Teman ku bertandang...

Salam semua….

Hujung minggu lepas, Hari Sabtu 5 Julai 2008 aku telah berjumpa dengan Suhazri dan Fendy di Kuala Lumpur. Sebenarnya pertemuan ini turut melibatkan Azwan dan Shidi. Tetapi Azwan terpaksa membatalkan pertemuan kerana mak sedaranya masuk wad manakala Shidi pula ada kenduri sepupunya.

Aku bertemu mereka di KLCC, Aquaria. Selepas itu, aku mengikut taklimat mengenai business plan oleh Suhazrie (tetapi tak boleh aku nak ulas dalam blog), dan kami semua berjalan-jalan sekitar KLCC. Selain KLCC, kami turut berjalan sekitar Times Square. Malam itu kami bermalam di Hotel KL International, Chow Kit.

Dalam kesibukan itu, kami sempat jugak berjumpa denganAzwan walaupun hanya 15 minit. Dan, perkhabaran yang aku terima Aunty Azwan kini sudah keluar wad dan berada di rumah.

Hari Ahad, aku berjumpa dengan Mariam, kawan baik aku masa kecil lagi. Kami berempat (Su, Ma,A=aKu dan Fendy) tengok wayang di Times Square. Aku, Fendy dan Ma tengok filem Sepi. Suhazrie lak nak tengok filem Wanted, alas an dia sebab dia tak suka nak tengok filem melayu. Lantak dia ler..hehehe..

Selepas wayang, kami pergi makan di Old Town Café. Seperti biasa, aku mengorder mee kari yang mana ia adalah kegemaran aku kalau makan di kopitiam ini. Selepas makan, kami ke Low Yat. Fendy cakap dia nak survey mother board. Huh, jam 4pm, aku dan Ma bertolak pulang ke Pandan Indah kerana kami berdua akan ke karak dengan menaiki kereta adik dia.

Bas Fendy ke Melaka jam 8 pm manakala bas Su pulak jam 10 pm. Walaupun tanpa beberapa lagi teman aku, kehadiran Su dan Fendy ke KL memang mengembirakan. Seronok kerana banyak cerita yang dikongsi. Insyallah, harap2 lepas ini banyak lagi planning nak jumpa teman-teman lama…

Hurm..dengar khabar Semester 1 UMP dah buka. Selamat berjuang kembali adik-adik juniorku tersayang…

Comments

abg raja..eh..abg?...err...

raja..suruh la suhazrie dtg ump..dia tak penah dtg mnjenguk.....
azwan bamadhaj said…
15 minit???

hello.. dekat 30 minit k aku ada kat situ..

hehehhe

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...