Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, April 30, 2008

Semua dalam satu

Assalamualaikum,

Agak lama tak update beberapa berita yang boleh aku share dengan pembaca semua. Baik, untuk entry kali ini aku hanya akan coretkan beberapa cerita yang ingin dikongsi pada semua.

1. AF6 Di Istana Budaya:

Siapa yang minat AF? Angkat tangan!! Hehehe..pastinya Jumain antara orang yang paling suka. Apa-apapun untuk konsert yang ke-7 kali ini, ia akan diadakan secara 'live' di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert kali ini akan diiringi oleh Okestra Simfoni Kebangsaan.

Bermula Isnin lepas, pihak Astro dah mula datang ke IB dan membuat persiapan rapi, termasuklah pentas. Raptai penuh pula akan dibuat pada hari Jumaat ini. Rasanya kali ini memang mencabar pada peserta AF. Al-maklumlah kena menyanyi diiringi okestra (Jumain tentu ada pengalaman). Ramli MS pula memang pakar dalam okestra, kebetulan pula dia adalah antara pemimpin okestra bagi konsert siti di IB suatu ketika dahulu.

Apa2pun, kita nantikan kelaianan dibawa di pentas bertaraf dunia. Hehehe..jangan jeles.

rajaazrul: hanya suka Riz dan Nadia sahaja.


2. Anak FBI meninggal


Waktu pagi tadi (29 April 2008), aku terkejut mendengar Hot FM yang menyatakan anak FBI meninggal dunia. Anak dia bernama Adam Haikal Iman merupakan anak kedua dan baru berusia 12 hari. Terkejut jugalah sebab FBI baru sahaja bercuti dek kerana isterinya bersalin minggu lepas.

Apa2pun inilah dugaan dari Allah, yang pasti mati sentiasa berada di sisi kita.

rajaazrul: teringat pada arwah papa, tok dan tok wan.

3. Debat oh debat:

Debat PISZA akan bermula pada 16 Mei ini, di UitM dungun, manakala Debat Perpaduan, seminggu selepas itu. Huh?! Seronok melihat adik-adik yang akan makan angin di sekitar pantai timur dan di utara (UUM). Hehehe..apa-apapun, abang juz nak wish good luck, yang pasti tanggungjawab kalian lebih besar kerana perlu menaikkan nama UMP ke persada yang lebih tinggi lagi.

rajaazrul: Debat..oh..tidak!!!

4. Musim perah otak:

Musim final exam dah bermula. Hehehe..nasib baiklah aku bukan dalam golongan yang kena amik final exam. Buat yang terbabit, selamat menjawab soalan final. Teringat masa dulu2, waktu final, aku selalu ke KMC dan korek2 soalan ramalan bersama Kettlin, Zul dan Ainul.

Lepas tue, kami sama2 studi..hehe...tapi resultnya tetap hampeh (propa). Yang pasti, final exam hanyalah 40 peratus dan ia hanyalah sebagai periksa untuk menentu gred kita nanti.

rajaazrul: Toyol jangan lupa, bawak tahu!

5. Ultraman dan Raksasa:

Hehehe...aku terkejut, sekarang ini ultraman dan raksasa dah berbaik. Tentu semua tertanya2 siapa Ultraman dan raksasa itu. Takyahlah tahu..just aku nak bagitahu, keadaan sekarang dah aman..

tetapi bila mereka berbaik, ultraman dah tak hiraukan orang lain pula...selalu pulak care pada raksasa itu. Al-maklumlah, mereka dah berbaik! Cuba kalau time bergaduh, adoi..pelanduk yang tersepit di tengah2! Sayang sekali.

Apa-apapun, bila dikenang kembali, kelakar sangat bila time mereka bergaduh..panas satu dunia! Tetapi pengakhirannya, ultraman dah sayang sangat pada raksasa itu. Takpelah, yang penting mereka dah baik..

rajaazrul: Kalau dah berbaik tu, jangan lupa pada orang ke-3 pula..hihihi!

5. Ahli Parlimen angkat sumpah:

Masuk dunia politik, setelah 50 hari p/raya, semalam sesi angkat sumpah YDP bermula. Apa2pun aku terbaca satu berita, ada seorang penulis blog ditahan kerana menulis artikel " Karpal Singh Halal dibunuh". Terkejut juga baca berita tersebut..apa2pun, bagi anda yang suka menulis blog, berhati-hati. jangan tulis ikut perasaan..terutama perkara yang membabitkan politik.

Kita masih muda, sewajarnya kita belajar menjadi penulis kreatif..ambil masa, dan keluarkanlah idea2 bernas..mana tahu anda boleh menjadi pengganti Rustam A.Ali atau Faisal Tehrani.

rajaazrul: Tulis ikut hati saja..

