Hari ini hari Sabtu

Assalamulaikum...

Hari ini hari Sabtu...seperti juga sabtu-sabtu yang lain, hari Sabtu bagi sesetengah orang adalah hari cuti. Hari ini juga adalah hari terakhir di bulan Mei 2008 dan kalau di Sabah, hari ini adalah hari penutup bagi Pesta Keamatan.

Hari ini...aku agak sunyi. Berada di bilik Yusri seharian. Zamrie sibuk tidur di bilik Abbas, Daoz danK pulak tidur di biliknya. Jumain, telah pergi menyertai Surveying Camp di Lumut seawal tujuh pagi lagi.

Azwan? Keluar bersama Madam Mala, dan Amir. Yusri, tuan punya bilik pergi melawat kawan-kawan dia di Kuantan. Pendek kata, aku agak bosan hari ini walaupun ada yang mengatakan hari Sabtu ini begitu istimewa.

Sambil jari aku menari menaip bait-bait blog ini, lagu yang betul terngiang di telinga aku ialah "Biarlah Rahsia" dan "Melukut di Tepian Gantang" Apabila mendengar lagu alunan Aisyah dan Siti Nurhaliza ini, lagu ini benar-benar melekat dan sesuai dengan perasaan aku sekarang.



Setelah selesai menghayati lagu-lagu itu, aku menghabiskan masa-masa dengan membaca blog rakan-rakanku yang ada yang dikemaskini dan aa yang tidak. Paling aku tertarik, ketika membaca blog madam Mala bertajuk "Aku adalah boneka". Dan, pada saat itu aku kembali berfikir siapa sebenarnya boneka...sekadar persoalan...

Isnin ini aku akan pulang ke rumah kerana ada beberapa urusan yang perlu aku selesaikan. Laporan aku akan siap pada hari Rabu (4 Jun nanti). Lagilah kepala aku pening memikirkan cara untuk menghantarnya.

Esok, Daoz, Yusri, Zamrie dan Azwan merancang untuk mandi-manda di Panching. Ya, aku harap esok adalah hari-hari indah aku bersama teman-teman lama (walaupun Fendy, Fais,Sue dan Shidi) tiada di sisi..

Dan aku harap masalah-masalah aku di sini dan segala persoalan yang timbul dapat dijawab sebelum aku pulang dan meneruskan kehidupan seperti biasa...


Dan, sekarang jam 7.30pm, Yusri dah pulang. Zamrie dan Daoz dah bangun. Kami semua nak menikmati mangga pemberian Khai..jadi, penulisan aku terhenti seketika...

Jumpa lagi...

Comments

Lily Cartina said…
nape ta ikot mama g sungai lembing..?
heheheh

neway..
kol 7.30 baru bgn
whoa
wicked..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...