Travel

Travel

Mengira detik

Saturday, September 06, 2008

Lama tak kemaskini!!

Assalamualaikum...

Huhuhu..lama juga lah aku tak kemas kini blog ini. Sebenarnya, niat aku memang ada untuk upload gambar masa konvo dan bercerita mengenai pengalaman aku masa konvo lepas. Tapi, di rumah aku agak sukar untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Jadi, lebih baik aku simpankan dulu hasrat tersebut.

Baiklah, sebelum bercerita mengenai apa yang aku lalui semenjak dua menjak ini, aku nak ucapkan terima kasih pada semua pembaca blog "CORETAN SEORANG PUTERA". Terima kasih banyak-banyak! Dan, kalau boleh, selalulah singgah di blog ini yer.

Ok, cerita pertama ialah temuduga. Ogos lepas (sebelum konvokesyen) aku telah masuk ke Job street dan memohon satu jer pekerjaan dari sebuah syarikat SONY. Dan, alhamdulillah...rezeki agaknya, minggu lepas (selepas Konvo) aku telah ditawarkan untuk hadir temuduga di SONY ECMS BANGI, SELANGOR.

Bunyinya lebih kurang begini:

Place: SONY ECMS BANGI
Time: 2 PM
Post: Product Planning Officer.
Date: 28 August 2008

Aku sendiri pun tak tahu apa dia product planning nie. Tapi kerja dia bukanlah jadi engineer, cuma lebih kepada pemasaran sahaja.

Aku sendiri boink sama ada nak pergi atau tak. Aku bukanlah berminat sangat nak kerja kat kilang Sony ni! Hehehe...

Setelah berfikir dan berbincang dengan keluarga aku, aku terpaksa membatalkan hasrat aku untuk pergi temuduga tersebut. Sebenarnya, aku mempunyai beberapa kekangan yang membatalkan hasrat aku itu. Nak buat macam mana...kadang-kadang hidup ini memerlukan pengorbanan, dan ia adalah sesuatu yang amat sukar untuk dijelaskan.

***
Itu cerita aku pasal temuduga. Cerita kedua pasal Ramadhan Al-Mubarak! Kalau bab puasa ini, teringat saat-saat aku berpuasa dengan kawan-kawan. Memang banyak cerita menarik. Salah satu yang aku ingat ialah semasa berbuka dengan MT Kelab Kebudayaan tahun lepas. Azril yang beria-ria mengajak aku, bersama-sama dengan Nida sekali. Seronok gak tatkala aku melihat gelagat Baini dan Fatimah menikmati ikan bakar.

Hehehe..selain itu, pengalaman berbuka dengan Madam Mala..itu pun best gak! Madam rajin bawak kuih raya seperti brownies dan Gronola. Hehehe...macam orang putih lah pulak.

****

Kini, aku sibuk membantu ibuku membuat kuih raya yang ditempah oleh ramai orang. Mak aku memang pakar dalam membuat tat nenas. Dan, aku sendiri akui, tat nenasnya adalah antara terbaik setakat ini. Jika tidak, masakan tat nenas mama terjual lebih 2000 biji semasa bulan puasa sahaja.

Inipun, mama malas nak ambil banyak tempahan. Mama cakap sebab terlalu sibuk dengan kerja, jadi nak buat kuih pun selepas kerja. Aku ingat lagi waktu aku kecil..mama adalah orang paling rajin berniaga tat. Masa puasa, tat mama akan terjual hampir 7000 biji. Dulu, memang lah mama bersemangat nak buat kuih. Sampaikan..beberapa hari nak raya pun, mama masih lagi membuat kuih raya. Dan, hari terakhir puasa, barulah kami sekeluarga akan ke KL membeli baju raya di Wisma Yakin.

Huhuhu..itu dulu. Tahun ini lain sikit kot. Aku dan adik-adik aku membantu ibuku membuat kuih. Dan aku juga memang bercita-cita nak jadi seorang businessman yang berjaya. Sebab, bagi aku...dengan berniaga sahajalah, kita akan dapat duit berjuta-juta lemon..insyallah!!

Hehehe..oklah..aku pun dah penat menulis. Ada kerja nak kena siapkan..jumpa lagi!!

Wassalam

6 comments:

azwan bamadhaj said...

hidup memang perlukan pengorbanan.....

IRAMAHATI said...

takpela zrul..rezeki pasti ada..mungkin bukan kat sony tp kat tempat lain..mana tahu kan..

WanHidayat said...

Salam Raja...aku setuju ngn Azwan...hidup perlukan pengorbanan...tidak semua benda yang kita mahukan akan kita kecapi...berilah masa dan peluang pada diri untuk sesuatu yang baik...barangkali itu lah yang terbaik untuk kita seperti yang telah ditetapkan oleh DIA....

Selamat berpuasa dan Tahniah di atas konvokasi lalu....

FendyHekka said...

be optimist n a good thing will come to u. happy fasting.

p/s: dh kaya nnt jgn lupe aku plak.

Raja Azrul said...

azwan:-
-betul tu...

mel:-
-thanks mel..sokong aku dr jauh.

dayat:-
-betul dayat...adat ler pengorbanan nie...hehehe

fendy:-
-ko antara orng yang aku tak lupa bila dah kaya nanti...blaja dr bawah...

Anonymous said...

wei...ari tue ko mintak tolong aku sebab mende tue ker...ko tak bagi tahu pun....time tue bende tue tak masuk lagi....seminggu lepas tue br masuk...ko tak mintak plak lepas tue ngan aku....sowiee....aku tak tahu...kenaper tak cite sampai abis...