6. Komen blog orang:

Salah satu tabiat aku ialah mengomen blog orang, baik pada post dulu aku pernah komen beberapa blog yang linkkan. Kali ini, sudah bertambah rupanya penulis blog terutama adik-adik SENANDIKA:

blog Nida:-
Blog penuh feminim, mengungkap rahsia hati si pemain bonang ternama UMP. Blog ini sangat unik, dari segi penulisan yang kadang2 dicampur aduk dengan bahasa inggeris.

blog Bob (Fakhrul):-
Blog ini ringkas tetapi penuh dengan ayat tersirat. Luahan hati bob mudah, terutama dari segi kisah hidupnya di UMP.

blog Hafizul:-
Aku tabik dengan blog ini, suatu blog penuh informasi dan pendapat bernas dari bekas presiden Kelab Penukir Ilmu. Idea dan pendapat beliau sangat unik. Blog ini diselitkan gambar2 bersesuaian..tahniah!

blog Daoz:-
Aku tak sangka daoz akan mewujudkan blog sedangkan dia adalah kaki frenster. Apa2pun, ini antara blog yang kemas dan cantik. Daoz sangat kreatif dari segi hiasan blog terutama senarai nama bloggers yang di'link'kan dengannya. Tahniah!!

blog Farani:-
Blog seorang anak seni yang sangat kreatif. Selaku penulis muda, Farani bijak menyusun ayat2 sastera dengan pengaruh A. Samad Said yang cukup kuat, melalui penulisan Farani, kita dapat melihat cermin hatinya...Hebat!

blog Yusri:-
Tiba2 sahaja anak muda dari Sabah ini menulis blog. Tetapi blog dia ringkas, tidak berbelit2 dan senang dibaca. Menggunakan nama pena Zak, yusri menceritakan pandangan peribadi beliau tentang kehidupannya di UMP yang penuh onak dan duri.

blog Lily:
Anakanda kepada Madam Mala..seperti ibunya, Lily banyak menggunakan elemen sastera english dalam penulisannya. Gadis muda ini bijak mengutarakan nilai dirinya dalam penulisan yang sangat kreatif. Cuma dia jarang mengupdate, mungkin kekangan masa agaknya.

blog Izuddin:
Salah seorang adik aku dari UDM..pelapis debat. Dia jarang update blog, tetapi dia mempunyai penulisan yang sangat bernas. Cara penulisan sama seperti Hafizul..mudah tetapi penuh sindiran.

blog Khidir:
Sayang, blog ini jarang diupdate. So, takleh nak komen banyak lah...

blog Orator:
Selalu update..lebih memfokus pada isu semasa dalam dunia debat. Wajar dijadikan rujukan kepada semua pendebat UMP.

blog Kebudayaan UMP:
sama seperti orator, tetapi blog ini unik dan sangat cantik. Pada awal sudah terpampang wajah Azril, presiden kelab. Sangat kreatif dan tahniah pada pencipta blog ini!

rajaazrul: komen orang pandai..tapi blog sendiri macam hampeh!


Oklah, banyak pula aku mencoret kali ini. Oh ya, buat adik2 pendebat, bukaklah akademi debat. Abang ada hantar satu artikel " Cadangan memantapkan ADAM". Klik di sini...

Jumpa lagi.. tengah menghitung hari untuk graduasi!!

9 comments:

nyda said...

pemain bonang ternama UMP???
Sentap!!!
hahaha..
pemain bonang yg dilupakan la skrg..ngehehe..
feminin???
ngeeee~ (blushing)

imnotperfect said...

nasib baek ko x komen blog aku yg tah pape tuh, hahaha..bizi la wei nk update2 skrg, tu yg maen copy paste jer kebykan post tuh.

nway, aku akan dtg semenanjung dlm akhir bln 5 ni. kene present LI kt UMP, huhuhu. so, jumpa anda di sana.. di sana.. disaaanaaa...

p/s: apsal aku tgk entry kali ni mcm ruangan gosip jer? hahaha.

ZaKrYeE said...

raja minat riz ke??
zak pon minat gak.tp bukan orangnya..sekadar suaranya sahaja....hiksssss

imnotperfect said...

MOTIF ZAK TULIS GITU?

nway, aku ske sorang jer dlm AF, STACY a.k.a S.T.A.R.C.Y, hohoho..

Daoz said...

merasa diri spt plajar af plak dpt kritikan,haha.wiken ni clash siaran af ngn aim kan?hmm,ske dgr riz nyanyi seribu thn mngu lpas,nk tgok cane plak nubhan bwak lgu dealova.

iramahati said...

mujurlah aku takde blog, klu tak, maunye kene komen gak..ehhehe..

p/s: dak senandika or dak kelab kbudayaan bila lagi ada yg nk join af ek? hhehehhe..esp yg dah klua ump or nk kuar ump (sbb klu masih dlm ump tidak disarankan, kang anda tak psl2 kene ban)

Raja Azrul said...

nida:-
-hehehe, kan nida antara yang hebat main bonang...

zamrie:-
-aik, terlupa pulak nak komen blog ko..takpe, ada banyak masa lagi. Tak sabar nak jumpa kau nnt!

yusrie:-
-Yes..minat Riz tapi tak pernah undi Riz..terukkan?

zamrie:-
-stacy ok, tapi suara dia mcm biasa je..waktu kat IB, sore dia pecah..tak best!Jangan mare..

daoz:-
-Lagu Deolova biasa jer..apa2pun, performance diaorng best, cuma kalau tonton kat tv, tak rasa meriah sangat!

mel:-
-itulah pasal, aku rasa susah UMP nak bagi lepas, nak pulak mentaliti mereka macam tu..huhuhuhu!!

nyda said...

hoho..
cam tu ek..
meh nak komen blog abg raja plak..
hehe~
blog die dah berwajah baru
klasik gitu..
cantik
suke3~

Rani-Go-Round said...

Wah, statement mengenai diriku. Terlalu tinggi dinilai!

Nice blog, keep it up bro.