Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, July 08, 2008

Salah faham dan tanggapan...!

Assalamualaikum....

Aku terfikir sejenak, beberapa perkara umum yang dibincangkan dalam blog rakan-rakan ku yang lain. Banyak menyentuh mengenai "tanggapan", "kenal mengenali" dan "salah faham". Bagi aku, manusia yang diciptakan tuhan ini punyai kelebihan dan kekurangan. Setiap manusia pastinya tidak sempurna, dan kita tidak ditakdirkan memuaskan hati semua pihak.

Adatlah, dalam kita bersahabat, berkawan, aku tak nafikan, kadang-kadang wujud salah faham hingga menyebabkan kita berjauhan, keji mengeji malah ada yang sanggup berbunuhan. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di dunia ini disebabkan kita salah faham dan tidak cuba untuk memahami diri orang lain.

Untuk melihat persepsi ini, kita sebenarnya perlu mengenali terlebih dahulu kawan-kawan kita. Kena tahu asal usul, sikap mereka, dan tabiat mereka. Benar, isi hati mereka kita tak akan tahu 100%. Aku tak nafikan, tetapi adalah lebih baik kita cuba mengenali dengan mendalam. Contohnya, sebiji kuih kita tak akan tahu sedap atau tidak jika kita tidak menikmatinya. Begitulah dalam perhubungan.

Segala masalah dan isi hati sebenarnya perlu dijelaskan dengan baik agar tidak wujud salah faham. Bukan semua perkara perlu dihebohkan, tetapi kita perlukan kawan @ teman bagi berkongsi masalah. Kawan yang baik adalah pendengar yang setia. Malah, kawan yang baik adalah cermin bagi diri kita. Dia boleh menyelami dan memahami isi hati ketika kita berada dalam keadaan susah.

Dalam hidup ini, manusia sebenarnya tak lari dari melabel seseorang. Kita perlu mendengar, mengambil pandangan orang lain berdasarkan pengamatan mereka.Bukan semua orang akan terus menghukum. KIta perlu lihat dan kaji dahulu tindak tanduk kita agar tidak salah anggap oleh orang lain. Janganlah terus menyalahkan orang lain dengan mengatakan orang lain tak nak memahami diri kita sedangkan kita sendiri tidak mahu memberi ruang kepada mereka untuk memahami kita.

Aku sebenarnya lebih mengambil sikap buat dan terus buat...selagi aku tahu perkara yang aku lakukan itu benar, dan betul, aku akan teruskan. Jika ada pihak terasa dengan sebarang tindakan aku, selesaikan dengan cara berhemat dan matang. Tak usahlah kita menjadi anak kecil sedangkan fizikal kita sudah meningkat dewasa.

Untuk rakan-rakan aku, nasihat aku, terimalah teman kita seadanya. Ingat, kita tak boleh hidup keseorangan di dunia ini. Kita perlukan teman. Tak mungkin kita boleh berdikari sendiri...

Namun, sebagai rakan, ingatlah peranan anda dan hak anda! Kita boleh belajar sejarah, dan kita juga boleh ulang sejarah dan kita mesti menjadi lebih hebat dari sejarah silam.....


nukilan:Raja Azrul Asyadi yang propa

4 comments:

nsamsudin said...

salah sangka dan salah tafsiran menjadikan kita mangsa keadaan....huhuhu

nyda said...

yaaaa..
jadi hebat dari sejarah silam
huhuhuhuhu~

Puteri Cahaya said...

salam raja...
lama x singgah

"kawal & mengawal perasaan"

(",)

Raja Azrul said...

madam:-
-mangsa keadaan? hehehe..betul tue

nida:-
-hebat? insyallah...

puteri:-
-lama tak dengar cerita? heheehe...