Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, November 05, 2008

Debat diraja bakal muncul

Assalamualaikum,

Buat masa ini, lupakan terlebih dulu al-kisah projek reunion aku di JB. Dalam entry yang lepas, aku telah menulis entri yang agak ilmiah berkisarkan PPSMI. Huhuhu, bukan apa, penulisan ini bertujuan untuk melatih diri aku dalam penulisan esei ke arah yang lebih baik lagi.

Tak ramai yang memberi komen, mungkin tak larat membaca huraian aku yang berjela-jela. Sebenarnya, inilah persediaan aku dan tamparan hebat buat junior ku di UMP yang bakal berjuang pada 28 Nov ini. Aku telah diundang oleh Adam, dan kawan aku Azwan ke UMP kerana mereka akan mengadakan latihan debat pada 15 Nov ini.

Huhuhu, terima kasih atas jemputan anda berdua. Insyallah, aku pun memang berhajat nak ke sana. Dah lama aku tak melihat adik-adikku berdebat. Yang paling aku nak jumpa ialah junior 1st year. Bagaimana mereka agaknya ya? Aku pun dah lama dah berdebat, mungkin ada skill aku dah berkarat pulak.

Bercakap pasal debat diraja, tahun ini debat diraja bakal diadakan di UIAM, Gombak. Dan dengar khabar, konsep pasukan sama seperti tahun lepas. Aku tak tahu pasukan UMP berapa dan berapa ramai yang akan menyertainya. Tapi aku akan cuba membantu apa yang patut terutama dari segi fakta dan isi (boleh ke?) Hehehe..

Ahad lepas aku menelefon Azwan, dan beliau akan datang pada 17 Nov, itupun selepas perkahwinan abang kandungnya itu. Dan, pastinya kedatangan beliau dinantikan oleh segenap junior debat kerana kehebatan Azwan sebagai bekas hakim Madum ini..(jangan marah yer).

Oh yer, madam mala pun ada msg, yang dia takkan pergi debat diraja kali ini. Aku hormati keputusan dia, tapi jangan pula setelah dipujuk tiba-tiba dia datang pula.

Tahun lepas UIAM menang, tahun ini siapa pula? Mungkinkah UMP?? Sukar nak ramal, jadi kita tunggu sahaja apa yang berlaku.

p/s: dengar khabar Senandika pun dah ready for next teater! Doakan sahaja mereka mampu buat terbaik dari tahun lepas!! Sweet sangat!!

11 comments:

chafizomie said...

wah! pendebat jugak rupanya...

rasanya tulisan ini dah baik.berbeza dengan blog-blog lain yang gunakan 'short form'. rasanya la...

salam kenal~

azwan bamadhaj said...

biar seribu tahun air mengukir batu.....

raja azrul tetap raja azrul...

ayie said...

Ummm.....Post kali tiada kaitan dengan aku. Hehehehe Good Luck......

FendyHekka said...

motip air ukir batu? erm.. debat? aper tuh? kueh ek? Raja Azrul is Raja Azrul... tp xtau la lepas dapat keje nnt. mana la tau berubah...

patungcendana said...

ingat senang ke nak pujuk i...

Raja Azrul said...

chafizomie:-
thanks..memang saya amat jarang gunakan short form dalam penulisan saya...

azwan:-
-raja azrul adalah aku! Hehehe...

ayie:-
-yer..tapi gud luck untuk apa ye?

fendy:-
-hurm?? air ukir air batu campur.....

madam:-
-jangan ego madam, nanti termakan pujuk baru tahu! Hehehe...

MASITA MD SHAH said...

abg raja..
sy dh ad blog..
hehehe

budak_ORGANIK said...

rindu lah nak melihat dewa dewi crown berlapis dengan mulut lasernya mengeluarkan aura2 yang bisa meremangkan bulu roma sesiapa yang melihat lagi mendengar...

-takla hyperbola mne kan-

Raja Azrul said...

mashitah:-
-ok, nanti abang akan linkkan

yusrie:-
-erm? Sapa dewa dewi tue? Merak kayangan ke? hehehe

kadrieana zahiera yasin said...

ha`ah lah...dah lame tak tgk kehebatan pemilih crown berlapis2 memulakan tutur bicara...wakkakakkaka...

dewi2 dari langit ketujuh turun...meletups....

Pjoyz Zul said...

saya maybe x pegi royal