Travel

Travel

Mengira detik

Monday, May 12, 2008

Bertuahnya dia

Assalamualaikum...

Aku tengah menghitung hari untuk menamatkan sesi pratikal yang akan berakhir pada 23 Mei 2008. Sehaya dengan itu, aku telah sibuk menyiapkan laporan dan buku log untuk dihantar pada penyelia tersayang.

Untuk entry kali ini, aku nak share ngan pembaca budiman akan perasaan manusia yang memang tak dapat elakkan.....


BERTUAHNYA JADI ANAK SULUNG:


Yang bertuah:

"Seronok lah, sebab anak sulung sebagai ketua keluarga, boleh suruh adik2 buat keja. Semua benda dalam rumah dikuasai oleh dia. Bila bab pembahagian harta, anak sulung ler kena menjadi pengurus harta. Waktu kecil, semua yang anak sulung akan dapat dulu...baju baru, babywalker baru, mainan baru...bertuahnya!"

Hakikatnya:

Sebagai anak sulung, dia lah berperanan sebagai ketua. Apa saja keputusan, kita kena buat dengan adil dan saksama.Anak sulung juga perlu berkorban, apa saja yang dimiliki bagi memberi kebahagiaan kepada adik-adiknya. Anak sulung berat tanggungjawabnya, dia kena buktikan pada adik2 bahawa dia boleh maju dalam pelbagai bidang. Dia jugalah menjadi idola kepada adik2 nya..jadi, tak mudah untuk bergelar anak sulung?



BERTUAHNYA JADI ANAK TENGAH:


Yang bertuah:

"Tak perlu fikir sangat pasal belajar, sekolah, sebab anak tengah nie akan ikut sahaja yang sulung. Ada adik nak disuruh2 buat kerja ..hehehe, ada abang dan kakak untuk mengepow duit belanja..jadi apa susah..dia kan berada di tengah! Tak perlu fikir sangat pasal keluarga!"

Hakikatnya:

Sedar tak sedar, anak tengah perlu berkorban untuk banyak perkara. Dia perlu belajar dengan kuat supaya tidak dibandingkan dengan abang dan kakaknya, anak tengah juga perlu fikirkan adik-adik yang berada di bawah supaya mereka belajar bersungguh..jadi, anak tengah bukan seindah seperti yang dikhabarkan?"

BERTUAHNYA JADI ANAK BONGSU:



Yang bertuah:

" Semua yang dia nak..semua dia dapat. Cakaplah apa saja..pasti akan ditunaikan. Kakak akan bagi duit makan, abang pula akan bagi duit top-up...itu belum dicampur dengan duit mak bapak lagi..tak dicampur dengan duit ptptn. Semua yang dikehendaki pasti tercapai..merajuk sikit pasti ada yang datang memujuk..alahai..seronoknya!"

Hakikatnya:

Anak bongsu perlu buktikan pada abang dan kakak bahawa dia juga boleh berdikari. Anak bongsu juga akan dibandingkan dengan anak sulung dan tengah, nak-nak pula kalau anak sulung dan tengah itu berjaya.Suara dia dalam keluarga juga sering diketepikan atas alasan anak bongsu tak matang. Itu belum ditambah dengan suara-suara sumbang masyarakat yang mengatakan bahawa anak bongsu ini anak emak..tidur bawah ketiak mama lagi! Jadi...pikirlah bersama!

****

Inilah hakikatnya manusia. Kita sering melabel seseorang itu bertuah namun adakah kita pernah fikir perasaan dan kesusahnya manusia itu. Sempena hari ibu ini, aku memang nak ucapkan tahniah pada semua ibu yang telah membesarkan anak mereka supaya jadi anak yang berguna!


Buat mama dan madam mala :anda adalah insan yang paling aku kagumi! Kenapa? Walaupun secara kasar kita nampak madam dan mama orang yang ceria, sering tersenyum..tetapi pada hakikatnya begitu sukar untuk membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami disisi.

Sebagai anak yatim...aku sedar bukan mudah seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya. Banyak tenaga, wang ringgit terpaksa dikorban. Anda mungkin bertuah kerana anda masih memiliki kedua-dua orang tua, oleh itu hargailah mereka sementara mereka masih ada.

Kita sering berkata bahawa kita sanggup berkorban nyawa untuk orang tersayang, kita sanggup mati demi orang yang kita sayang..tetapi aku tak sanggup! Aku tak sanggup melihat orang yang aku sayang menderita kerana kehilangan aku.


