Erti persahabatan

Bukan mudah untuk kita memiliki persahabatan di dunia ini. Sahabat adalah insan yang paling rapat, setia, memahami dan sentiasa memiliki kepercayaan walau apa sahaja terjadi.

Manusia memang pelbagai ragamnya. Tak mungkin manusia ini akan sama..Allah dah jadikan manusia ini pelbagai, bertujuan untuk mewujudkan variasi dalam kehidupan.

Kita tak mungkin akan sama dengan orang lain..
Jadi, dikalangan manusia yang pelbagai ragam, pasti ada insan yang layak bergelar sahabat kita. Ingat, sahabat ialah orang yang se"kepala" dengan kita...dibawah ini ada beberapa ciri seseorang yang bergelar "TEMAN" atau "SAHABAT" ini (Sumber: Dr. Fadzillah Kamsah):


Berkongsi apa sahaja:

Apabila nama sahabat, bermakna kita boleh berkongsi apa sahaja. Masalah peribadi, kerjaya, perhubungan dan macam2 lagi! Dia adalah seorang yang mudah untuk kita dekati, sanggup luangkan masa dan saat bersama dengan kita. Tetapi, kita janganlah mengambil kesempatan diatas kebaikan dirinya ini.

Bagaimana mengenali individu ini-
1. Dia tidak kecoh dan pandai menyimpan rahsia anda.
2. Dia sering bertanya khabar dirimu (melalui sms atau e-mail)
3. Dia menerima kebaikan dan keburukan diri kita seadanya.


Memahami:
Apabila si dia datang dan menasihati anda, anda boleh menerima seadanya. Dialah tempat anda bergantung dan meminta pandangan. Nasihat diberikan bernas dan sentiasa menyakinkan anda.

Bagaimana mengenali individu ini:
1. Dia senang dihubungi tak kira masa..24 jam sehari, 7 hari seminggu.
2. Dia sangat komited. Dalam perhubungan dia, dia sangat setia.
3. Dalam percintaan, dia banyak membantu kamu. Dia sering memberi pandangan dan dia mampu mengenali sama ada pasangan kamu itu benar2 ikhlas atau mempermainkan kamu.


Profesional:

Dia adalah orang yang sangat rapat terutama apabila anda berhadapan dengan masalah percintaan. Dia akan meletakkan masalah anda dalam dirinya, dan mengutarakan penyelesaian yang tidak berat sebelah. Dia cuba memberikan terbaik pada diri anda walaupun dia pun menghadapi masalah yang lebih berat.

Bagaimana mengenali individu ini:
1. Dia bijak mengawal emosi anda dikala anda berada dalam keadaan tegang.
2. Dia menghormati keputusan anda. Dia juga menerima nasihat anda dengan baik dan ikhlas.
3. Dia tidak pernah berikan alasan sekiranya diajak bertemu walaupun dia tahu dia adalah menjadi tempah curahan masalah anda ketika itu.


Jujur:

Paling penting ialah kejujuran, kita berkawan adalah kerana diri dia yang sempurna bagi kita. Bukan bertujuan mengejar sesuatu atau populariti. Dia akan menegur anda dengan berhemat jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan anda. Apa yang pasti, dialah insan yang anda percayai walaupun banyak kata2 sumbang mengenai dirinya.

Bagaimana mengenali individu ini:
1. Dia individu yang lurus bagi diri anda.
2.Dia sentiasa menjadi tulang belakang bagi diri anda.
3. Anda sentiasa merasakan nasihatnya amat berharga.


Itulah beberapa ciri persahabatan nukilan Dr. Fadzillah Kamsah. Berdasarkan perkara diatas, adakah anda menepati kriteria untuk bergelar seorang sahabat? Dan adakah teman anda menepati kriteria diatas.

Apa yang penting dalam perhubungan ialah kepercayaan dan keikhlasan, ia memerlukan peranan kedua-dua belah pihak. Ingat, jika terdapat sebarang masalah dalam persahabatan selesaikan lah dengan cara yang baik dan profesional.


Aku percaya bukan senang nak menjadi manusia yang baik di muka bumi ALLAH. Sebagaimana diatas, seorang sahabat adalah seseorang yang boleh menerima kita seadanya samaada baik ataupun buruk.Kita sudah matang dan sebenarnya perlu bijak dalam menyelesaikan masalah. Dan yang pasti, kita bukanlah manusia yang sempurna yang mampu untuk memuaskan hati semua pihak!


SEMOGA ANDA BERJAYA MENEMUI SAHABAT SEJATI ANDA AGAR ANDA TIDAK SUNYI DIMAMAH MASA.


"Janganlah dek kerana perkara remeh, persahabatan yang dibina sekian lama musnah begitu sahaja"

-Wassalam-

Comments

nsamsudin said…
janganlah kita memandang rendah erti persahabatan kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
Anonymous said…
btol tu madam, tanpa para sahabat, x mungkin kita dpt survive dlm dunia yang penuh pancaroba ini, cewah, hahaha..

tp ade gk jenis sahabat yang xleh pakai, nk tau jenis ape? B.A.C.K.S.T.A.B.B.E.R.

elakkan berkawan dgn org mcm ni.
FendyHekka said…
camner nk elak zamrie oi. kalo ada tulis kt dahi dia backstabber bleh la. kalo dh nama backstabber mesti la licik. ha3. rakan, sahabat, kawan mahupun teman mestila dipilih sebaik2nyer. sbb penah aku baca kalo nk tau perangai seseorg tgk la kawan2 di sekelilingnyer.

p/s:kdg2 kawan2 ni menyusahkan. (smbil tgk cermin)
Raja Azrul said…
madam-
-betul..erti persahabatan itu sgt luas, manusia tak boleh hidup tanpa adanya sahabat...!

zamrie:-
-backstabber? sentap, memang ada tapi kenalah hati2..! Doakan saja yang terbaik!

Fendy:-

- Betul tu fendy, aku suka part ko ckp sambil tgk cermin..hahaha!

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...