Detik terakhir di Pentas Bertaraf Dunia

23 Mei 2008:

Inilah detik-detik yang aku nantikan! Banyak sangat desas desus, masalah melanda, ombak badai, kini 23 Mei 2008 jawapan bagi segala-galanya. 6 bulan cabaran aku galas bagi mengakhiri latihan industri, kini tarikh keramat itu sudah muncul.


Bagi aku, 6 bulan itu lama. Benar, aku akui aku suka Istana Budaya, malah aku sendiri memilih IB ini untuk aku menjalani pratikal. Tetapi, tempoh masa yang agak lama di"ikat" oleh fakulti menyebabkan aku sendiri tidak boleh bergerak. Beberapa tawaran "emas" yang datang pun terpaksa aku tolak. Pratikal disini lebih kepada pengurusan, mungkin disebabkan itu, banyak masa aku terluang menghadap komputer saban hari.

Walaupun IB tak berikan aku elaun, tetapi banyak faedah aku dapat selama aku berada di sini selama 6 bulan. Dari segi aspek pementasan, teknikal, power supply, kaedah komunikasi, tarian dan banyak lagi. Mungkin ilmu ini akan lebih jitu dan mantap bagi aku jika aku terus bekerja dan berkhidmat disini.

Pembelajaran aku sepanjang pratikal:

Disember
1. Aku mengenali pentas bertaraf dunia
2. Aku mengenali keindahan seni teater
3. Aku mengenali diri dan perasaan manusia
4. Aku mengenali erti kasih sayang , hormat menghormati dan dedikasi
5. Aku mengenali MISI NASIONAL dan TEKAD 2008.



Januari:
1. Aku mengenali erti kerjasama dalam suatu pasukan 2. Aku mengenali erti ketamakan, gila kuasa, kerakusan. 3. Aku mengenali "HADIAH DARI HATI" 4. Aku mengenali PUSAKA SARI, SYAJAR dan MISI. 5. Aku mengenali orang bertopeng atau tidak!
Februari:
1. Aku mengenali erti hujan yang turun!
2. Aku mengenali erti kejujuran.

3. Aku mengenali manusia emosi, ego dan pendendam

4. Aku kenal erti persahabatan.

Mac:
1. Aku mengenali pelakon yang meman
g "PELAKON"
2. Aku mengenali seseorang yang taksub dengan "MISI"
3. aku kenal orang FANATIK
4. Aku kenal mereka itu siapa sebenarnya!


April:
1. Aku belajar menjaga hati 2. Aku belajar untuk bertindak 3. Aku belajar untuk berfikir 4. Aku belajar jangan mudah melatah!!

Mei:
1. Aku belajar maksud terseksa
2. Aku belajar mengenai hak dan kuasa!

3. Aku belajar maksud penipuan dan penindasan
4. AKU BELAJAR SIAPA SEBENARNYA BERKUASA DAN GILA!!!


Hanya masa dan waktu akan mengubah segala-galanya. Minggu depan bermula revolusi baru dalam diri aku. Aku akan kembali untuk mengubah, membaiki serta menegakkan segala masalah yang timbul sama ada secara peribadi mahupun kerjaya. Jadi...

Tunggu dan lihat!!

Comments

Anonymous said…
err, apsal entry kali ni mcm dipenuhi dgn dendam kesumat?

ape2 pon, aku doakan semuga perjuangan ko tu bakal membawa hasil. btw, camne rancangan kite nk gi UMP same2? jadik?
FendyHekka said…
Well org kata jauh perjalanan luas permandangan. Banyak yg dah dibelajar cuma aku harap buang yang keruh amik yang jernih... Let bygone be bygone...
azwan bamadhaj said…
penambahan.....

rasanya dalam masa2 ini..

kau juga mengenal erti CINTA....
Raja Azrul said…
zamrie:-
takde apa2 lah..plan UMP berjalan seperti biasa...

Fendy:-
-betul..lupakan apa yg dah berlaku..fokus pada seterusnya..

Azwan:-
-Cinta?? Huhuhu..maybe
Anonymous said…
Masih panjang perjalanan...

Masih tak tercapai akal mu...

Masih perlu mencari...

Masih dan masih...

Kerna kita hanya makhluk kerdil.. yang perlu belajar dan belajar mengenal erti kehidupan selama hayat kita... Penting membentuk diri... Agar kita sedar siapa diri kita..!!

Salam (",)

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...