Sepi

Dah menonton filem Sepi? Jika ada geleng kepala, secara jujurnya saya sarankan untuk anda tonton filem ini. Bagi mereka yang sedang dilamun cinta atau dalam kesepian, anda memang sangat layak menonton filem ini. Bagi mereka yang tak suka tonton filem melayu, agak malang kerana pemikiran anda yang cukup skeptikal dan prejudis terhadap SEPI. Namun, semuanya bergantung kepada anda. Tepuk dada Tanya selera.

Saya menonton sepi bersama dua teman di GSC Times Square, Imbi. Ternyata, RM11.00 tidak dibazirkan begitu sahaja, dan saya boleh katakan ini antara filem melayu terhebat tahun ini. Dibarisi dengan pelakon yang mantap, Sepi sememangnya lengkap dengan segala-galanya. Tidak mustahil, Sepi mampu mengulangi kemenangan filem Cinta semasa festival filem Malaysia tahun lepas. Filem Sepi arahan Khabir Bhatia dan skrip ditulis oleh isterinya, adalah gandingan kedua mereka selepas Filem Cinta pada tahun 2006.

Berlainan dengan Cinta, Sepi memfokuskan 3 watak utama. Adam, Sufi dan Imaan. Ketiga-tiga cerita mereka kuat dengan elemen Sepi dan berkaitan antara satu sama lain. Jika dalam Cinta, watak lebih terarah kepada cinta 5 pasangan, berbeza dalam Sepi, setiap watak mempunyai cerita tersendiri. Ini dikuatkan lagi dengan lakonan mantap semua pelakon hatta watak kecil sekali pun.

Jalan Cerita:

Saya tidak mahu memberikan sinopsis, tetapi apa yang boleh saya katakan tema Sepi sebenarnya berjaya diangkat dalam ketiga-tiga watak. Sebagaimana dalam Cinta, Sepi mempertembungkan ketiga-tiga watak secara tidak sengaja pada pertengahan cerita. Permulaan cerita sudah cukup kuat dan membuatkan penonton tertanya-tanya sehingga ke klimaks. Pengakhiran filem ini cukup kuat dan mampu mengundang air mata penonton. Berbanding Cinta, Sepi lebih kemas dari jalur cerita. Tidak perlu meleret-leret, pengarah hanya memberikan fokus kepada jalan cerita dan lakon layar sahaja. Penonton akan lebih faham dan berteka-teki untuk mengetahui pengakhiran cerita ini.

Pengarahan:

Khabir sebenarnya memang hebat dan jaguh dari kaedah sinematografinyaTidak hairanlah filem ini memang nampak seakan-akan filem Cinta. Kehebatan Khabir juga terletak kepada kaedah beliau mengarah dari pelbagai sudut bagi memujudkan elemen emosi yang dibawa oleh pelakon. Walaupun Khabir berasal dari India, tetapi saya tak nafikan pengarahan Khabir sebenarnya mampu memberikan tamparan hebat kepada pengarah-pengarah di Malaysia ini.

Teknikal:

Saya sebenarnya suka dengan susunan muzik dalam file mini. Sama seperti Cinta, Khabir nampaknya selesa menggunakan perkhidmatan komposer Pacai dalam filem ini. Tidak dinafikan elemen muzik mampu mewujudkan perasaan sedih, gembira, suka dan duka. Saya amat menggemari lagu “Sepi” dan lagu dari kumpulan The Lima(Kau ada dia). Apa yang pasti, lagu-lagu dalam filem Sepi memang menyentuh hati penonton.

Lakonan:

Filem Sepi gah sebab nama-nama besar dalam bidang lakonan. Khabir tidak mengambil pelakon segera (macam sesetengah filem) untuk melariskan Sepi. Tetapi cukup dengan mengambil pelakon yang benar-benar berbakat dan mempunyai nama kuat dalam industri filem tanahair. Lakonan wajar dipuji ialah Afdlin, Vanida, Nasha Aziz, dan Baizura Kahar. Afdlin dan Vanida nampaknya berjaya menghayati watak dengan baik dan tak mustahil bakal menggondol pelakon terbaik dalam festival filem akan datang. Lakonan Nasha sebagai Suzie memang hebat. Sebagai watak gadis yang tergila-gilakan Adam, Nasha memainkan peranannya dengan baik. Tahniah!! Lakonan Tony sebagai Sufi juga baik, dan memperlihatkan bakat beliau dalam dunia lakonan. Lakonan Eja dan Riezman bagi saya hanya biasa sahaja. Tidak begitu kuat tetapi tidaklah sampai mencacatkan filem Sepi.

Saya tertarik kepada bakat baru, Baizura Kahar sebagai Imaan. Pada awal, saya agak kurang senang dengan lakonan beliau, tetapi pada akhir cerita beliau berjaya mengeluarkan ‘aura’ beliau dalam lakonan. Lakonan Syed Hussein pada pengamatan saya adalah biasa, jika diasah tidak mustahil dia boleh pergi jauh. Malah, lakonan Syed Hussein mengingatkan saya kepada Azril Nizam, junior teater saya. Rupa dan cara lakonan memang saling tak tumpah. Watak Pierre Andre sebagai Khalil bagi saya adalah biasa, sama seperti beliau berlakon dalam Filem Cinta dan 9 September. Masih kuat kedengaran lidah pendek ‘S’ beliau itu, tetapi tidaklah mencacatkan keseluruhan filem itu.

Kesimpulan:

Filem Sepi wajar ditonton oleh semua. Jika anda menonton filem Sepi, pastikan anda benar-benar menghayati dan memahami pengisian sepi yang ingin dibawa.Selamat menonton!

Comments

Pegawai Khalwat said…
hang bayaq RM11?

Aku bayaq RM7 saja.
ha ha ha.....

Untungnya dok kat Tanjung.
Anonymous said…
Kira aku la yg paling untung..Aku bayar RM5 je..Hehehe..

Pengalaman menonton Sepi:
Aku pegi sorg2(x sbr nk tunggu klua bsama rakan2 sb x sbr nk tgk Sepi)

Iramahati: Tiket Sepi...
Akak Kaunter : Nah..(sambil menghulurkan 2 keping)
Iramahati: Err..nape bagi 2? (Sah2 aku sorg2 je kat kaunter tu)
Akak Kaunter: Ooo..tgk sorg2 rupenye.. (Dia ckp perlahan je, tp aku terdgr)

Sabar je la aku ngn akak kaunter tu..Taula aku tgk citer Sepi..Huhu..
Nyda Zamani said…
ahakss
klaka plak insiden tu kak mel..hihi
kirenye i ni antara kak mel ngn pegawai khalwat la
i bayar 6 hengget je tengok sepi
hehe~
Raja Azrul said…
pegawai:-
-yer lah...aku tgk kat KL, memang ler mahal..

mel:-
-konfirm tgk kat srwk lagi murah..!!

nida:-
-aik macam perang harga lah pulak!
Nyda Zamani said…
bukan perang la abg raja
i jadi penenang la tu
dok tengah2 je
x mahal..x murah
hehe~

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...