Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, May 14, 2008

Sikap Manusia

Dalam artikel lepas..aku ada ceritakan sikap manusia yang berbeza terutama apabila sayang dan benci seseorang itu. Apa yang pasti disini, artikel aku di dalam blog ini bukan bertujuan menyindir mana-mana pihak.

Artikel ini ditulis adalah sekadar peringatan dan ditulis secara umum dari sudut pandangan aku sebagai penulis. Aku bukannya MALAIKAT atau ORANG SEMPURNA untuk menghakimi manusia.

Jadi, aku hanya bertindak sebagai penulis bebas memberikan pendapat aku sebagai hamba ALLAH yang hidup selama 23 tahun ini.
Dalam artikel kali ini, aku tak berniat untuk menyakiti hati mana-mana pihak termasuklah teman-teman rapat denganku. Hanya sekadar berkongsi dan pandangan.

Jadi, jika anda ingin berikan pandangan peribadi,
digalakkan anda membalas di ruangan komen di bawah ini.


TAK SUKA:

Adakah anda menghadapi situasi tak suka sesuatu perkara?

Contohnya, "saya tak suka minum Milo".

Bukan bermakna kita membenci air milo. Kita boleh terima lagi air milo dan boleh minum air tersebut jika keadaan memaksa. Malah, dalam minda kita , ia tetap baik dan boleh diterima oleh hati kita.

Itu jika aku sinonimkan dengan minuman. Cuba kalau aku sinonimkan dengan manusia.

Contohnya : " Aku tak sukalah dengan A nie. Sikap dia mengada-ngada."

Tetapi itu bukan bermaksud kita BENCI dan MELUAT dengan cara A. Mungkin cara dia mengada-ngada buatkan kita kurang selesa, tetapi kita masih boleh terima cara dia. Kita masih boleh bertegur sapa dengan A...menghormati A jika A itu adalah orang tua.

Dan yang pasti, kita boleh berikan senyuman manis pada A walaupun sikap A kadang-kadang menjengkelkan. Inilah secara kasarnya apabila kita dalam keadaan tak suka.

BENCI:

Apakah pula perkaitannya dengan BENCI? Benci..sebenarnya lebih teruk dari tak suka.

Contohnya: SAYA BENCI MAKAN IKAN


Bermakna kita, tekak kita memang tak boleh terima langsung dengan ikan. Malah, kalau dipaksa makan, tak mustahil kita akan muntah.

Tetapi, dalam situasi perhubungan manusia...keadaannya berbeza.

" SAYA BENCI DENGAN F...memang dia dah keterlaluan!! Meluat aku!"

Apabila frasa BENCI diucapkan bermakna hati kita memang sudah benar-benar sakit dengan sikap F. Kita memang tak boleh terima lagi F dalam hidup kita. Ironinya, bila si F datang pada kita, kita akan memasamkan muka. Melarikan diri...mengutuk dari belakang. Berubah perangai..dan paling teruk bila kita sendiri mengeluarkan kata-kata kesat.


DIBANDINGKAN:

Aku tertarik dengan satu artikel ditulis oleh seorang aktivis teater. Dia menceritakan tajuk "lain
pengarah,lain macam". Makna disebalik artikel itu ialah setiap pengarah lain perangai dan orientasinya. Hakikatnya, Allah telah mencipta manusia ini pelbagai ragam dan cara.

Contohnya Cikgu A tak boleh dibandingkan dengan Cikgu H. Cikgu A mungkin berhemat, lemah lembut, baik pada pelajar. Tetapi apabila Cikgu H ambil alih peranan cikgu A, mungkin lain pula cara Cikgu H mengajar. Mungkin cara Cikgu H lebih tegas, serius dan fokus. Tetapi niat kedua-dua cikgu ini adalah sama...untuk kebaikan anak murid iatu berjaya dalam pelajaran.

Sebab itulah, dalam dunia yang fana ini, jangan bandingkan A dan H. Jika tak suka cara H...berterus terang. Jangan bermasam muka dan mengeluarkan kata-kata kesat pada Cikgu H kerana seteruk mana pun cikgu H, dia tetap cikgu yang mendidik kita sehingga berjaya pada hari ini.

Inilah perkaitan situasi manusia sekarang. Mudah buat perbandingan..tetapi kita perlu kikis sikap ini dan cuba lebih bersikap terbuka dan tanamkan rasa kasih sayang pada orang. Insyallah...Allah akan memberikan ruang pada kita untuk berjaya kelak.

DEDUKSI:

Inilah manusia. Tidak semua perkara yang kita lakukan akan dihormati dan disukai. Malah, ada benda yang kita buat dibenci. Apa yang pasti, jika ada masalah dan keadaan yang kita tak suka pada orang itu, berterus teranglah dengan cara berhemat. Bagi aku, lebih baik kita menegur dan meluahkan apa yang kita tak puas hati dari kita berdiam diri dan memasamkan muka dan akhirnya KEBENCIAN menguasai diri kita.



