Kerja Gila

Assalamualaikum...

Agak lama aku tidak mengemaskini blog kesayangan aku ini. Jika dahulu, selang 2 hari pasti blog ini akan dikemaskini, tetapi kali ini tidak. Mungkin disebabkan aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan akhirnya blog ini agak lambat untuk dikemaskini.

Baiklah, apa yang aku buat sekarang ini? Setelah aku pulang dari Kuantan (UMP) pada 2 Jun lepas, aku terus ke KL, menghadiri temuduga yang cukup kritikal bagi aku. Terdapat 2 temuduga, pertama di Bangsar, kedua di Bukit Bintang. Yang pasti jawatan yang aku pohon bukanlah engineer...

Alhamdulillah, aku lulus temuduga di Bangsar. Aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat iklan, dimana syarikat ini merupakan salah sebuah syarikat iklan terkemuka di Singapura. Aku dikehendaki menghadiri orientasi pada hari Rabu (5 Jun) dan seterusnya di tawarkan bekerja di sini pada hari Jumaat (7 Jun).

Perjalanan yang begitu pantas, membuatkan aku terumbang-ambing pada minggu tersebut. Banyak perkara terpaksa diuruskan termasuklah menghantar laporan pratikal kepada SV tersayang. Alhamdulillah semua dapat diselesaikan dengan baik.

Aku mula kerja pada 7 Jun 2008. Tarikh keramat inilah menandakan aku kini sudah menempuh alam pekerjaan. Pasti..alam pekerjaan memang sukar, banyak sangat cabaran getir terpaksa aku tempuh. Dan aku cuba menyesuaikan keadaan ini agar aku dapat menerima dan melakukan segalanya dengan baik.

Tetapi aku tewas, pastinya..pekerjaan ini sangat mencabar, malah banyak faktor juga perlu aku ambil kira supaya pekerjaan ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi.

Dan..kerja gila yang aku lakukan selama seminggu sebenarnya telah mengajar aku menjadi matang, bermotivasi dan fokus pada diri sendiri. Aku sebenarnya berterima kasih pada "seseorang" ini yang telah banyak memberikan dorongan supaya aku tidak jatuh,

"Be Strong Raja, movin 4forward man!!" Itulah kata-kata dorongan dari dia...

Kini, aku kembali seperti biasa....

Bukan kerana aku takutkan cabaran, cuma aku perlukan sedikit penambahbaikian agar apa yang silap dapat dibetulkan...

Comments

azwan bamadhaj said…
teringin nak jumpa orang yang cakap..

"Be Strong Raja, movin 4forward man!!"

huhuuh
Raja Azrul said…
azwan:-
-hehehehe...tunggu jerlah..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...