Azwan Dapat keja...

Assalamualaikum....

Ada lah beberapa desas desus mengatakan aku dah berhenti kerja. So far belum lagi kerana aku masih dalam training. Cuma kerja ini agak penat, iatu 12 jam sehari dan gaji pula taklah banyak mana. Entahlah..aku hanya tunggu masa untuk quit, itupun setelah masa dan keadaan sesuai.

Isnin lepas, aku berkesempatan membuka blog aku ini, dan pada masa yang sama aku membaca blog Azwan, member baik aku di UMP. Tak sangka, rupanya mamat arab ini telah dapat kerja di Taylor Kolej. Jawatannya pula ialah Executive Marketing.

Geram gak aku pasal aku tak dimaklumkan akan berita baik ini. Jadi, aku pun sms lah dia bertanyakan kebenaran yang sebenarnya. Dia pun mengaku.

Aku yang dalam mood geram nie (hehehe) pun menghantar sms to all kepada beberapa teman UMP aku termasuklah madam mala, mengatakan khabar ini. Hehehe..akhirnya satu malaya dah tahu bahawa Azwan dah dapat keja...hehehee!!!

Apa2pun aku nak ucapkan tahniah ler buat dia kerana dapat kerja bukan dalam line engineering, Mana tahu rezeki dia akan menyerlah pula selepas ini.

Buat teman2 yang masih tanam anggur, sabar2 ler..ada rezeki, adalah nanti. Mana tahu, rezeki yang anda dapat itu selautan luasnya!! Jadi, sabar lah yer...!!

Buat yang masih belajar..belajar ler rajin2...semester nak bukak dah nie...!!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...