Sebab itulah aku amat tabik buat mama dan madam mala! Jadi..hakikatnya...bersyukurlah dengan apa yang anda..dan berusahalah untuk mencari apa yang terbaik pada masa akan datang.

"SELAMAT HARI MAMA BUAT SEMUA MAMA DI DUNIA!"

11 comments:

ZaKrYeE said...

raja...

tak btol tu fakta psl anak tengah...
zak mohon membangkang!!!..larikkkkkkkkkkkkkkkk

azwan bamadhaj said...

zack nama je anak tgh tapi perangai mengalahkan anak bongsu...

hahahaha

imnotperfect said...

erm, btol tu raja, sme org pk org laen lebih bertuah dari diri mereka padahal kalo melihat lebih dlm lg, masing2 ada kelebihan n kekurangan..

jadi, nasihat aku pade sme, bersyukur la dgn ape yang ade coz kte tatau bile nikmat yang diberikan Allah ni akan ditarik balik dari kite..

wah, tazkirah dipagi ari..

owh ye, aku nk turun kt lcct, sape nk fetch aku? hehe..

Raja Azrul said...

yusrie:-
-Tak betul? propa ko..ini adalah sec general..maybe ko punya pengalaman berbeza..so jgn segan,share with us..!!

azwan:-
-betul..stuju sangat...!!

zamrie:-
-syukurilah segala kurniaan tuhan..
erm..ko naik bas ke KL sentral jer..harga RM9.90 jer..

nyda said...

hoho..
termasuk gak muke sy kat entri ni..
well, sy anak bongsu yang manja tapi tak la semua bende yang sy nak sy dpt..ade je yg x dpt..kne usaha sndiri...huhu~
abg nak topupkan??jgn harap...=(

p/s: glad to be born as me..semua pun ada kelebihan dan kekurangan masing2

Raja Azrul said...

nida:-
-betul..salah satu cara untuk menjadikan diri kita bersyukur ialah dengan melihat kesusahan orang lain. Insyallah, sentiasa ingat padaNYA..pasti diberikan hikmah oleh NYA..

FendyHekka said...

syukur tak syukur aku tetap tak puas ati sebb sepanjg aku jd anak bongsu takde pn kata apa2 bangga diri aku anak bongsu tapi kalo dak2 anak sulong nih suka la sangat2 ckp yg dia anak sulung. come on la pk la balik. kalo takde abg2 or akak2 yg nk manjakn adik takde nyer adik tu manja. so takleh salahkn saper2. so lps ni jgn nk mendabik dada ckp korg tu anak haper. baik syukur je korg tu lahir kedunia... ngerti?

Cactito said...

cakap raje tu ade btolnye.
cuma sesetengah orang x mrase.
ye lah..bajet sume orang kat dunia ni same jer ke?
kalo dah name anak sulong tu...sepesen je ke perangai dorg?
x kan.

nama pun pandangan secara general..
x gitu raje?

tp bg aku.aku x penah rase ade ujud sulong ke bongsu ke tgh ke..sbb didikan kat umah kot.mmg la ade tp sikit kot.layanan sume same jer..
kalo sorg dpt,sume dpt.sorg x dpt,sumer x dpt..tp,x bmaksud ayah aku bphaman komunisme.sumer sama rata.hehehe.

pape pun,sulong ke,tgh ke (aku le tu),bongsu ke..x bezanya.
jgn beza2kn diri dgn adik2 yg laen.
buat la mcm mane pon.org tua kate..
"ayer di-chencang ta' akan putus"

esok2 bile korunk dah besar..baru korg trase rindu kat adik2..nak gaduh2 dgn diorg..

yg bongsu lak,mesti rindu time kne perli oleh abg2 yg brutal.

macam mana pula perasaan seorang wanita yang begitu mendambakan belai seorang anak?

Raja Azrul said...

Fendy:-
-sbnrnya anak bongsu ke anak sulung ke sama je..tetap sume masuk UMP..kekeke..
aku nie perangai cam ank bongsu w/pun aku anak sulung. Nasihat aku, jgn lupa t/jwb kita sbg seorang anak!


Tito:-
-Btul tito, setiap anak ada peranan masing2..cuma yang muda (bongsu) kenalah hormat abg2 dn kakak2 nya..jgn degil tak tentu psl pulak..hihihi!

Lily Cartina said...

anak sulong rocks!!
lmao
tetibe
and my mama best skali

Raja Azrul said...

lily:-
-Yup..anak sulung memang sentiasa rock!! Huhuhu...