Aduhai.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Oklah, entri aku kali menuntut anda (pembaca) untuk memberikan pendapat secara jujur dan matang mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Selama aku menjadi guru, aku mengajar subjek Bahasa Inggeris dimana subjek ini menekankan kepada kaedah pembacaan, mengeja, tatabahasa (grammar) dan menulis. Secara kasar, 8 waktu diperuntukkan dalam seminggu bagi mengajar subjek ini, dan satu waktu adalah selama 30 minit.
Melihat keadaan ini, aku sendiri masih belum rasa 8 waktu itu adalah cukup kepada pelajar. Ini kerana bagi menguasai bahasa inggeris ia memerlukan masa yang banyak disamping pengajaran yang lebih efektif dalam menguasai bahasa itu sendiri.
Pada 2003, kerajaan Malaysia telah mengubah satu dasar yang bagi aku boleh menjejaskan kedaulatan Bahasa Melayu itu sendiri iatu, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Amat sedih, kerana sudah hampir 5 tahun pengajaran itu bermula, kesannya seperti tiada apa-apa hasil. Pelajar masih belum menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya. Buktinya, ramai murid-murid terutama tahun 6 terkial-kial bercakap dalam BI apabila aku menyuruh mereka memperkenalkan diri.
Aku tak tahu apa nak jadi dengan pendidikan sekarang ini. Sedih juga apabila melihat bahasa melayu seperti dipijak-pijak dan dipandang seperti bahasa "Low class" bagi sesetengah pihak. Bagi aku, aku amat bangga dengan Bahasa Melayu kerana suatu masa dahulu ia adalah lingua franca dan dalam sejarah membuktikan bahasa melayu adalah bahasa ilmu.
Aku melihat keadaan ini akan mewujudkan jurang yang besar bagi mereka yang berada di bandar dan luar bandar. Bagi mereka yang berada di bandar, tidak menjadi masalah besar andainya subjek ini diajar dalam BI. Malah ia akan menguntungkan bagi mereka yang sememangnya lahir dalam keluarga yang bertutur bahasa inggeris. Tapi, yang menjadi lebih parah, bagi mereka berada di luar bandar.
Aku sendiri melihat senario ini, dan kasihan melihat mereka yang aku rasa berpotensi besar dalam sains dan mamtematik, tetapi terpaksa tergagap-gagap menjawab soalan periksa dalam bahasa inggeris. Malah, penguasaan BI mereka tidaklah sebaik mana, kerana dasar ini tunggang langgang dan tidak menghasilkan mereka yang mantap dalam BI pada masa sama dalam Sains dan Matematik.
Pengalaman aku mengajar BI adalah satu pengalaman berharga. Aku tak nafikan kepentingan bahasa inggeris pada masa sekarang. Tapi aku tetap bangga dengan Bahasa Melayu, oleh itu aku masih menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara utama blog ini.
Cuba bayangkan, untuk mengajar BI, aku terpaksa menggunakan BM sebagai core language bagi memastikan pelajar faham, apatah lagi Sains dan Matematik. Jika diajar 100% BI, aku yakin hanya 10% sahaja yang dapat mengikuti dengan jelas dan nyata. Selebihnya terkial-terkial kerana dasar yang terumbang ambing ini.
Desakan beberapa pihak untuk mengembalikan semula BM sebagai bahasa Matematik dan Sains adalah wajar. Sudah tiba masanya pihak tertentu berfungsi dengan menggerakkan dasar yang betul. Harus diingat, rata-rata yang berjaya hari ini juga adalah dari sistem pendidikan yang berorientasikan "Penyata Razak". Jika tidak, mengapa di UMP sendiri masih ramai kaum Melayu dan sudah pastinya mereka yang masuk ke UMP ini bijak dalam bidang sains dan matematik, hasil orienntasi pendidikan dahulu.
Malah, satu kenyataan dari UNESCO menyatakan bahawa pengajaran sains dan matematik akan lebih efisyen jika diajar dalam bahasa ibunda (BM). Dan ketika kenyataan ini dibangkitkan, pihak-pihak tertentu hanya tutup telinga dan terus mencari dalil-dalil tertentu supaya PPSMI ini diteruskan. Harus diingat berapa banyak duit telah dibelanjakan bagi membuat rombakan satu dasar yang dianggap pelik ini?
Aku nak berkongsikan satu pendapat dari seorang bekas Pengetua di Selangor yang menyatakan mengenai isu ini....
"Jangan biarkan ego menguasai diri sedangkan anak-anak Melayu semakin tersisih dan tidak mendapat tempat di negara sendiri. Apakah pemimpin Melayu mahu semakin ramai anak-anak Melayu menjadi mat rempit, mat 'fit', mat 'stone' serta kaki buli, kaki botol, kaki ganja dan macam-macam kaki lagi disebabkan mereka tidak berminat dan bosan untuk ke sekolah? tanya mereka"
Huhuhu..sekadar pandangan.

Comments
-huhuhu..stuju sangat!!
ayie:-
-betul su..
azwan:-
saja jer, persediaan train royal nanti!!
secara peribadi, aku tak pernah berpengalaman sbg guru di bandar mahupun luar bandar, maka aku tak pernah merasa apa yg penulis rasa.
secara peribadi, aku bukanlah seorg pro-BI dan anti-BM, aku menggunakan kedua2 bahasa ni secara adil dan saksama, mengikut keperluan dan situasi.
secara peribadi juga, aku merasakan penguasaan BI di kalangan pelajar ms kini adalah bermula drpd dlm diri mereka sendiri. kalau mereka kata susah, maka selamanya akan jadi susah. dan pada aku bahasa bukanlah sesuatu yg boleh dipelajari di kelas semata2. belajar bahasa memerlukan pelajar untuk mempraktikkannnya.
bg aku,kalau motif asalnya adalah untuk memudahkan pelajar utk menguasai Sains & Matematik, ini boleh dilakukan dlm mana2 bahasa. BM, BI hatta bahasa lain (cthnya di SRJKC dan SRJKT). Tetapi kalau motifnya adalah utk membolehkan pelajar lebih menguasai BI, tang ni aku rasa tak perlulah sampai nk ajar subjek2 selain BI dalam BI, tetapi yg penting adalah memantapkan pengajaran subjek BI itu sendiri, bukan setakat dlm kelas tp juga dlm kehidupan seharian pelajar itu sendiri.
p/s:Sekadar pendapat peribadi 9.3.6.3