sekadar coretan

Bertemu kembali…

Ramai juga yang bertanya kepada aku sekarang ini..”Raja, ko tak kerja lagi ke?” Hehehe..soalan cepumas. Sebenarnya aku memang tak minta mana-mana syarikat atau kerja tetap buat masa ini. Ini kerana aku sibuk menguruskan beberapa perkara penting berkaitan dengan keluarga aku. Insyallah,selepas selesai beberapa perkara, barulah aku akan mohon kerja tetap denganbersungguh2.

Aku sebenarnya berbangga kerana beberapa kawan aku sudah dapat kerja. Ada juga yang bertanya pada aku, taknak jadi jurutera ke? Sedangkan aku sudah mempunyai ijazah yang melayakkan aku bergelar jurutera. Entahlah, aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Aku perlu mencari kerjaya yang benar-benar aku minat dan aku boleh “all out”. Betul, kata orang “jangan memilih kerja”, yang penting kena kerja dulu. Tapi, aku takut seperti jadi sebelum ini. Bukan aku tak mahu kerja sebagai jurutera tetapi kerja ini terlalu besar tanggungjawabnya. Malah, aku memang tak minat dah dengan jurutera dan aku tak boleh terima ia buat masa ini. Jadi, biarlah aku terus dengan apa yang aku buat sekarang ini (erk..apa yang aku buat yer?)

Aku tidak nafikan, bekerja memang banyak dugaannya. Sebelum ini, aku pernah bekerja sambilan sebagai pekerja 7-eleven di Karak. Aku juga pernah lah jadi pembantu kantin di sekolah belakang rumah aku. Dan, pada Jun lepas, aku telah bekerja selama sebulan sebagai trainer development dalam sebuah syarikat iklan. Pengalaman kerja ini memang banyak. Ada pahit, ada juga manisnya. Tak dinafikan, kita akan penat, tetapi penat kita akan berbaloi dengan duit yang kita terima.

Kerja aku di Bangsar:

Aku nak ceritakan pengalaman aku bekerja sebagai trainer di sebuah syarikat pengiklanan di Bangsar. Sebenarnya kerja yang aku mohon adalah sebagai “Event Executive”. Jawatan ini seperti Program Koordinator, yang bertanggungjawab dalam mengatur acara sesebuah majlis. Tidak disangka, dalam tempoh tak sampai 2 hari, aku sudah diterima bekerja.

Hari pertama aku bekerja ialah pada 6 Jun 2008. Aku telah dibawa melawat seluruh pejabat yang tak seberapa besar ini. Syarikat ini merupakan anak syarikat pengiklanan terkemuka di Singapura. Aku diberitahu bahawa aku perlu menjalani latihan selama 3 bulan. Latihan dia ialah membuat “Public Awareness” iatu promosi sejenis minyak wangi yang baru datang dari Perancis. Dan aku kena jalankan promosi ini di seluruh lembah kelang (kena out station ler..)

Bagi aku, membuat public awareness merupakan pengalaman yang menyeronokkan walaupun sukar. Bayangkan, aku terpaksa berjumpa dengan semua orang (ala-ala salesman), memberikan mereka bau dan menjual minyak wangi tersebut. Memang sakit juga. Aku terpaksa masuk kedai-kedai dan berjumpa dengan pelbagai orang. Hari pertama aku telah membuat public awareness di Giant Shah Alam. Selama sebulan aku bekerja, hampir seluruh lembah Klang aku jelajah.Walaupun kerja aku ini nampak seperti “makan angin” tetapi kerjanya amat memenatkan.

Pada minggu kedua aku bekerja, aku sudah mula rasakan yang aku tak nampak masa depan yang cerah dalam syarikat ini. Aku melihat bahawa syarikat ini menilai pekerja hanya berdasarkan keuntungan dari jualan produk. Malah, aku merasakan diri aku seperti Salesman dan terpaksa berlutut dengan pelbagai karenah manusia. Jadi, jalan terbaik untuk aku ambil ialah berhenti sebelum terlambat.

Ramai juga kekawan yang cakap jangan berhenti dan “keep going”. Tetapi bagi aku syarikat ini lemah dari segi pengurusan, malah gaji yang aku terima tidak berbaloi dengan kerja yang aku lakukan. Bayangkan, aku terpaksa bekerja 12 jam sehari (8am-8pm) dan sampai ke rumah jam 10pm.Kerja pula 6 hari seminggu termasuk cuti umum. Aku terpaksa bangun seawal jam 6am. Itu belum lagi kalau aku kena kerja jaga warehouse di mana kerja ini aku akan pulang dalam jam 10pm. Lebih teruk aku tetap kena kerja masa orang solat Jumaat…hish kejam betul?

Inilah situasi yang aku hadapi dulu. Tak ramai yang faham kerana ia sukar untuk diluahkan sama ada melalui penulisan ataupun kata-kata. Setelah berbincang dengan mama, mama menggalakkan aku berhenti dan mencari kerja lain (yang lebih mulia-katanya), dan aku berhenti kerja pada 28 Jun 2008. Bagi aku inilah keputusan aku, dan aku nekad untuk lakukannya. Biarlah apa orang nak kata, bahawa aku tak pandai bersyukur dan sebagainya, tetapi bagi aku aku lakukan adalah untuk kebaikan aku sekarang dan masa hadapan.

