debat dan berdebik!

Salam bahagia semua…

Lama juga aku tak menjengah blog aku ini. Maklumlah, agak sukar nak mendapatkan perkhidmatan internet. Bukannya macam dahulu(semasa aku belajar), aku boleh melayari internet dengan menggunakan komputer Azwan ataupun Fendy. Jadi, penulisan aku dalam blog agak terhad. Buat semua pembaca, aku ucapkan terima kasih kerana sudi menjengah blog aku yang tak seberapa ini.

Baiklah, semasa aku menaip entri kali ini, di UMP pastinya sudah menerima kehadiran pelajar baru. Al maklumlah MINDS sudah bermula seawal bulan Julai lepas. Aku ucapkan selamat datang pada semua junior ke UMP. Dan, semoga anda semua ber’gembira’ berada di sana. Kenangan di UMP memanglah banyak. Pasti aku tak boleh lupa. Walaupun Azwan pernah berkata “Jangan nak ungkit sejarah”, tetapi bagi aku kenangan dan sejarah dalam hidup, bukanlah perkara yang mudah untuk kita lupakan. Kita bukanlah ingin mengungkit sejarah, tetapi sekadar berkongsi agar semua pihak dapat belajar atas kesilapan orang lain.

Dan untuk entri ini, aku lebih fokuskan buat adik-adik yang menyertai Kelab Orator (atau dengan kata lain menyertai debat). Aku ucapkan tahniah, dan selamat belajar dalam debat. Selaku bekas pendebat, aku bangga kerana ramai yang sudah mewarisi debat di UMP, dan tak mustahil prestasi debat akan meningkat suatu hari nanti. Aku teringat zaman aku berdebat dahulu, gian nak berdebat memang ada. Tetapi nak buat macam mana..aku harus terima hakikat bahawa aku bukan lagi pelajar atau pendebat lagi. Buat masa ini, adik-adik sedang sibuk berlatih untuk pemilihan ke UMS.

(aku dan Suhazrie ketika Business plan, Times Square Hotel)

Bercakap pasal debat alam sekitar, aku menyertainya sejak tahun 2006 di USM. Bermula pada saat itulah, aku mula rapat dengan madam Mala dan Madam Chiam. Banyak perkara berlaku sepanjang perjalanan. Buat madam mala, pasti teringat saat kita naik feri dan menjelajah satu pulau bukan? Hehehe…

Dan kali ini debat alam sekitar (DAS) akan diadakan di Sabah. Bila sebut Sabah, pasti ramailah pendebat,bekas pendebat, pendebat ‘hantu’ yang datang pada sesi pemilihan. Iyalah, mesti ada wajah pendebat yang tak pernah datang latihan tiba-tiba memunculkan diri. Ini sebenarnya perkara biasa dalam debat.Ada sesetengah ahli agak kurang memberikan komitmen dan hanya akan datang latihan pada waktu ‘bonus’ sebegini sahaja. Aku pernah melihat situasi ini sewaktu pemilihan semasa debat diraja di UNIMAS. Perkara yang sama juga turut berlaku. Nasihat aku, untuk DAS ini, pilihlah pasukan yang benar-benar layak. Jika boleh pilihlah peserta yang terbaik dan boleh berikan kerjasama terutama pada waktu latihan.

Bukan bermakna aku menidakkan kebolehan junior, tetapi bagi aku DAS sememangnya debat berprestij dan terulung di Malaysia.Kebanyakan IPTA lain menurunkan pendebat senior mereka untuk berjuang semasa debat ini. Bagi junior, anda masih banyak masa dan ruang untuk pelajari. Masih banyak debat menanti,jadi kenalah bawa bersabar.

Buat adik-adik pendebat, abang harap berilah komitmen anda semua kepada debat. Bukanlah abang bermaksud 24 jam anda kena habiskan masa dengan debat. Tetapi berilah ruang sedikit untuk debat. Bagi komitmen semasa latihan, belajar dari kesilapan dan paling penting banyakkan membaca dan membuat rujukan. Insyallah, kalian semua akan berjaya kelak.

Baiklah, letih dah jari aku menaip. Masa untuk menyambung kembali ‘kerja’ tertunggak. Ada masa kita bertemu kembali.

sekian, terima kasih

Comments

Pjoyz Zul said…
Apa yang berdebik tuh????

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...