Tatkala 1 Jun 2008

1 Jun 2008, sedar tak sedar, bulan Mei dah berlalu begitu pantas, dan kita sudah menjengah pertengahan tahun.

1 Jun aku disambut dengan satu aktiviti yang dirancang bersama dengan teman-teman ku di UMP. Kebetulan aku, Azwan dan Zamrie masih ada di UMP, jadi kami semua sepakat pada 1 Jun untuk menghabiskan masa di Kuantan sebelum Zamrie pulang ke Sabah pada 9 Jun ini.

Sebelum memulakan perjalanan, Azwan selaku ketua (ces..) telah mengatur dan membuat pembahagian tugas. Backup plan juga turut diselitkan andai kata program yang sebenar itu tak jadi. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Perjalanan ke Panching:

Air terjun Sg. Pandan atau nama popularnya ialah Air terjun Panching terletak di pinggir bandar Kuantan. Aku ingat air terjun ini sehebat air terjun Bekelah atau Air terjun Chamang, tetapi sangkaan aku meleset sama sekali. Kedalaman air hanyalah separas pinggang, dan terlalu ramai keluarga yang bercuti dan berkelah di sana.

Tak banyak aktiviti yang kami buat. Semasa mandi, Zamrie telah terkena sindrom loya dan muntah (mungkin makan banyak sangat), jadi keceriaan kami agak kureng sikit. Apa yang tak best pasal panching ini ialah kita kena bayar RM1 sekepala, kononya untuk pengurusan. Tetapi bagi aku, biasa saja..takdelah hebat mana pun.

Tetapi..enjoy tetap enjoy.

East Cost Mall:


Jam 2 pm, masa bertolak ke Kuantan. Aku sebenarnya teruja nak pergi ke East Cost Mall atau nama glamor bagi orang Kuantan ialah ECM. ECM ini dikatakan mall terbesar di pantai timur, ia terletak berhampiran terminal makmur. Tak jauh juga dari Megamall. So far, ECM ini bagi aku biasa sahaja cuma keadaan dalaman ia sangat 1st class.

Bagi taraf Kuantan, kewujudan ECM ini boleh dikatakan bersesuaian untuk menaik taraf Kuantan. Kami semua makan di Restoran Rasamas di mana paa awalnya agak pening bagi semua untuk membuat keputusan tempat makan yang sesuai.

Setelah makan, kami bersiar-siar di kawasan ECM. Disebabkan masih baru, jadi ECM pada masa kini lebih fokus pada shopping semata-mata. Masih belum wujud pusat boling, karaoke ataupun panggung wayang.

Boling dan Wayang:


Setelah makan, kami bertolak ke mega. Azwan cakap jarak dia mengambil masa lebih kurang 2 minit sahaja. Jadi, aku tak nafikan jarak itu kerana ia memang dekat. Kami ke mega kerana plan kami untuk bermain boling dan karaoke. Tetapi sayang, boling hanya ada pada jam 6pm kerana pada masa tersebut terdapat perlawanan boling di situ.

Jadi, plan terpaksa diubah. Aktiviti bebas sehingga jam 6pm. Jadi, aku, najib, Azwan, Zamrie dan Alan membuat keputusan menonton wayang, filem Apa kata hati. Manakala yang lain: K, Daoz, Yusri, dan Maoh melalak lah di karaoke jamban.

Filem Apa Kata Hati bagi aku, oklah. Tidaklah teruja sangat cuma boleh layan. Tiada sebarang subjek jelas dalam filem ini, dan filem ini hebat pun sebab banyak sangat "Cameo".

Setelah menonton, masa main boling. Kami main 2 round. Memang pening dan penat, tapi seronok. Azwan pula mencanang-canang naik jatuhan pinnya. Aku sekadar pemanas acara. Zamrie dan yang lain2, memang hebat. Takpelah, yang penting kami semua seronok!!


Makan malam di Sinar Mesra:

Pengakhirannya perjalanan kami ialah makan malam di Sinar Mesra. Aku seperti biasa, order nasi goreng isi ketam dan burung puyuh. Setelah makan dan bergembira, kami pulang ke UMP pada jam 11 pm. Ingat nak teruskan dengan main UNO, tetapi semua sudah terbaring kepenatan, jadi program tersebut dibatalkan sahaja.

Hari Isnin esoknya aku terpaksa pulang. Jadi, bilalah lagi aku dapat bersama-sama dengan kawan-kawan aku lagi..Insyallah, banyak lagi masa, dan aku takkan lupa saat-saat indah bersama mereka..hahaha...

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...