Sebagai manusia, kita tak lari dari kesalahan. Sesiapa dalam dunia ini pasti akan merasa dosa. Pasti juga akan merasa perasaan sedih, benci, suka dan gembira. Dan apabila seseorang itu melakukan kesalahan atau sikap orang itu kita benci, tegurlah.

Ingat..menegur pun perlu ada hematnya. Bersesuaian lah dengan keadaan dan status kita. Contohnya, jika anak menegur ayah tentu keadaannya berbeza apabila boss menegur pekerjanya. Yang penting, cara menegur adalah bertujuan untuk membaiki kembali ukhwah yang telah terputus dan seterusnya meningkatkan kemahiran kendiri di kalangan kita.

Bagi aku, jika ada orang benci kat kita...cubalah kita baiki kembali apa yang kurang, dan maniskan lidah dengan meminta maaf. Berjumpalah dengan orang itu dan cuba berbincang secara baik. Dan jika insan itu masih benci pada kita..nak buat macam mana..terpaksalah kita cari orang lain yang suka, sayang dan cinta pada kita.

*Sekadar nasihat dan pandangan peribadi.

6 comments:

azwan bamadhaj said...

rasanya perlu ada sedikit penambahan.....


perlu jugak utk melihat bagaimana kita menerima teguran,


ada orang boleh untuk menerima teguran dalam apa cara sekalipun,

ada pulak yang tetap rasa dirinya betul walaupun sudah ditegur dan tetap rasanya dirinya tidak salah....

ada jugak berlaku begitu....

Cactito said...

sikap manusia.

benci
taK suka
jijik
jemu
suka
gembira
rindu

sebab itu kita kena perlu utk belajar.

mungkin kita rasa kita tahu akan perihal sesuatu.
tapi sebenarnya tidak,
kita kena belajar dengan lebih lagi.

mungkin kita rasa kits cukup kenal akan seseorang yang kita sayang ,
yang kita cinta.
tapi, sebenarnya kita belum pun mengetahui akan perangai dan karenahnya yang sebenar.
kita kena belajar dengan lebih lagi tentang seseorang.

tak salah belajar.
tak rugi pun.
tak luak pun masa.

sebab,
bila esok kita sedar yang kita sudah terlalu lewat untuk belajar.
airmata pun
tidak akan mampu untuk menebus
penyesalan kita..

FendyHekka said...

heh secara literal aku baca benci dengan "tidak suka" tu sama maksud la. jgn la ko pandai2 nak mengekspresikn ia dalam plbagai maksud. ala kadang2 orang ni suka beza2 kan bukan apa, sebab menggunakan perkataan yang kurang sesuai. takpun orang yg ske wat tanggapan gitu. bab2 tegur menegurnih berpada2 la. kadang2 usaha baik kita tu disalah tafsir. dan mungkin ada org tak suka dgn cara kita tu. aku dah baper kali terkena tapi alhamdulillah masing2 berterus-terang. anyway yg dinasihat tuh tepuk dada tanya selera. nk ikut, ikutla. xnk xper. mugkin apa kita ckp tu btol so pikir2 ler....

Daoz said...

tak suka dan benci.

kalau benci kita mesti xsuka org tu.

tp kalu kita xsuka, kita benci atau tidak org tu?

atau kita cuma nafikan perasaan kita yg sbenar?

dan mgapa kta dibenci?mgapa dia memilih utk tidak lg suka pd kita?

ah.benci!

imnotperfect said...

byknye pendapat..

bg aku, W.U.T.E.V.E.R.

ko nk suke aku ke, benci aku ke, ape2 ke, yg penting ko x kacau hidup aku..

hahaha, statement hati batu.

Raja Azrul said...

Thanks pada yang beri komen...

Azwan:-
-Betul, tapi persoalannya adakah kita menegur atau tidak? atau sekadar diam diri dan tak ambil peduli? Jadi, biasakan diri kita untuk terima teguran dan baiki kesilapan diri..

Tito:-
-betul tito..ambil masa untuk kenali diri orang tu dan jgn terus buat sebarang kesimpulan..wah!

Fendy:-
-Memang ler..benci=Tak suka tapi benci nie lebih truk dari tak suka. Ada orang cakap "TAK SUKA" tapi pada hakikatnya hati dia amat membenci..!

Daoz:-
-aik mcm ada masalah jer..sabar yer dik!!

Zamrie:-
-Itu adalah perkara sebaik2nya tapi ada masa kita kena gak musahabah diri..hehehe...