ada ego aku!
Ego aku malah lebih keras dari besi..
Lebih kuat dari batu!

Manusia itu memang berlagak!
Sombong dan penuh tipu daya.
Dulu aku senang dengan dia,

Tapi kini dia sangat berlagak!
Langsung tiada perasaan hormat,
“jangan fikir kau bagus sangat!”
Itu yang aku nak cakap pada dia.

Aku benci manusia itu,
Dulu dia ada...
Kini pada aku dia sudah tiada…
Aku tak kisah pun..
Kerana bagi aku, hati tercalar dibuatnya..
Tak mungkin aku maafkan..

Kawan-kawan,
Jika terjumpa manusia itu,

Berhati-hatilah..
Mungkin hari ini dia manis..
Esok lusa, kalian tahulah..

Manusia itu nampak susuknya..

Manusia itu..
“Tumpul dan menyakitkan”


Kesian pula aku melihat hamba Allah ini. Iyalah mungkin dia terasa dan geram sangat dengan manusia itu. Hamba Allah ini mungkin dah cuba untuk membaik pulih keadaan tetapi manusia itu pula rasa diri dia bagus..apa-apa jerlah! Buat manusia itu, fikir-fikirlah, anda mungkin bahagia kerana dikelilingi kawan-kawan, tetapi percayalah Allah itu maha adil...mana tahu dia tarik kembali kawan-kawan kita dalam sekelip mata..

"Renung-renungkan dan selamat beramal"

Comments

Anonymous said…
manusia.. memang begitu sifatnya.. (hahaha, kalo ko masih igt dialog ni)
azwan bamadhaj said…
tumpul dan menyakitkan...

jangan terlalu membenci seseorang, pengalaman mengajar KITA bahawa akhirnya nanti semuanya akan kembali pada KITA....

namun kadang2 ianya

baik tapi tajam.......
nsamsudin said…
err...no comments...propa sangat gambar hiasan tu kan...huhuhu
ahib0205 said…
memang smart lah makan yg mendalam. nk copy leh?
Raja Azrul said…
zamrie:-
tentulah aku ingat dialog tue..kan aku yang buat skrip bonang..hehehe

azwan:-
-tumpul atau tajam ke..dua-dua tetap menyakitkan...

madam mala:-
-gambar you sedang berhadapan dengan cabaran...hehehe

ahib:-
-siapa nie? hehehe...nak copy..copylah..aku tak kisah..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...