Lagipun, aku masih banyak tanggungjawab yang perlu aku selesaikan sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan.Aku tak nafikan banyak kenangan manis semasa aku bekerja di Bangsar. Aku suka dengan environment di sana dimana suasana kerja yang sempoi dan tidak skema. Cuma aku tak berapa selesa dengan kerja “menjual” itu. Dan menjadikan aku sakit hati, apabila manager aku lebih banyak menilai pekerja beradasarkan “sales” sedangkan ia lari dengan objektif public awareness/test market itu sendiri. Jadi, inilah keputusan yang aku telah buat.

Banyak perkara yang aku pelajari semasa di Bangsar. Ia tak mungkin aku lupakan dan aku tahu betapa susahnya untuk menegur orang di luar sana. Contohnya orang yang sedang makan, orang sedang termenung mahupun abang-abang mekanik yang sibuk membaiki kereta. Kalau anda, sanggupkah anda menegur mereka? Aku yakin 90% yang membaca blog aku ini pasti akan katakan tidak. Tetapi itulah kerja aku dahulu. Formula yang aku lakukan ialah senyum dan anggap mereka adalah rakan kita. Aku berjaya memecahkan ais dalam diri aku dan hasilnya aku dapat banyak kenalan dari seluruh lembah kelang. Ada juga memuji sikap aku, ada juga yang kasihan, malah ada juga yang menghalau begitu sahaja.Aku rasakan kerja ini mendekatkan aku dengan masyarakat. Aku jumpa macam-macam karehah manusia. Ada yang ada duit, ada yang jenis berlagak, sombong, tak kurang juga yang kelakar. Ini belum dicampur muda-mudi yang terkinja-kinja dan juga mat bangla. Malah pelancong asing juga aku pernah tegur. Paling sakit sekali ketika aku buat sales kat Taylor Kolej (tempat Azwan bekerja) yang mana pelajar-pelajar perasan bagus dan hebat sangat. Hish..!!

Bila aku lakukan kerja ini, baru aku sedar betapa pahitnya bila diri kita di’reject’ atau ditolak. Kesannya memang terasa hingga ke akar umbi. Tetapi, aku belajar untuk fikir yang positif, dan lakukan yang terbaik untuk masa akan datang. Inilah aku pelajari semasa belajar di sana.Aku yakin kalau anda semua berada di tempat aku, aku yakin jangan kata sebulan, seminggu pun belum tentu anda akan bekerja di sana. Hehehe…

Kini, aku berada di rumah bonda ku, menyelesaikan beberapa perkara penting sebelum enjin dalam badanku beroperasi semula. Aku telah merancang beberapa perkara untuk masa akan datang, dan aku perlu fokus untuk memastikan segala misi dan pelan aku berjalan dengan baik.

Apa yang aku fikirkan sekarang ini ialah aku ingin berehat sepuas-puasnya sebelum menempuh alam pekerjaan kerana selepas ini aku tak tahu bila pula aku akan bercuti seperti sekarang ini.

Sekadar pandangan peribadi...Terima kasih

Comments

Nyda Zamani said…
persoalanku terjawab akhirnya
hehe
ape2 pun tahniah abg raja
sbb berjaya lalui semua itu
kalau nida la kat tempat abg raja
sehari pun blom tentu dapat bertahan
huhuhu
mmg tabek spring arr kat abg raja
toing3
hehehe
papepun
all the best for ur future undertaking
=)

p/s: dh dapat keje tetap nnt jgn lupe blanje adik yg sorg neh yer..hehe~
Wanpetunjuk said…
Salam Raja...kali ni aku nak koen panjang2 terus sbb dah lama aku tak hit comment box kau....firstly aku doakan yang terbaik utk ko...semoga mendapat pekerjaan yang baik dan bagus....ingat, jgn terlalu memilih buat masa nih, amik dulu pengalaman then bila dah ada pengalaman baru lah fikir tentang kerjaya yang benar2 sealiran dengan minat dan kemahiran kita.....

keduanya plak....aku mmg tak tahu apa2 tentang crita SEPI....yo lah dah lama dok kat laut....dah 2 bulan bro....crita baru ke??? (*hampehhhh punya soklan)...

yang ketiga...klu ko ada masa, jgn lupa intai adik2 kita untuk debat alam sekitar....semoga dorang semu berjaya...seberjaya kita dahulu....ahaks....

keempat, kim salam pada semua dan selamat berhujung minggu....jaga diri bebaik...
FendyHekka said…
Raja aku rs sncgn kita kurg berjaya la. aku dh pk2 mcm x sempt. apa2 pn I try my best.
Raja Azrul said…
nida:-
-thanks nida...komen nida memang berguna

dayat:-
-panjangnya tulis..apa2 pun doakan aku murah rezeki, aku harap ko jaga diri elok2 di sana...

fendy:-
-rancangan apa lak nie? boink kejap!!
Anonymous said…
hai..abg raja lama xtnya khbq..chat??lama xjenguk blog abg jgk..hehe sblm komen nk gtau ak dh wat blog baru jasonlaw87.blogspot.com...
hmm,sya amat phm prsn abg skg..sb bg sya pn lps abis bljq 4taun nie..sya jgk mgkn xakan jd jurutera..sb mnat sya bkn dlm bhgian ini..sya akn truskan usha sya dlm bidng yg sya minat..sbnqnya 2 yg paling penting..kalo kte xsuka keja gaji mahal pn xkan hapi..btol kn??
so sya doakan abg akn dpt pe yg abg harapkan..huhu
nsamsudin said…
tak reti2 nak update ke...

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...