Dapat offer

Salam...

Dalam kesibukan aku kerja (macam nak mampus), aku kini mencari peluang untuk beralih arah. Bukan kerana aku jenis memilih kerja, cuma nak cari peluang dan nafas baru di tempat lain pula.

Masa terluang, aku gunakan untuk menulis blog dan menyiapkan beberapa kerja tergendala.
Ramai juga bertanya, apa kerja aku sebenarnya. Aku bagi hint sikit, kerja aku lebih berkait rapat dengan public..dan aku belajar banyak perkara dalam management dan business.

Tetapi, kerja ini agak memenatkan. Tempoh 12 jam, 8.00 pagi sampai 8 malam. Malah, ini belum termasuk kalau aku terpaksa kerja bahagian warehouse atau ada apa2 internal meeting. Jadi..masa umtuk berehat aku akan gunakan sebaiknya sehingga tiada masa untuk menjengah junior aku berdebat di UITM.

Sepanjang aku kerja aku ditawarkan beberapa offer. Antaranya kerja berkaitan pengiklanan, motivasi, direct selling, loan adviser dan loan officer. Paling best, aku juga dioffer oleh satu syarikat dari PJ sebagai Customer Service Engineer. Buat masa ini, aku terpaksa fikir semasak-masaknya, dan jika boleh biarlah dalam bidang atau laluan yang aku minat.

Jadi, aku akan terus berfikir dan suatu keputusan akan aku lakukan bagi meneruskan kehidupan...hehehe...

Comments

azwan bamadhaj said…
customer service engineer...

best tu.....

lumayan lumayan..
Anonymous said…
aku pun keja 12 hrs gak, tp byk off..kira dlm seminggu tu aku keja half of the week je..( n nasib baik keje aku ni aku ske, so taklah terasa sgt 12 jam) btw, klu keje 12 jam per day, supposedly ade byk off day kan? ko x mcm tu ke?

btw, all the best in future undertaking!!
Raja Azrul said…
azwan:-
-best lah sangat..hehehe

mel:-
-ko dapat keja apa yerk? apa2 pun good luck dan selamat bekerja!!
Anonymous said…
zrul, aku keje engineer..tp keje aku tak byk psl circuit2 ni walaupun aku keje company elektronik. aku kene letak kat dept yg de kaitan ngn kimia2 sket..tu psl aku sronok..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...