Travel

Travel

Mengira detik

Thursday, October 16, 2008

Tempelak mengajar


Assalamualaikum..

Buat pembaca budiman..

Apa tanggapan anda kepada kerja seorang guru??

" Cikgu, kerja paling mudah di dunia! Pergi pagi balik tengahari!!"
" Alah..jadi cikgu, bukan susah apa pun, ajar jer budak-budak biar faham!!"
" Kerja cikgu?? Gaji banyak..kerja sket, waktu budak cuti kita pun cuti! Jadi apa nak kisah??"


Itulah beberapa tanggapan masyarakat mengenai kerja sebagai cikgu. Mungkin ramai yang beranggapan demikian, tetapi inilah hakikatny. Kerja aku walaupun sebagai guru ganti mungkinlah tidak se "gah" mereka yang berpangkat jurutera, pegawai bank, ahli politik ataupun penyanyi terkenal!

Tetapi, ia bukanlah semudah disangka. Bagi mereka yang pernah melaluinya, ia adalah satu kenangan manis walaupun banyak cabaran terpaksa dihadapi. Tugas aku bukan setakat mengajar tetapi perlu membimbing murid-murid agar benar-benar faham dengan apa yang dipelajari. Kerja aku hakikatnya hanyalah bermula jam 7.30am hingga 1.30pm. Tetapi tempoh yang ada harus digunakan dengan menggajar dan mendidik mereka.

Aku mengajar murid-murid tahun 3. Secara kasar, nampak mudah kerana kita hanya mengajar mereka grammar, spelling dan vocab. Tapi bukan semua murid minat terhadap bahasa inggeris. Terutama dari mereka yang berketurunan melayu dan mempraktikkan bahasa melayu 100% di rumah. Paradigma ini harus diubah, supaya mereka minat terhadap bahasa inggeris, pada masa yang sama tidak melupakan bahasa ibunda mereka.

Sekolah aku tak banyak murid. Jadi, setiap tahun hanya ada satu kelas sahaja. Aku menjadi guru kelas tahun 3. Budak-budak?? Hehehe..nakal ya amat. Lasak bukan main. Kalau murid perempuan pula suka berbual ketika mengajar. Sabar jer lah. Perkara pertama jika aku masuk ke kelas ialah menyruh mereka duduk di tempat masing-masing. Tapi, bukanlah mudah. Hendak pula, budak-budak ini amat manja dengan aku. Jadi, aku kena gunakan pendekatan psikologi supaya murid-murid dapat dikawal dan diajar dengan baik.

Aku hanya mengajar subjek english sahaja. Adalah juga aku ajar pendidikan seni. Hanya tahun 3 sahaja yang perlu aku berikan fokus. Kalau ikut jadual diberi, tahun 6 juga perlu diajar. Tapi disebabkan tahun 6 sudah tamat UPSR, jadi mereka tidak lagi perlu diajar. Cuma dipantau sahaja supaya tidak bising dan menganggu orang lain.

Pengalaman menjadi guru adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Iyalah, walaupun aku anak cikgu, tetapi senarionya amat berlainan jika aku adalah cikgu. Kini, baru aku paham kenapa mama dan papa dulu penat ketika pulang walhal kerjanya ahanyalah separuh hari. Dan aku faham kenapa NUTP beria-ria mempersoalkan gaji guru. Kerana tugas guru bukanlah semudah disangka.

Macam aku ini, bukan mudah mendidik murid-murid. Dalam kelas ada sahaja pelajar yang bermain, berbual dan paling sakit hati pelajar yang berangan dalam dunia sendiri. Kita tak boleh nak marah beria sebab mereka masih budak. Jadi, banyak pendekatan yang perlu difokus supaya pembelajaran diterima oleh setiap pelajar.

Kini aku menghitung hari. Aku akan tamat mengajar dalam 6 Nov 2008. Selepas itu, aku kembali seperti dahulu kala. Hehehe...tapi guru besar sudah meminta bantuan aku untuk mengendalikan Hari Anugerah Cemerlang terutama sekali bahagian persembahan. Jadi, aku sekarang dalam proses mencari idea supaya persembahan pada hari tersebut dijalankan dengan baik dan menarik.

Oklah..aku rasa buat masa ini sahaja aku mencoret.

Thanks pada melody yang bagi sokongan dari jauh. Karya aku " Bukit, aku cabar kau!" telah menang persembahan terbaik baru-baru ini. Lepas ini, aku nak mintak tolong Mel pasal projek "Tegeleng-geleng" pulak. Huhuhu....

14 comments:

ayie said...

~ Bagi aku kerja guru sangat mulia. Tp Sesetengah guru yang menjatuhkan martabat perguruan. Aku Kau dapat memertabatkannya. Good Luck ~

azwan bamadhaj said...

Tahniah...

nyda said...

hoho..tahniah3!!
tugas guru mmg sgt3 mencabar
nida de pengalaman melayan karenah budak2 tadika je..penat giler!!
tapi BEST!!!
to abg raja..2 thumbs up
*wink*

FendyHekka said...

Erm guru mmg menguji kesabaran. sbb tu la aku xnk jadik cikgu. ha3. Er ko mmg nk pilih utk jd cikgu ker?

patungcendana said...

:-)

IRAMAHATI said...

Great Teacher Azrul! ;)

P/s: "Tegeleng-Geleng" on the way...

Raja Azrul said...

ayie:-
-betul sue..harap2 aku bukan dalam golongan itu!!

Azwan:-
Terima kasih

nyda:-
-Penat tapi seronok!!

Fendy:-
- betul fendy, setiap kerja ada cabarannya!!

madam:-
-erm??

melody:-
-waiting for u, mel!!

nyda said...

tergeleng-geleng??
nak tahu jugak
wawawa

PuTeRi CaHaYa said...
This comment has been removed by the author.
PuTeRi CaHaYa said...
This comment has been removed by the author.
PuTeRi CaHaYa said...

m'didik bdak2 ni..klu x der sabar..hancus jd nya...

pu3 doakan yg terbaik...
salam
(",)

Raja Azrul said...

nyda:-
-hurm..ehehehe..ada masa abg akan bagitahu..tue pun kalau jadi ler...

puteri:-
-betul puteri..tak sama macam mengajar budak2 teater..hehehe..ada pendekatan yang tersendiri..thanks pu3

jumapx said...

terhingin lak nak merasa jd cikgu...he3

Raja Azrul said...

jumain:-
-ada kesempatan dan peluang, cubalah..seronok gak! Tapi kena bawak sabarlah yer!!